Monday, 8 October 2012

Tips Menangani Anak yang Sakit

"Tidak mahu makan adalah salah satu petanda si anak tidak sihat. Anda perlu memerhatikan keadaannya supaya ia tidak bertambah teruk dan dapatkan nasihat doktor jika perlu".



Berikut merupakan beberapa petua dan peringatan yang diberikan oleh Doktor kepada ibu bapa sekiranya anak sakit:


  1. Berilah makan dan minum apa yang diingininya. Anda tidak harus bertegas dengan jenis makanan yang harus dia makan - relax the rules!
  2. Biarlah mereka makan sedikit demi sedikit, tetapi kerap bila sakit.
  3. Jangan paksa anak makan. Ini akan membantutkan selera anak sekaligus tidak membantunya langsung.
  4. Pada hari sakit yang kedua atau ketiga, makanan tidak penting tetapi pastikan anak anda MINUM secukupnya. Pastikan air masak yang banyak. Sediakan dalam botol air yang menarik untuk diminumnya.
  5. Jika muntah ataupun demam, anak akan memerlukan lebih cecair seperti ORS  (Oral Rehydration Salts) - biasanya klinik akan memberikan paket ini untuk dibancuh bersama dengan air kosong, ataupun minuman isotonik.
  6. Susu dan jus buah-buahan (kaya dengan vitamin dan galian) merupakan cecair yang paling berkhasiat.
  7. Susu boleh diberikan secara milk shake, kastard, aiskrim atau yogurt untuk meningkatkan seleranya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts