Showing posts with label Produk Kesihatan Utk Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Produk Kesihatan Utk Anak-anak. Show all posts

Tuesday, 16 October 2012

Vitamin Untuk Kanak-Kanak Sekolah


Adakah kanak-kanak memerlukan vitamin? Ia perlu dilihat dalam pelbagai sudut. Pertama, ibu bapa harus faham, VITAMIN BUKAN PENGGANTI MAKANAN. Makanan seimbang, segar, serta halal adalah kunci utama kepada kesihatan dan tumbesaran. Ibu bapa harus menyediakan pelan pemakanan seimbang untuk anak-anak dan menggalakkan anak memakan makanan sihat dengan tidak mengambil makanan rapu. Jadi pengambilan vitamin tidak seharusnya menjadi alasan untuk ibu tidak menyediakan makanan berkhasiat secukupnya.
Kedua, kanak-kanak memerlukan NUTRIEN YANG SECUKUPNYA untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan minda mereka. Kajian menunjukkan pengambilan nutrien mengakibatkan mood tertentu, justeru kekurangan nutient menyebabkan perubahan pada mood dan fokus. Misalnya asid amino yang dipanggil  tyrosine berperanan dalam penghasilan hormon dopamine and epinephrine yang meningkatkan kepekaan dan tenaga. Kekurangan tyrosine menyebabkan anak-anak menjadi mudah letih dan kurang fokus.
Ketiga, corak pemakanan kanak-kanak zaman moden yang adakala tidak terjaga. Miasalnya apabila ibu sibuk dan bekerja, anak-anak bersarapan sendiri di sekolah. Malah kemungkinan ada yang terlepas sarapan, malah mungkin bersarapan dengan menu yang tidak sihat. Kerana ibu bapa tiada bersama untuk memantau, jadi kita tak tahu apa anak kita makan sebenarnya (kecuali bawa bekal dari rumah).
Oleh sebab itu, bekalkanlah nutrien yang secukupnya untuk anak-anak yang bersekolah agar mereka dapat mengoptimumkan potensi mereka untuk belajar.
Adakah anak saya perlukan vitamin tambahan? Boleh jadikan point-point di bawah sebagai benchmark:
Adakah anak anda dalam usia persekolahan?…
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk jangkamasa yang lama (short attention span)
  • Kurang peka
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas
  • Lesu dan kurang bertenaga
  • Produktiviti menurun
  • Mengantuk dalam kelas
  • Lesu dan pasif
  • Lambat tangkap apa yang diajar
Sekiranya anak-anak anda mengalami tanda di atas, kemungkinan besar mereka kekurangan nutrisi dalam diet harian, termasuk pengambilan air. Cukup makan, itu tidak menandakan mereka  cukup nutrient. Stop filling the tummy, start feeding the brain.
Nutrien yang penting untuk perkembangan fizikal dan minda anak-anak:
Mighty 3 Gems terutama MEALSHAKE membekalkan vitamin, mineral dan protein yang penting untuk perkembangan minda dan fizikal anak-anak. Bekalkan Mighty 3 Gems sebagai pelengkap sarapan anak-anak di sekolah, agar mereka tak lagi:
  • Mengantuk dalam kelas
  • Lesu dan pasif
  • Lambat tangkap apa yang diajar

  • Malah ia turut membantu memelihara kesihatan mereka secara menyeluruh.
    Dapatkan set ini untuk anak-anak anda.
    Ibu-bapa juga turut memilih:
    vitalea cilhdren
    vita c chewable
    Untuk dapatkannya sila hubungi saya!;
    facebook : nadhirah87 / livelifelonger
    call / sms : 012-9768256
    email : nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com

    Khasiat Minyak Ikan dan Omega Guard

    Kebaikan minyak ikan yang kata dengan Omega-3 telah diketahui oleh serata dunia. Omega Guard membekalkan asid lemak Omega-3 berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh yang bergred farmaseutikal.

    Kebaikan Omega Guard Shaklee:


    1. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung


    Satu penyelidikan yang menyokong fakta itu mennunjukkan bahawa pengambilan asik-asid lemak Omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari. Satu serving Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
    Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, Omega-3 dapat membantu memelihara kesihatan otak, mata dan sendi.

    2. Ultra tulen dan bergred farmaseutikal


    Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.

    3. Minyak ikan terbaik dunia


    Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitiu EPA, DHA, ALA dan lain2 lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.


    p/s: Ia juga membantu menghilangkan selesema anak anda!



    Untuk mendapatkannya sila hubungi saya di
    call / sms : 012-9768256
    email : nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com


    Friday, 12 October 2012

    Nutrisi Awal dan Perkembangan Kognitif Dlm Kanak-Kanak

    Nutrisi merupakan salah satu faktor persekitaran utama yang memainkan peranan dalam menyediakan tenaga dan nutrisi penting yang diperlukan untuk menyokong perkembangan morfologi dan fungsi otak. Otak bayi anda berkembang dan bertumbuh pesat, sepanjang tiga trimester kehamilan dan ke zaman kanak-kanak. Malnutrisi ketika tempoh pertumbuhan otak yang cepat ini mungkin memberikan kesan yang sangat buruk ke atas perkembangan otak yang mungkin bersifat kekal dan tidak boleh diubah.

    Tenaga untuk otak adalah glukosa. Bekalan glukosa membantu mengekalkan prestasi mental, terutamanya untuk tempoh tugasan yang panjang lagi mencabar. Amaun nutrisi yang terlalu sedikit (kekurangan) atau terlalu banyak (berlebihan) boleh mempengaruhi perkambangan sistem saraf. Oleh kerana itu, hidangan makanan dengan kadar glisemia yang lebih rendah adalah bermanfaat.

    Sekiranya kanak-kanak menghadapi keadaan dimana berlakunya kekurangan gizi yang kronik, tubuh mereka mula menjimatkan tenaga dari makanan yang terhad. Pertama sekali, tenaga ini digunakan untuk pemeliharaan fungsi organ penting, keduanya untuk pertumbuhan dan akhir sekali untuk kegiatan sosial dan pembangunan kognitif. Pengurangan gizi mengakibatkan pengurangan aktiviti sosial. Kemahiran sosial adalah asas untuk membina hubungan, menjelajah dan belajar dari persekitaran. Oleh itu, aktiviti sosial yang berkurangan akan mempengaruhi perkembangan kognitif. Kanak-kanak akan mengalami kesulitan dalam menumpukan perhatian dan melakukan tugas yang kompleks boleh menyekat kemampuan untuk belajar. Malnutrisi mengakibatkan kehilangan pengetahuan, daya otak dan produktiviti. semakin lama kekurangan gizi dalam seorang kanak-kanak tidak ditangani, semakin besar risiko kerosakan kognitif.

    Monday, 8 October 2012

    Tips Menangani Anak yang Sakit

    "Tidak mahu makan adalah salah satu petanda si anak tidak sihat. Anda perlu memerhatikan keadaannya supaya ia tidak bertambah teruk dan dapatkan nasihat doktor jika perlu".



    Berikut merupakan beberapa petua dan peringatan yang diberikan oleh Doktor kepada ibu bapa sekiranya anak sakit:


    1. Berilah makan dan minum apa yang diingininya. Anda tidak harus bertegas dengan jenis makanan yang harus dia makan - relax the rules!
    2. Biarlah mereka makan sedikit demi sedikit, tetapi kerap bila sakit.
    3. Jangan paksa anak makan. Ini akan membantutkan selera anak sekaligus tidak membantunya langsung.
    4. Pada hari sakit yang kedua atau ketiga, makanan tidak penting tetapi pastikan anak anda MINUM secukupnya. Pastikan air masak yang banyak. Sediakan dalam botol air yang menarik untuk diminumnya.
    5. Jika muntah ataupun demam, anak akan memerlukan lebih cecair seperti ORS  (Oral Rehydration Salts) - biasanya klinik akan memberikan paket ini untuk dibancuh bersama dengan air kosong, ataupun minuman isotonik.
    6. Susu dan jus buah-buahan (kaya dengan vitamin dan galian) merupakan cecair yang paling berkhasiat.
    7. Susu boleh diberikan secara milk shake, kastard, aiskrim atau yogurt untuk meningkatkan seleranya.



    Friday, 5 October 2012

    Sedikit Panduan utk Ibu Mengandung


    • Berusaha agar selalu berada dalam keadaaan sihat dengan mengatur makanan yang sesuai.
    • Hendaklah melakukan senaman setiap hari iaitu pada masa menjelang kelahiran. Berjalan kaki adalah senaman yang paling baik bagi wanita yang hamil pada usia yang agak lanjut. Di samping itu, boleh melakukan senaman dengan terlentang, kemudian satu demi satu kakinya diangkat ke atas agar memudahkan proses melahirkan kelak. 
    • Beristirehat dengan masa yang cukup dan tidak terlalu letih.
    • Usahakan banyak mandi dengan air suam. Mandi dengan menggunakan air yang terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk pada kesihatan. Usahakan juga jangan mandi dalam keadaan berendam terutama pada usia kehamilan lapan bulan ke atas supaya terhindar masuknya penyakit-penyakit yang tidak diiingini.
    • Pada bulan-bulan terakhir kehamilan memerlukan ketenangan yang khusus. Pada masa empat bulan terakhir masa kehamilan perlu diurut dengan lembut pada bahagian dua paha dan perut bahagian bawah dengan minyak. Lakukan ini setelah mandi, agar otot-otot pada bahagian tersebut tidak menjadi keras atau kejang.
    • Jagalah payudara dengan baik, seperti dengan manyapu minyak zaitun pada puting bagi mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu, pada waktu ingin meyusui anak yang baru lahir kelak.
    • Selalu menjalani pemeriksaan doktor, baik tentang tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
    • Menjaga makanan dengan baik, seperti banyak memakan sayur-sayuran, buah-buahan, buah zaitun, kurma, kismis dan sebagainya.
    • Dilarang meminum alkohol serta merokok kerana ia akan mempengaruhi kesihatan ibu dan janin yang dikandungnya.
    • Jangan menganiaya mahkluk, sama ada manusia ataupun binatang.
    • Jangan memakan benda-benda yang haram atau yang dihasilkan dengan cara yang haram.
    • Elakkan daripada berhibur di tempat-tempat yang dipandang tidak baik dalam islam.
    • Elakkan diri daripada perasaan marah, kerana marah merupakan sifat yang tercela.
    • Menjauhi daripada sifat benci membenci.
    • Menghindari daripada sifat dendam, sebaliknya senang memaafkan orang lain.
    • Menghindari daripada perasaan dengki dan iri hati.
    • Menghindari daripada cemburu buta, yang dapat merosakkkan keharmonian rumahtangga.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Popular Posts