Friday, 7 September 2012

Pantang Larang Ketika Hamil

Assalamualaikum bakal-bakal mama diluar sana..selamat pagi!

Betul ke ada pantang larang untuk mama yang sedang hamil ni? Tak pasti la kesahihannya. 

Ada orang tua-tua dulu kata, tak boleh menjahit dan menganyam nanti tali pusat terbelit. Erm kadang-kadang terlepas jugak buat semua tu masa mengandungkan anak pertama dulu. Kandungan 4 bulan masa tu bulan puasa plak. Memang terlepas jugak nganyam ketupat, ada jugak nak dekat 50 helai daun dah buat. Bila ada orang tua datang rumah kena tegur, ish ko jangan nganyam nanti terbelit anak ko pulak nanti. Terkejut jugak sebab baru 1st time dengor. Terus stop. Baik2 plak makcik-makcik ni sambungkan..terima kasih la ye..Tapi alhamdulillah, anak lahir selamat aje, padahal dah banyak juga nganyam. Pasal jahit tu pun dah terlepas jugak pernah nak menjahit baju dan bantal yang koyak. Alhamdulillah senang lahir. Sampai-sampai hospital dah bukak 7cm, 3 jam lepas tu terus lahir. Erm, kadang-kadang nak percaya boleh tapi jangan sampai taksub sangat kan. Kita bukan buat benda jahat pun..

Ada juga yang kata tak boleh siang ikan, sejauh mana kebenarannya tak boleh lah nak fikirkan sangat. Sebab saya dulu pun kena juga siang ikan masa ngandungkan anak sulung dulu. Niat kita nak masak untuk suami dan nak beri anak didalam kandungan sihat. Kalau ada ahli keluarga yang lain di rumah boleh tolong masakkan ataupun suami orang kaya yang boleh amik orang gaji takper la kan. Kalau memang duduk sendiri macam mana nak gayakan tu. Yang penting niat kena betul yer tak? Kalau mcm tu order saja fast food hari-hari. Sanggup ker. hehehe..Masa mengandung dulu saya memang suka memasak, hari-hari nak masak lain-lain. Memang tak ada alah bab-bab masak ni. Agaknya nanti anak nak jadi chef selebriti terkenal agaknya. hehe..mudah-mudahan..Walaupun baby boy, mana tau jadi chef boleh tahan jugak. Berangan aje lebih..:P

Ada juga yang kata jangan mandi malam, nanti susah nak beranak. Orang kata nanti kembar air. Tapi yang terjadi pada seorang kawan saya dia mengalami kembar darah. 4 hari di hospital tak beranak-beranak. Sebab dia kata dia suka mandi malam. dah feveret katanya. Wallahualam. Kalau boleh dielakkan elakkan la. Sebab kita pun walaupun tak pregnant memang tak elok mandi malam. Dada sejuk nanti. Mudah kena paru-paru berair. Tapi kalau yang kerja balik malam tu apa nak buat. Nanti busuk plak hubby cakap. Tapi sekadar mandi basah-basah aje cukup la..tak yah la sampai nak berendam lama-lama. betul tak? 

Ada yang kata kalau nak potong apa-apa jangan secara terbalik. Nanti anak songsang. Ini pun tak tau lah sejauh mana kebenarannya. Sebab belum pernah tarjadi pada sesiapa. Pernah dengar orang cakap aje. 

Ada juga yang kata tuala jangan letak kat leher. Nanti anak terbelit tali pusat. Disebabkan saya sekarang sedang mengandung anak kedua. Saya selalu juga terlepas buat mcm tu sebab nak mandikan anak sulung. Mudah-mudahan tak terjadi lah.

Ada juga yang kata tak boleh potong rambut, takut nanti kena bedah. erm yang ni saya tak percaya. Sebab dulu masa ngandung anak sulung masuk 6 bulan, memang badan sentiasa panas. Kipas kalau boleh nak dekat aje bila tidur malam. huhu. Merungut kat suami nak potong rambut. Suami tak suka saya rambut pendek. Tapi kita dah panas sangat suami iyerkan aje. Nanti baby dah lahir lama-lama panjang balik rambut, masih boleh diikat lagi untuk waktu berpantang nanti. Alhamdulillah lahir normal jugak. :)

Ada juga yang kata jangan tengok citer-citer aksi dan seram-seram. Tak elok kalau ibu-ibu terkejut. Erm yang ni saya nak bagi sedikit pandangan lah. Buat ape lah nak tengok citer-citer yang mcm ni kan. Elok kita banyak baca al-quran dan berzikir. Boleh kalau nak tengok citer-citer mcm ni tapi jangan terlampau sangat. Sikit-sikit bolehlah. Kalau tengok selalu kalau dah terbayang-bayang dalam mimpi kan tak elok juga tu. Yang buruk datang dari kita, yang baik datang dari Allah. 

Dulu pun masa pregnant dulu, saya pun kadang-kadang taknak buat itu taknak buat ini, was-was bila nak buat sesuatu time pregnant. suami selalu tegur, jangan 'yang'. 'Awak tak boleh pikir-pikir sangat bila buat sesuatu tu. Yang penting niat tu. Kalau niat tak baik, tak baik lah jadinya'. betul jugak tu..huhu~

Tentang bab pemakanan pula, kalau rasa makanan tu tak berapa elok tak perlulah makan. Macam nenas buahnya tajam. Durian pula orang kata panas, sikit-sikit boleh la takut nanti mengidam pula. Elakkan buah-buahan yang sejuk. Buah-buah yang lain pula makanlah ikut keperluan tubuh. Yang ada khasiat untuk bayi dalam kandungan. 

Tentang bab minuman pula, pun macam tu. Orang kata tak elok minum air kelapa muda di awal kandungan tapi elok di akhir-akhir pula. Erm macam tu kita boleh la ikut. Pernah dengar banyak citer jugak tentang air kelapa muda ni. Kalau rahim tak kuat takut gugur pula. Banyakkan minum air barli dan soya. Bagus untuk sesiapa yang ada gastrik dan elok untuk minda bayi. Kalau boleh buatan sendiri bukan dalam kotak, banyak kandungan gula aje. Takut nanti kena kencing manis dan darah tinggi pula. Masa belum mengandung takde apa-apa penyakit pula ye tak. Masa mengandung ni boleh ada pula. Biasa la tu pembawakan budak. :)

Yang penting bersederhanalah dari semua hal. Banyak sangat pun tak boleh, sikit sangat pun tak boleh. Jadi pilihlah yang tengah-tengah. Ikut sunnah nabi. 

Sebenarnya yang penting masa mengandung ni, percakapan, perbuatan dan yang paling penting hati semuanya kena jaga. Kalau boleh, buatlah perkara yang elok. Jangan terlalu beremosi dan jangan terlalu taksub akan sesuatu. Perbanyakkan amalan semasa mengandung. Istighfar selalu kalau terkejut dan ternampak sesuatu, dan bukannya sumpah seranah. Niat yang baik kerana Allah pasti datangnya yang baik juga. Amalkan surah-surah yang elok untuk kandungan. Amalkan 5 perkara ni sebelum dan selepas:


  • Jaga tutur kata setiap hari
  • Banyakkan selawat dan membaca Al-Quran
  • Menjaga hubungan baik sesama insan
  • Jaga pemakanan, makan makanan yang berkhasiat..
  • Banyakkan bersedekah…
Bila nak dekat-dekat bersalin, minta lah maaf dengan semua orang lebih-lebih lagi dengan suami. Amalkan surah Maryam untuk memudahkan persalinan nanti dan banyakkan makan kurma untuk anak sihat dan bijak. Amalkan juga surah Yusof untuk anak cantik. Dan banyak lagi surah-surah yang elok untuk diamalkan. Boleh search di internet. 

Jadilah orang yang berilmu.

Salam dari saya MamaNadira..:)









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts