Nutrisi merupakan salah satu faktor persekitaran utama yang memainkan peranan dalam menyediakan tenaga dan nutrisi penting yang diperlukan untuk menyokong perkembangan morfologi dan fungsi otak. Otak bayi anda berkembang dan bertumbuh pesat, sepanjang tiga trimester kehamilan dan ke zaman kanak-kanak. Malnutrisi ketika tempoh pertumbuhan otak yang cepat ini mungkin memberikan kesan yang sangat buruk ke atas perkembangan otak yang mungkin bersifat kekal dan tidak boleh diubah.
Tenaga untuk otak adalah glukosa. Bekalan glukosa membantu mengekalkan prestasi mental, terutamanya untuk tempoh tugasan yang panjang lagi mencabar. Amaun nutrisi yang terlalu sedikit (kekurangan) atau terlalu banyak (berlebihan) boleh mempengaruhi perkambangan sistem saraf. Oleh kerana itu, hidangan makanan dengan kadar glisemia yang lebih rendah adalah bermanfaat.
Sekiranya kanak-kanak menghadapi keadaan dimana berlakunya kekurangan gizi yang kronik, tubuh mereka mula menjimatkan tenaga dari makanan yang terhad. Pertama sekali, tenaga ini digunakan untuk pemeliharaan fungsi organ penting, keduanya untuk pertumbuhan dan akhir sekali untuk kegiatan sosial dan pembangunan kognitif. Pengurangan gizi mengakibatkan pengurangan aktiviti sosial. Kemahiran sosial adalah asas untuk membina hubungan, menjelajah dan belajar dari persekitaran. Oleh itu, aktiviti sosial yang berkurangan akan mempengaruhi perkembangan kognitif. Kanak-kanak akan mengalami kesulitan dalam menumpukan perhatian dan melakukan tugas yang kompleks boleh menyekat kemampuan untuk belajar. Malnutrisi mengakibatkan kehilangan pengetahuan, daya otak dan produktiviti. semakin lama kekurangan gizi dalam seorang kanak-kanak tidak ditangani, semakin besar risiko kerosakan kognitif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum bakal-bakal mama diluar sana..selamat pagi! Betul ke ada pantang larang untuk mama yang sedang hamil ni? Tak pasti la kesa...
-
A nda sering mengalaminya sewaktu hamil? Mual, muntah, pedih ulu hati, sembelit dan banyak lagi masalah dari kecil hinggalah kepada masala...
-
Hubungan Seks Ketika Hamil Jika anda hamil atau merancang kehamilan, anda mungkin mempunyai banyak maklumat tentang seks sebelum...
-
Selalunya ibu-ibu muda ni sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan puting palsu ini sama ada ianya baik atau buruk. Perlukah puti...
-
**Pastikan anda sudah berkahwin untuk meneruskan pembacaan. Jika belum sila beralih ke page lain.** ****Terima kasih**** Tip Pos...
-
Aduhnya, rengat! oleh: pa&ma edisi sept 2012 Siapa yang pernah mengalami masalah rengat selepas bersalin? Sakitnya seperti senggugut...
-
APAKAH KELEBIHAN VITALEA ? Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting u...
-
✔ CARA BETUL | ✘ CARA SALAH A pabila hamil, tubuh melalui pelbagai jenis perubahan. Perubahan berkenaan sedikit sebanyak mengga...
-
Untuk memahami bagaimana pengeluaran susu terjadi samaada semakin banyak atau semakin sedikit, kita perlu memahami bagaimana sesuatu proses ...
-
E czema adalah term yang selalu digunakan dalam kebanyakan jenis inflamasi kulit (dermatitis). Bentuk eczema yang paling biasa ditemui ada...
No comments:
Post a Comment