Langkah awal cegah kesan regangan
Pelbagai perubahan bakal anda lalui ketika hamil. Daripada pertambahan berat badan, kelesuan, morning sickness, sakit belakang dan macam-macam lagi. Masalah kesan regangan adalah salah satu perubahan yang paling kerap berlaku kepada mana-mana wanita hamil.
Kesan regangan boleh timbul bukan sahaja di abdomen malah dibahagian-bahagian tubuh tertentu juga. Antaranyam payu dara, lengan dan paha. Apa-apa pun, thap kesan regangan yang akan anda lalui bergantung kepada faktor pertambahan berat badan, genetik, dan amalan yang telah dilakukan bagi mencegah kewujudan masalah ini ketika hamil.
Berita baik untuk anda kerana terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan bagi mengatasi masalah ini daripada menjadi lebih buruk. Namun, dinasihatkan agar anda memulakannya sejak dari awal usia kehamilan. Apa kata anda amalkan panduan ringkas ini bagi menjayakannya.
1. Air kosong
Minum air kosong dalam jumlah yang banyak sepanjang tempoh kehamilan. Minumlah antara 6-8 gelas sehari. Biarpun amalan ini akan menyebabkan anda lebih kerap ke tandas untuk membuang air kecil, ketahuilah ia bagus kerana tubuh anda kekal hidrat lalu menjadikan kulit sama-sama hidrat dan tidak meregang dengan teruk.
2. Makanan Segar
Makan lebih banyak produk makanan segar seperti buah-buahan mahupun sayur-sayuran segar, minyak kurang kolestrol dan makanan rendah lemak. Dalam pada itu, vitamin adalah penyumbang terbaik dalam usaha menonjolkan kulit yang sihat seperti vitamin C,E,A dan zink. Dapatkan sumber vitamin segar menerusi buah dan sayur segar. Walaubagaimanapun, pastikan vitamin diambil dalam jumlah yang berpada-pada.
3. Berat Ideal
Ada baiknya anda mengawal berat badan sepanjang hamil. Jika anda berupaya untuk mengekalkan pertambahan berat badan yang ideal mengikut usia kandungan, kulit anda hanya meregang secara semula jadi sekali gus mengurangkan risiko kesan regangan yang teruk. kekalkan pertambahan berat badan yang sihat antara 11-16 kg sehingga penghujung usia kehamilan.
4. Urutan Lembut
Anda digalakkan untuk melakukan urutan lembut terutamanya ketika mandi di kawasan tumpuan kesan regangan seperti di abdomen, lengan, paha ataupun payu dara dengan menggunakan berus atau span mandi khas di bahagian terlibat.
5. Diet berkhasiat
Pastikan diet pemakanan seharian anda terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan seimbang dengan keperluan ibu hamil. Malah, anda turut disaran untuk mengambil vitamin tambahan untuk kesihatan kulit, rambut dan gigi anda secara menyeluruh di samping bagus untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.
6. Senaman Regangan
Lakukan senaman ringkas seperti senaman reganangan uang bersesuaian dengan ibu hamil kerana ia mampu memperbaiki peredaran darah, menganjalkan kulit lalu menjadikan kulit lebih sihat. Namun, tanya pendapat doktor terlebih dahulu sebelum melakukannya. Apa yang pasti senaman regangan adalah lengkah bijak untuk memastikan tubuh kekal cergas dan kulit sentiasa tegang.
7. Hindari Tekanan
Hindarkan diri anda daripada mengalami tekanan melampau sewaktu hamil. Pastikan anda memperuntukkan sedikit waktu untuk menenangkan diri apabila berhadapan dengan sebarang jenis tekanan. Hal ini penting kerana ia mampu mengurangkan tahap tekanan diri malah tekanan yang turut dialami kulit juga.
8. Jauhi Matahari
Pendedahan berterusan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan kulit. Jadi, elakkan diri daripada terlalu kerap terdedah kepada matahari. Jika perlu berada di kawasan yang mendapat pancaran matahari untuk tempoh yang lama, gunakan pelembap yang mengandungi pelindung sinaran UV cahaya matahari agar kulit kurang berisiko untuk mengalami kerosakan.
9. elakkan Menggaru
Lazimnya, bahagian yang meregang menyebabkan anda gatal. Ada segelintir ibu hamil gemar menggaru bahagian terbabit bagi mengurangkan kegatalan. Namun, amalan ini tidak baik kerana akan menyebabkan kesan regangan menjadi lebih buruk.
10. Kulit Hidrat
Adalah penting untuk anda memastikan kulit sentiasa lembap sepanjang hamil. Malah, selepas selamat melahirkan pun, anda masih perlu memastikan kawasan berisiko untuk sentiasa kekal hidrat. Ini kerana dalam beberapa bulan pertama, pasti anda belum berjaya kembali ke berat badan sebelum hamil. Jadi, minyak, krim atau losen khas untuk mengatasi kesan regangan sering digunakan bagi membantu melembapkan kulit lantas menjadikannya kekal anjal. Jadi, ia baik untuk kulit yang sihat. Namun, anda dinasihatkan untuk meneliti kandungan di dalam produk pilihan agar lebih yakin kala menggunakannya.
Ketahuilah, pencegahan kesan regangan tidak sepatutnya dihentikan setelah anda selamat melahirkan. Anda masih berisiko untuk mengalami kesan regangan berikutan perubahan berat badan mendadak setelah bersalin. Jadi, amat penting untuk anda meneruskan panduan yang perlu diamalkan sepanjang kehamilan ini selepas bayi lahir nanti. ❤
Sunday, 14 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum bakal-bakal mama diluar sana..selamat pagi! Betul ke ada pantang larang untuk mama yang sedang hamil ni? Tak pasti la kesa...
-
A nda sering mengalaminya sewaktu hamil? Mual, muntah, pedih ulu hati, sembelit dan banyak lagi masalah dari kecil hinggalah kepada masala...
-
Hubungan Seks Ketika Hamil Jika anda hamil atau merancang kehamilan, anda mungkin mempunyai banyak maklumat tentang seks sebelum...
-
Selalunya ibu-ibu muda ni sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan puting palsu ini sama ada ianya baik atau buruk. Perlukah puti...
-
**Pastikan anda sudah berkahwin untuk meneruskan pembacaan. Jika belum sila beralih ke page lain.** ****Terima kasih**** Tip Pos...
-
Aduhnya, rengat! oleh: pa&ma edisi sept 2012 Siapa yang pernah mengalami masalah rengat selepas bersalin? Sakitnya seperti senggugut...
-
APAKAH KELEBIHAN VITALEA ? Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting u...
-
✔ CARA BETUL | ✘ CARA SALAH A pabila hamil, tubuh melalui pelbagai jenis perubahan. Perubahan berkenaan sedikit sebanyak mengga...
-
Untuk memahami bagaimana pengeluaran susu terjadi samaada semakin banyak atau semakin sedikit, kita perlu memahami bagaimana sesuatu proses ...
-
E czema adalah term yang selalu digunakan dalam kebanyakan jenis inflamasi kulit (dermatitis). Bentuk eczema yang paling biasa ditemui ada...
No comments:
Post a Comment