Perlukah puting palsu ini untuk anak?
Mengapa ibu-ibu suka memberi puting palsu pada anak mereka
Semua ibu bapa mempunyai pendapat dan cara pengasuhan yang berbeza. Kebanyakan alasan dari mereka memberi puting palsu adalah kerana ingin menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.
Disini ada beberapa perbahasan mengenai Puting Palsu ini:
- SIDS - Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.
- Lebih baik dari menghisap ibu jari - Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.
- Puting bayi elok untuk Bayi Pramatang - Ada sesetengah hospital menyarankan bayi yang lahir pra-matang akan membesar dengan lebih baik
- Puting boleh mengurangkan tekanan pada bayi - Ada sesetengah pendapat puting bayi akan menenangkannya apabila berpindah kesesuatu tempat yang baru.
Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.
Adakah puting bayi ini elok atau buruk:
- Puting dan jangkitan telinga - Satu kajian yang dilakukan oleh Akademi Ketua Pergigian mencadangkan bahawa penggunaan puting membawa kepada jangkitan telinga kerana ia "menyebabkan tiub auditori untuk menjadi luar biasa terbuka."
- Puting boleh membawa kepada pendakap gigi - Walaupun sesetengah ibu bapa menggunakan puting untuk berhenti menghisap ibu jari, kajian di atas juga menunjukkan bahawa penggunaan berpanjangan puting boleh membawa kepada masalah-masalah yang sama seperti menghisap ibu jari. Masalah-masalah ini termasuklah:
~ Ketumbuhan yang tidak wajar pada sekitar mulut
~ Pertumbuhan gigi yang tidak teratur
~ Pertumbuhan pada bentuk bumbung mulut (lelangit)
Semua ini membawa kita kembali kepada soalan: Adakah puting baik atau buruk? Dengan maklumat yang bercanggah, ia berbalik pada pilihan ibu bapa itu sendiri. Sesetengah pakar kanak-kanak mengesyorkan dan ada sesetengahnya menegah hal ini. Untuk menambahkan pengetahuan anda, di sini ada beberapa fakta penting untuk anda mengambil kira:
- Penyusuan adalah cara yang lebih efektif untuk melegakan dan menenangkan bayi
- Puting hanya berkesan untuk menidurkan bayi
- Puting membantu untuk bayi mudah tidur dan lebih lama
- Puting juga menyumbang kepada kekotoran kerana ia diguna pakai semula tanpa pembersihan
Disini ada sedikit tips untuk ibu bapa berhentikan puting kosong pada anak mereka:
Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang menadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan?
p/s: Tapi bagi pendapat saya, lebih elok kalau kita tidak mengajar bayi kita memakai puting sejak dari awal lagi. Kerana untuk meninggalkan habit ini amat susah. Bergantung kepada tahap ibu itu sendiri sama ada boleh atau tidak untuk mengajar bayi kita berhenti setelah sekian lama anak menggunakannya. Bayi saya sendiri saya tidak pernah mengajarnya untuk memakai puting. Memang dia akan mula menghisap jari. Tetapi pada satu tahap, bayi ini akan mula berhenti dengan sendirinya setelah dia menerokai alam permainan pula. Dan dia akan lupa untuk menghisap jari. Bayi saya berhenti menghisap jari pada usia 8-9 bulan. Dan rutin tidur bayi saya tidaklah sesukar mana. Kerana penyusuan membuatkan segalanya jadi mudah. Di awal-awal bulan sehinggalah ke hari ini bila dia selesai menyusu dia pasti akan tertidur jika kena pada waktunya setelah penat bermain. :)
Wallahu A'lam...
Wallahu A'lam...
Anak saya dah nak masuk 2 tahun..tapi masih hisap puting kosong..gigi atas die pun dah nampak jongang sikit...tak tahu macam mane cara terbaik nak hentikan die hisap ptuing tu..tapi kat nursery pengasuh cakap dia tak hisap puting dah..termasukla mase tidur tengahari tu..tapi bile blk rumah cepat2 die selongkar beg sekolah die untuk cari puting kosong dan bantal busuk die..huhu
ReplyDelete