oleh: pa&ma edisi sept 2012
Siapa yang pernah mengalami masalah rengat selepas bersalin? Sakitnya seperti senggugut dan ada yang sakit seperti kontraksi sebelum bersalin. Ia boleh berlarutan sehingga beberapa hari.
Masalah rengat ini berlaku disebabkan proses pengecutan rahim yang berlaku dengan kuat. Rahim yang mengecut menghalang aliran darah dari rahim dan seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Kesakitan ini juga boleh berlaku apabila si ibu menyusukan bayinya. Biasanya, darah yang keluar ketika mengalami rengat ini berketul-ketul dan besar. Bagaimanapun, jika sakit ini tidak mampu dikawal dan berlarutan, anda dinasihatkan berjumpa doktor.
Sukar buang air kecil dan besar
Sukar membuang air kecil selepas bersalin mungkin jarang berlaku pada anda. Bagaimanapun, masalah untuk membuang air besar sering dialami oleh ibu yang baru lepas bersalin. Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing adakala boleh menyebabkan anda sukar membuang air kecil selepas melahirkan. Cuba buat sema,am kemutan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Dan masalah ini akan hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Tetapi jika ia masih berasa pedih dan anda kerap terasa hendak buang air kecil, dapatkanlah nasihat doktor.
Bagi masalah sembelit atau sukar membuang air besar pula, ia biasanya berlaku gara-gara si ibu fobia dengan luka episiotomi. Mereka bimbang jika jahitan luka tersebut terbuka. Tetapi, pernahkah anda terfikir, apa kesan jika anda terus menahan diri daripada membuang air besar? Bagi menangani masalah ini daripada berlaku (najis menjadi keras), para ibu dinasihatkan mengambil banyak sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi. Selain itu, minum banyak air bagi mengelakkan berlaku dehidrasi. Selain bagus untuk proses penghadaman, air penting untuk menggalakkan produktiviti susu ibu.
'Gila Meroyan'
Masalah gangguan perasaan atau turut dikenali sebagai 'gila meroyan' adalah tekanan jiwa yang serius. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan si ibu tidak mampu mengawal perasaan sedih, runsing, takut dan pelbagai lagi akibat sesuatu perkara sedih yang menimpa dirinya. Jika ia tidak dikawal, penyakit ini boleh membahayakan diri ibu itu sendiri, bayi dan orang lain di sekelilingnya.
Masalah 'gila meroyan' yang kerap berlaku dalam tempoh berpantang ini boleh dikategorikan kepada tiga peringkat mengikut tahap keseriusan iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan)
Postpartum blues
- Masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius, berlaku kepada wanita selepas bersalin.
- Perubahan emosi ini memuncak pda hari ketiga hingga kelima selepas bersalin dan akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala.
- Boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza.
Postpartum depression
- Gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan.
- Banyak berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak.
- Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.
Postpartum psychosis
- Merupakan peringkat paling serius dan ia jarang berlaku selepas bersalin.
- Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang.
- Mereka sering merasa letih, sukar tidur lena dan emosi tidak stabil dan berubah-ubah.
- Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru dan kerap meracau.
Bagi mengurangkan masalah tersebut, dapatkanlah sokongan suami, ibu bapa dan kawan-kawan. Pelajarilah tentang tanggungjawab sebagai ibu bapa daripada orang yang lebih berpengalaman sejak sebelum bersalin lagi.
Rehat yang cukup juga sangat penting. Jadi, beri masa untuk diri anda sendiri untuk anda pulih sepenuhnya. Lebih penting, dalam apa jua situasi, kesabaran menjadi keutamaan. :)
saya mempunyai masalah bengkak pda bibir faraj,pd tahun 2010 melahirkan ank sulung bengkak itu terdapat pd kiri dan knan,apabila sy jmpa dgn doktor,die ckp tiada apa,mmg kebisaan mengandung akn alami spt itu,msalhnye benda tu berlarutan shingga 2012,apabila melahirkan ank kedua,hanya tnggal 1 bengkak spt bola golf di bibir faraj kiri,apabila ditekan ia akn msuk dan akn tkeluar smula.sy rujuk ke doktor dan cuma diberitahu tunggu dan lihat smpai bila bengkak itu bterusan...sy x phm dgn doktor tu???bantu la sy
ReplyDeletePuan wawai. saya tidak pasti akan apa masalah yang puan hadapi. Mungkin puan boleh rujuk dengan beberapa doktor untuk mendapat kan lebih kepastian apakah punca dan cara2 untuk menghilangkan masalah puan itu. Puan boleh rujuk di dalam laman web ini. Mungkin masalah yang puan hadapi adalah seperti di laman web ini. http://drmazlan.blogspot.com/2010/05/benjolan-di-bibir-kemaluan.html
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete