Showing posts with label Senang Hamil. Show all posts
Showing posts with label Senang Hamil. Show all posts

Friday, 5 October 2012

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex


Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.


Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

*Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? 

Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk boleh hubungi saya di:
Facebook: nadhirah87 / livelifelonger
Call / sms : 012-9768256
Email: nadhirah_07@yahoo.com / nadrul8778@yahoo.com

Saturday, 8 September 2012

Nak Senang Hamil?

Sama ada anda menghadapi masalah kehamilan atau anda hanya mahu untuk hamil lebih cepat, terdapat beberapa perkara yang dapat memberi manfaat kepada anda. Tarikh ovulasi perlu dipertimbangkan untuk meningkatkan kadar kejayaan anda. Paling penting kekal bersabar dan sentiasa konsisten. Cara terbaik untuk anda hamil adalah dengan sentiasa melapangkan fikiran dan berkomunikasilah secara baik dengan pasangan anda.

Ovulasi

Berikut ada beberapa fakta menarik tentang ovulasi atau waktu subur:

  • Telur matang yang dilepaskan dari ovari hanya boleh hidup dalam 12-24 jam sahaja
  • Biasanya hanya satu telur sahaja akan dilepaskan setiap kali ovulasi berlaku
  • Ovulasi boleh dipengaruhi jika ada tekanan atau 'stress' 
  • Jika telur tidak disenyawakan dalam waktu ovulasi ia akan diserap ke dalam dinding rahim dan seterusnya menjadi darah haid
  • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta telur tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan
Menikmati keseronokan berintimasi

Jadikan hubungan kelamin satu keseronokan. Tegangan di tempat kerja mahupun dirumah kadang kala mengganggu kejayaan untuk hamil. Tekanan boleh menyebabkan wanita tidak dapat mengalami orgasma dengan baik. Ini boleh menimbulkan masalah untuk telur sampai ke destinasinya. Disamping itu, orgasme lelaki akan jadi lebih baik jika kondisi lelaki dalam keadaan baik maka lebih besar kejayaan sesuatu sperma itu.


Kadang-kadang kita sudah berusaha tetapi tetap tidak membuahkan sebarang hasil. Jika ini berlaku pada anda, lakukan ujian ke atas kedua-dua pasangan di klinik bersama-sama. Selain itu, berusaha untuk mengambil apa-apa makanan tambahan untuk kedua-dua pasangan. Ambillah inisiatif bersama dan rancanglah dengan baik untuk kebaikan masa depan anda berdua.  Di antara salah satu makanan tambahan yang saya ingin kongsikan pada anda adalah dari produk nutrisi Shaklee sendiri. Kerana keberkesanannya telah pun terbukti. Dibawah ini adalah testimoni dari pelanggan yang mencubanya;



Untuk keberkesanan yang lebih menyeluruh ia seharusnya diambil oleh kedua-dua pasangan si isteri dan juga si suami. 

Untuk Suami Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E+Zinc+Omega Guard





Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita 
C+alfalfa) bersama vita-E

                                                                              ATAU 



Kita hanya cuba berikhtiar, Allah jua menentukan Segalanya!
~Semoga anda bertemu dgn apa yang dihajati~


Hubungi saya Nadira untuk keterangan lebih lanjut tentang harga produk serta konsultasi. Sms saya di no. 012-9768256 atau email sahaja di Nadhirah_07@yahoo.com/nadrul8778@gmail.com



>Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Monday, 13 August 2012

Petua Cepat Dapat Anak


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat.  Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua. 

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:


  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam


Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran


Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan


Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan
Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc


Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita 
C+alfalfa) bersama vita-E


Hubungi saya untuk mendapatkannya segera. Di no. 012-9768256 dan add fb saya nadhirah87 untuk keterangan lebih lanjut dan diskaun terbaik.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts