Friday, 5 October 2012

Seks Ketika Hamil

Hubungan Seks Ketika Hamil

Jika anda hamil atau merancang kehamilan, anda mungkin mempunyai banyak maklumat tentang seks sebelum kehamilan (iaitu mengadakan hubungan seks ketika hamil) dan seks selepas bersalin (mengharapkan kehidupan seks yang kurang aktif apabila ada orang baru di dalam rumah).

Tetapi amat kurang orang bercakap tentang topik seks semasa mengandung, mungkin kerana kecenderungan budaya untuk tidak mengaitkan ibu-ibu mengandung dengan seksualiti. Seperti ramai ibu bapa, anda mungkin mempunyai persoalan tentang keselamatan seks dan apa yang normal bagi kebanyakan pasangan..

Adakah Seks Semasa Hamil Selamat?
Seks dianggap selamat pada semua peringkat kehamilan yang normal.

Jadi apa maksud "kehamilan biasa"? Ia adalah salah satu risiko yang rendah untuk komplikasi seperti berlakunya keguguran atau tanda awal bersalin. Berbincanglah dengan doktor, bidan, atau pakar kesihatan anda yang lain jika anda tidak pasti mengenai sama ada anda tergolong dalam kategori ini.

Sudah tentu, hanya kerana seks ketika hamil adalah selamat semasa mengandung tidak bermakna anda semestinya mahu untuk melakukannya! Ramai ibu-ibu yang mengandung mendapati bahawa keinginan mereka untuk melakukan seks turun naik semasa diperingkat tertentu dalam kehamilan. Juga, ramai wanita mendapati bahawa seks menjadi tidak selesa kerana badan mereka menjadi semakin membesar.

Anda dan pasangan perlu bersikap dengan lebih terbuka apabila menyentuh mengenai hubungan di kamar intim. Berbincanglah tentang cara-cara lain untuk memenuhi keperluan anda berdua berhubung dengan keintiman, seperti bercium, membelai, dan menyentuh satu sama lain. Anda juga mungkin perlu untuk bereksperimentasi dengan posisi-posisi yang sesuai untuk memastikan anda berdua selesa melakukannya.

Kebanyakan wanita mendapati bahawa mereka hilang keinginan seks apabila sudah mencapai tahap kehamilan yang akhir - bukan sahaja kerana saiz mereka tetapi juga kerana mereka sedang sibuk dengan apa yang akan berlaku selepas itu dan mungkin ghairah dengan keseronokan setelah bergelar ibu bapa.


Apabila Ia Menjadi Tidak Selamat
Dua jenis seksual yang tidak selamat bagi mana-mana wanita hamil:

Pastikan pasangan anda tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kelamin (STD), seperti herpes, ketuat, chlamydia, atau HIV. Jika pasangan anda mempunyai masalah kesihatan seperti ini ia boleh disebarkan kepada bayi dan akan mengakibatkan kesan kepada bayi didalam kandungan.

Faktor-faktor lain termasuklah:


  • Mempunyai sejarah keguguran atau tanda-tanda awal keguguran
  • Pernah melahirkan bayi pra-matang
  • Pendarahan pada faraj atau senggugut
  • Kebocoran cecair amnion (cecair yang mengelilingi bayi)
  • Plasenta previa, keadaan di mana plasenta (struktur cecair pada keliling bayi) berada di bawah yang meliputi serviks(pembukaan rahim)
  • Serviks yang lemah iaitu satu keadaan di mana serviks mudah mengembang (terbuka), meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran bayi pra-matang.
  • Janin berganda (kembar dua, tiga, dan lain-lain)
Beberapa persoalan tentang kebimbangan seks ketika hamil:


Adakah seks boleh membahayakan bayi saya?
Tidak langsung. Bayi anda sepenuhnya dilindungi oleh kantung amnion (beg berdinding nipis yang melindungi janin dan cecair disekitarnya) dan juga otot yang menguatkan rahim. Terdapat juga palam mukus tebal yang memeterai serviks dan membantu melindungi daripada jangkitan. Zakar tidak bersentuhan dengan janin semasa seks.


Hubungan atau kemuncak syahwat boleh menyebabkan keguguran atau kontraksi?
Dalam kes biasa, kehamilan yang berisiko rendah, jawapannya tidak. Pengecutan yang anda mungkin merasa semasa dan hanya selepas puncak syahwat adalah sama sekali berbeza daripada pengecutan yang dikaitkan dengan kelahiran. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan pakar kesihatan anda untuk memastikan bahawa kehamilan anda bukan dalam kategori yang berisiko tinggi. Sesetengah doktor menyarankan agar semua wanita berhenti mengadakan hubungan seks apabila memasuki minggu-minggu terakhir kehamilan, hanya sebagai langkah berjaga-jaga, kerana air mani mengandungi bahan kimia yang sebenarnya boleh merangsang kontraksi.

Adakah normal apabila nafsu seks saya adakala meningkat atau kurang semasa hamil?
Sebenarnya, kedua-dua kemungkinan ini adalah normal. Ramai wanita hamil mendapati bahawa gejala seperti keletihan, loya, payudara yang lembut, dan peningkatan untuk membuang air kecil ketika seks selalu mengganggu, terutamanya semasa trimester pertama. Kebanyakannya, keletihan dan loya-loya sudah berakhir apabila memasuki trimester kedua dan pada waktu ini juga keinginan untuk melakukan seks juga semakin meningkat. 

Keinginan pasangan anda untuk melakukan seks kadangkala semakin meningkat dan adakalanya semakin menurun. Sesetengah lelaki berasa lebih dekat dengan pasangan ketika mereka hamil dan menikmati perubahan pada tubuh badan mereka. Lain-lain pasangan kemungkinan mengalami keinginan yang menurun kerana kebimbangan terhadap bebanan menjadi ibubapa kelak, atau kerana bimbang terhadap kesihatan kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan mereka.

Bila waktu untuk menghubungi doktor
Hubungi pakar kesihatan anda jika anda tidak pasti sama ada seks adalah selamat untuk anda. Juga, sila hubungi jika anda mendapati sebarang tanda-tanda luar biasa selepas persetubuhan, seperti kesakitan, pendarahan, atau jika anda mengalami kontraksi yang berterusan selepas melakukan seks.

Ingat, "biasa" adalah satu istilah yang relatif jika ia berkait terhadap seks semasa hamil. Anda dan pasangan anda perlu berbincang dengan apa yang dirasakan sesuai dan baik untuk keselamatan anda berdua.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts