Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts

Friday, 12 October 2012

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

**Pastikan anda sudah berkahwin untuk meneruskan pembacaan. Jika belum sila beralih ke page lain.**
****Terima kasih****


Tip Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Pada waktu kehamilan, hal ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh mengadakan hubungan seks. Apa yang anda perlu ketahui adalah beberapa posisi hubungan seks yang sesuai dan selamat ketika kehamilan sedang semakin membesar.
Di sini anda akan didedahkan dengan beberapa posisi seks yang ideal ketika hamil:
Posisi pertama :
Posisi pertama ini adalah yang paling ideal dan selesa buat isteri di mana isteri akan berada diposisi atas kerana dia akan dapat mengawal kedalaman penetrasi.
Posisi kedua:
Posisi duduk ialah yang kedua dan kedudukan hubungan seks ini adalah lebih popular dikalangan ibu mengandung iaitu ketika berada dipertengahan kehamilan. Hal ini kerana dia tidak perlu melakukan banyak gerakan. Suami akan berada pada bahagian bawah, iaitu duduk dan kemudian isteri pula duduk diatasnya dalam keadaan saling bertentangan atau berdepan. Bila situasi kandungan semakin sarat, kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah juga posisi yang terbaik.
Posisi ketiga:
Posisi ini adalah di mana suami berada di atas tetapi mengekalkan baringan dalam separuh badan.
Posisi keempat:
Posisi berlutut atau berdiri bersama dan berdepan.
Posisi hubungan seks ketika hamil adalah mementingkan kedudukan yang selamat buat isteri dan kandungan di mana tekanan dan beban perlu dielakkan terhadap perut si isteri.
Hubungan seks ketika hamil juga perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan isteri dan suami dalam hubungan seks namun langkah berjaga juga perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan kandungan. Bahagian yang terpenting pada waktu itu adalah bagi menyampaikan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tengan bagi menimbulkan perasaan kebersamaan dan merapatkan perasaan hubungan suami isteri walaupun ketika hamil.
Dalam situasi ini, jangan pula anda meletakkan hubungan seks semata-mata sebagai peranan penting dalam menyatakan perasaan itu,  pada ketika isteri hamil, peranan suami adalah melindungi dia dengan memberikan perhatian sepenuhnya. Sensasi hubungan seks ketika hamil tidak juga terhad di situ sahaja, sebagai contoh lakukan juga pelukan, ciuman atau gurau senda bagi merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang serta tidak semestinya hanya pada hubungan seks semata-mata. Dalam semua hal isteri juga perlu memahami keinginan suami dan perasaannya ketika sedang hamil.

Adakah bermacam posisi hubungan seks ketika hamil boleh dilakukan?

Ya, suami isteri boleh melakukan pelbagai posisi hubungan seks ketika hamil biasa atau normal. Anda antara isteri yang mengandung berasa risau dan salah tanggapan tentang seks ketika hamil boleh menyebabkan gangguan atau infeksi yang menjejaskan kandungan semasa hubungan seks dilakukan.
Hubungan seks tidak membahayakan kandungan isteri kerana adanya selaput, lendiran dari serviks ibu (mulut rahim) yang membantu melawan kuman atau infeksi berbahaya yang akan memasuki kawasan pintu rahim. Secara semulajadi, Tuhan telah menciptakan suatu perlindungan kepada kandungan isteri yang hamil. Bayi yang berada dalam kandungan dilindungi dengan perut yang kuat, bayi berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim bagi melindunginya semasa proses kehamilan.
Kehamilan akan termasuk dalam kehamilan yang berisiko sekiranya ada komplikasi atau ada simtom-simtom yang jarang berlaku selama ini seperti berasa ngilu, kontraksi atau pendarahan dan sebaik-baiknya isteri perlu bertemu dengan doktor dengan kadar segera.posisi hubungan seks hamil
Apa yang anda perlu tahu doktor akan menasihatkan suami isteri tidak melakukan hubungan seks pada kes-eks kehamilan seperti:
1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)
3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
5. STD atau penyakit seksual yang menular.
Oleh itu, jika anda berasa was-was untuk melakukan hubungan seks semasa proses kehamilan, jangan anda sengan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan pandangan serta nasihat dari mereka.

Seks Semasa Hamil


Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil? 

Sudah tentu. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa ketuban air memecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran. 

Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi. 

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang. 

Bolehkah seks membahayakan bayi? 

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan. 

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan. 

Adakah nikmatnya sama? 

Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil. 

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks. 

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal? 

Ya. Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah perlakuan seks anda. Setengah wanita, sekarang bebas dari kebimbangan tentang konsepsi dan pencegahan hamil, merasa lebih seksi dari biasa. Tetapi yang lain hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama. 

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik tetapi dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dalam perasaan dan aktiviti seks setiap pasangan suami-isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga sebab anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda merasakan tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda. 

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah yang setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa kehamilan. 

Adakah nafsu berahi seks suami saya akan berubah? 

Mungkin. Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak tertarik juga. 

Nafsu suami anda mungkin mengurang sebab takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir. 

Adakah seks oral selamat? 

Ya, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi. 

Posisi-posisi manakah yang paling selesa? 

Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang telah tahan zaman. 

• Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian beasr beratnya dari uterus anda. 

• Gunakan katil sebagai alat membantu. Bonjol anda bukan penghalang jika anda berbaring atas belakang anda di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda. 

• Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang mendalam boleh menjadi tidak selesa apabila bulan-bulan berlalu. 

• Naik atas suami anda. Ini tidak meletakkan berat atas abdomen anda dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi. 

• Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh). 

Biar yakin - jika ada kemahuan, mesti dibukakan jalan. Dengan sedikit cuba-mencuba, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa suatu teknik yang sesuai bagi anda. 
Semakan terakhir: Disember 2010


Rujukan dari babycenter malaysia

Thursday, 11 October 2012

Rapatkan Hubungan Suami Isteri



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts