Monday 10 December 2012

KEBAIKAN OSTEMATRIX


Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KALSIUM
+++++++
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.

VITAMIN D
++++++++
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium & Vitamin D sangat digalakkan utk mengelakkan dari osteoporosis
==============================================

? Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
? Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
? Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
? Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.
? Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)
? Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!






JOM PM SAYA UNTUK DAPATKAN SATU UNTUK KESIHATAN ANDA
Facebook : nadhirah87 / Livelifelonger
Call / sms : 012-9768256
Email : Nadhirah_07@yahoo.com / Nadrul8778@gmail.com

Wednesday 5 December 2012

NAK BUAT DURIAN CREPE??!!

Wah...sekarang sedang hot pasal durian crepe ea...tapi saya lum dapat merasa lagi. Biasalah mana nak dapat, duk ceruk ni kan..tapi takpe, search punya search ada jugak kat tenet resepi untuk membuatnya. Well, saya ni duduk kampung, tak sah kalau takde durian ni. Banyak ni ha kat rumah ni. Sayang kalau tak buat apa2 kan. Dari makan gitu aje baik buat durian crepe yang tengah hot ni kan. Jom kita tengok apa resepi dia..

RESEPI : DURIAN CREPE

BAHAN-BAHANNYA : 

  • 250gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 400ml santan
  • 100ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna kuning telur
  • Isi durian

UNTUK FILLING : 

  1. Cawan whipping cream (gunakan brand yang ada kat gambar bawah ni, sebab tak payah susah dah nak bubuh gula lagi, sebab memang dah sedap). Kalau brand lain kena letakkan gula agar dia manis.

CARA-CARANYA :
  1. Ambil isi durian dan lenyekkan.
  2. Guna stand mixer. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah Siap! (yang whipping cream tu pun jangan lupa pukul kasi kental dan gebu.
  3. Tapis benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus. Sebab takut kulit crepe tu menggerutu nanti kalau tak tapis.
  4. Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu, pastu boleh letak adunan tadi. Lepas tu, goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis kan crepe tu. Alah buat macam masak lempeng. Tapi kalau boleh buat crepe tu senipus yang boleh. (masak crepe ni yang belah bawah je. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin atas ni nak buat belah luar).
  5. Lepas masak sekeping crepe ni, alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing.
  6. Letak whipping cream dengan isi durian pekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentul bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak (belah bawah) ni sebab bila lipat nampak cantik sebab yang part licin tu dekat atas.
  7. Jadilah macam dalam gambar ni. Lepas tu, boleh sejukkan dalam fridge. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.






okey..Selamat Mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts