Friday, 5 October 2012

Sedikit Panduan utk Ibu Mengandung


  • Berusaha agar selalu berada dalam keadaaan sihat dengan mengatur makanan yang sesuai.
  • Hendaklah melakukan senaman setiap hari iaitu pada masa menjelang kelahiran. Berjalan kaki adalah senaman yang paling baik bagi wanita yang hamil pada usia yang agak lanjut. Di samping itu, boleh melakukan senaman dengan terlentang, kemudian satu demi satu kakinya diangkat ke atas agar memudahkan proses melahirkan kelak. 
  • Beristirehat dengan masa yang cukup dan tidak terlalu letih.
  • Usahakan banyak mandi dengan air suam. Mandi dengan menggunakan air yang terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk pada kesihatan. Usahakan juga jangan mandi dalam keadaan berendam terutama pada usia kehamilan lapan bulan ke atas supaya terhindar masuknya penyakit-penyakit yang tidak diiingini.
  • Pada bulan-bulan terakhir kehamilan memerlukan ketenangan yang khusus. Pada masa empat bulan terakhir masa kehamilan perlu diurut dengan lembut pada bahagian dua paha dan perut bahagian bawah dengan minyak. Lakukan ini setelah mandi, agar otot-otot pada bahagian tersebut tidak menjadi keras atau kejang.
  • Jagalah payudara dengan baik, seperti dengan manyapu minyak zaitun pada puting bagi mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu, pada waktu ingin meyusui anak yang baru lahir kelak.
  • Selalu menjalani pemeriksaan doktor, baik tentang tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
  • Menjaga makanan dengan baik, seperti banyak memakan sayur-sayuran, buah-buahan, buah zaitun, kurma, kismis dan sebagainya.
  • Dilarang meminum alkohol serta merokok kerana ia akan mempengaruhi kesihatan ibu dan janin yang dikandungnya.
  • Jangan menganiaya mahkluk, sama ada manusia ataupun binatang.
  • Jangan memakan benda-benda yang haram atau yang dihasilkan dengan cara yang haram.
  • Elakkan daripada berhibur di tempat-tempat yang dipandang tidak baik dalam islam.
  • Elakkan diri daripada perasaan marah, kerana marah merupakan sifat yang tercela.
  • Menjauhi daripada sifat benci membenci.
  • Menghindari daripada sifat dendam, sebaliknya senang memaafkan orang lain.
  • Menghindari daripada perasaan dengki dan iri hati.
  • Menghindari daripada cemburu buta, yang dapat merosakkkan keharmonian rumahtangga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts