Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Saturday, 6 October 2012

Kehebatan Susu ibu dari "The Milk Story"

Kisah kehebatan susu ibu ini saya ambil dari pakar laktasi iaitu Puan Suraya Lunatots sebagai panduan dan iktibar untuk kita ambil supaya kita dapat menambahkan pengetahuan dan ilmu tentang hebatnya susu ibu ini.


Kisah dari Puan Farah Rahim
Bagaimana jika semua susu termasuk susu lembu dan susu soya boleh mencetuskan alahan atau kesan sampingan yang merbahaya pada anak anda?
Apa perasaan anda jika anak anda hanya mampu makan nasi kosong dan sayur-sayuran sahaja?

Hakikatnya hanya susu ibu yang mampu DITAPIS secara selamat dan meneruskan zat-zat yang tertinggal ketika dalam keadaan darurat.

Hi. Nama saya Farah Rahim dan saya punya seorang anak yang menghidap eczema dan alahan yang serius kepada susu lembu, kacang soya, oat, daging lembu, putih telur, kacang dhal dan beberapa jenis makanan lagi. 10 hari selepas anak saya mengambil suntikan MMR, badannya ditumbuhi ruam yang kasar, dia menggaru sehingga seakan-akan nampak isi daging dan menangis meronta-ronta pada waktu malam kerana kegatalan.

Dalam keadaan tidak cukup tidur dan zat (kerana terpaksa berpantang), saya meneruskan perjuangan penyusuan saya WALAUPUN diherdik menyusu setahun pun anak kena alahan. Dalam keadaan anak saya kelaparan kekurangan zat saya tawakal pada kekuatan susu ibu dan bersengkang mata mencari ilmu mengetahui sumber alternatif pada zat-zat yang terpaksa ditinggalkan.

Alhamdulillah setahun sudah perjalanan, anak saya sihat, jarang demam atau selsema walaupun pemakanannya terhad kerana saya masih menyusukannya.

Perjuangan ini menyebabkan saya menubuhkan satu kumpulan sokongan tentang eczema dan alahan, serta saya sampaikan kepentingan meneruskan penyusuan dalam saat-saat genting. Ia mendedahkan kepada saya kepentingan ibu susuan, relactation dan komposisi susu ibu itu juga MAMPU menjadi penawar segala macam penyakit.

Dugaan yang Allah SWT turunkan ini adalah satu hikmah supaya menyampaikan pada ibu-ibu lain AJAIBNYA susu ibu, bahawa when left without a choice, susu ibulah menjadi penyelamat. Menyusulah pada hari ini, kerana apa yang ditentukan pada hari esok besar kemungkinan bergantung pada pilihan kita pada hari ini.

The Milk Story

Thursday, 9 August 2012

Testimoni Set Penyusuan




Inilah buktinya! Set Penyusuan dari Produk Nutrisi Shaklee. Ramai yang sudah berjaya dengan produk ini. Anda bila lagi? Hubungi saya call or sms di no.012-9768256 dan add Fb saya Nadhirah87
Untuk keterangan lebih lanjut, diskaun terbaik dan konsultansi percuma.



>Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, 6 August 2012

Set Penyusuan Popular


Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..disini ada disediakan untuk trial pack dan full pack. Bagi yang ingin budget dan ingin mencuba bolehlah ambil trial pack untuk penggunaan sebulan dan full pack untuk penggunaan selama 4-6 bulan..;

Set 1  - Set B

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa


Set 2 - Eu-Four Pack

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.


Set 3 - Set E


  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster


Set 4 - Set 3M


  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

P/S: Yang menariknya harga Full Pack diatas adalah termasuk harga postage sekali yea..:) Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya di nombor 012-9768256 dan add fb saya facebook.com/nadhirah87




Set Penyusuan

Salam semua, ramai yang keliru mana satu la set yang nak dipilih...banyak sangat....Pada saya simple je, untuk yang berpantang tak ada pilihan, hanya boleh ambil Set 2-Set Eu-Four Pack sahaja dan bagus sangat jika ditambah dengan ESP. Jika anak G6PD, set ini jugalah yang paling sesuai.

Kepada semua ibu yang dah tidak berpantang, dan anak tidak mengalami masalah G6PD, anda boleh mengambil mana-mana set di bawah dan semestinya SET TERBAIK ialah Set 3M. Semuanya bergantung kepada budget anda. Namun, jika budget agak terhad, boleh cuba Set E di mana kesannya juga bagus. Dan bagi ibu yang budgetnya terhad, pilihan yang paling baik ialah Set B, di mana harga memang sangat berpatutan. Ni detail Set Penyusuan yang ada.


Set 1-Set B
***********

  • Mengandungi 4 supplement (Vitamin B, vitamin C, Multivitamin dan Alfalfa.
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan, sekadar menambah nutrisi dalam susu ibu.
Set 2-Eu-Four Pack
******************
  • Mengandungi 4 supplement (Vitamin B, vitamin C, Multivitamin & Kalsium).
  • SET PALING TEPAT UNTUK IBU BERPANTANG.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS).
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana terdapat kalsium di dalam set ini.
  • Jika anak anda ada G6PD, ini set yang sesuai tanpa mendatangkan sebarang kesan.
Set 3-Set E
**********
  •  Mengandungi 5 supplement (Vitamin B, vitamin C, Multivitamin, Kalsium dan Alfalfa)
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS).
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster.
Set 4-Set 3M
*************
  • Mengandungi Set E & ESP.
  • SET PENYUSUAN TERBAIK kerana ada 3 Milk-Booster.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami kemerunduman susu atau susu tidak cukup.
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok, ini adalah pilihan yang tepat.
Jika anda memilih set selain Set 3M, anda juga boleh Add-On ESP untuk kesan yang SUPER DUPER HEBAT!!!!! Hanya yang pernah mencuba je yang tahu macammana bestnya ESP ni......

Pada saya, tidak salah mencuba dan mengambil set penyusuan ini. Hal ini kerana ia bukan sekadar untuk penyusuan sahaja, malah membantu ibu lebih bertenaga, sihat dan mencantikkan kulit juga. Bagi yang ambil ESP, anda juga dapat kebaikkan untuk kecantikkan payudara, kerana ESP membantu memejalakan semula payudara yang kendur. BESTkan.??? All in one.........

Sila call saya di 012-9768256 / Add Fb Nadhirah87 untuk maklumat lanjut setiap set dan KONSULTASI PENYUSUAN PERCUMA akan diberikan selepas pembelian, hanya untuk anda pelanggan Mama Nadira.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 4 August 2012

Selepas bayi dilahirkan

24 jam yang pertama


Ingatlah selepas 24 jam pertama selepas bayi dilahirkan, seelok-eloknya sejurus selepas lahir, bayi perlu diletakkan dengan serta-merta di atas payudara ibu untuk merangsang penghasilan air susu. Memang naluri bayi adalah untuk menghisap. itu adalah refleks semula jadi mereka. Meletakkan bayi di atas payudara sejurus selepas bersalin umpama menghidupkan suis lampu. Jika suis lampu tidak dihidupkan, maka lampu tidak akan menyala, bukan? Jika bayi tidak menghisap untuk merangsang penghasilan air susu, maka air susu tidak akan keluar. Begitulah perumpamaannya. 

  Mintalah jururawat meletakkan bayi anda pada payudara anda. Di hospital, slogan 'mesra bayi' di seluruh Malaysia menjadi amalan yang biasa. Tetapi awas, jika anda bersalin di klinik persendirian misalnya, ia tidak begitu diberi penekanan dan kurang dipraktikkan. Jadi, anda perlu bertegas!


  Jika bayi anda dilahirkan pramatang atau mengalami masalah dan komplikasi lain yang menyebabkan ibu tidak boleh memberikan penyusuan terus daripada payudara, anda seharusnya merangsangkan payudara dengan mengepam menggunakan pam bergred hospital atau yang setanding dengannya. Ini memastikan proses penghasilan susu tidak terjejas. Pamlah sekurang-kurangnya 8 kali sehari (15-20 minit setiap kali sesi memerah). Perahlah kolostrum dan serahkan kepada doktor atau jururawat untuk diberikan kepada bayi anda. Apabila bayi sudah sihat dan bersedia untuk menyusu terus daripada payudara, mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) terlebih dahulu. Ini akan menimbulkan minat kepada bayi untuk menyusu terus daripada payudara anda.


Tidak ada susu?


Tak ada susu? Itulah ungkapan yang biasa didengari daripada mulut ramai ibu. Tiada susu kerana anda tidak memberikan rangsangan pada payudara dan bayi tidak menghisap sekerap yang mungkin. Ingat pesanan ini - hanya satu undang-undang untuk menghasilkan air susu - the more you give, the more milk you will have. As simple as that. Ya, semudah itu. Lebih banyak susu yang diberi, lebih kerap bayi menghisap payudara dan lebih banyak anda pam, maka lebih banyaklah air susu yang akan terhasil. 


  Apabila bayi menghisap payudara, hormon oksitoksin akan dihasilkan dan isyarat akan dihantar pada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Kalau bayi tidak menghisap, macam mana susu hendak keluar? Air susu juga pengguna pakai teori demand and supply. Tiada permintaan, maka tiada susu yang akan terhasil. Ini kemudian disusuli dengan undang-undang yang kedua iaitu minum air secukupnya dan mengambil pemakanan yang khasiat. 


Bayi tidak mahu menyusu?


Ada yang memberi alasan, 'Baby I tak nak'. Bukan 'Baby tak nak', tapi mungkin anda yang tidak selesa atau cara dan teknik memberi susu salah. Mana ada bayi yang tidak mahu susu ibunya. Mustahil! Semua mamalia menyusukan anak. Manusia juga mamalia dan sepatutnya itulah yang dilakukan.


  Semua bayi memerlukan susu dan mereka mempunyai naluri semulajadi untuk menghisap. Untuk menyusukan bayi, anda perlu 'belajar' memberi susu sambil berbaring dalam keadaan yang paling selesa. Anda perlu mempelajari teknik terbaik untuk memberi susu, tidak kiralah secara duduk ataupun berbaring. Malah, setelah banyak belajar dan menjalani latihan, saya kini boleh memberi susu sambil berjalan. Ya, belajar!


  Semuanya kena belajar. Memberi susu sambil berbaring akan memudahkan hidup anda. Cari posisi seselesa yang mungkin sama ada beri sokongan pada tangan, kepala dan badan. 


  Antara sebab lain bayi tidak mahu lagi menghisap payudara adalah kerana anda telah memberinya minum daripada puting botol susu. Bayi yang sudah 'dibiasakan' minum daripada botol susu menjadi keliru dan juga 'malas'. Ini kerana menghisap susu daripada botol tidak memerlukan mereka menggunakan banyak tenaga dan usaha. Bayi cuma perlu menggunakan 4 otot dirahang berbanding 44 otot jika menghisap susu ibu daripada payudara. Letak susu daripada botol ke dalam mulut bayi dan air susu akan mengalir keluar dengan mudah sekali. Free flow!


  Menggunakan otot di rahang membantu pembentukan rahang dan gigi yang baik. kesannya, gigi anak anda tidak akan menjadi jongang dan tersusun rapi. Anda juga memberi anak anda pengajaran yang amat bermakna dalam hidup iaitu sekiranya mahu makan, maka anda perlulah berusaha. Ajar mereka daripada bayi lagi, tanpa usaha maka tiadalah hasilnya.


Penyusuan susu ibu tidak mudah


Memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada anak bukanlah sesuatu yang mudah pada mulanya. Tidak semuanya indah seperti yang digambarkan. Pada mulanya, ia mungkin payah, leceh dan kadangkala amat sakit. Tetapi percayalah, jika anda mendapatkan bantuan dan sokongan yang betul, anda pasti berjaya. Di situlah pentingnya kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang terdiri daripada para ibu yang berpengalaman dalam menyusukan anak-anak mereka. Pasti akan ada yang sudi membantu anda. Sertailah kumpulan sokongan yang berdekatan dengan anda.


  Ketahuilah, penyusuan susu ibu merupakan hadiah paling bermakna yang dapat anda berikan  kepada anak. Bukan hadiah, baju dan mainan yang mahal, tetapi khasiat susu ibu sebagai permulaan hidup mereka. Biarlah darah daging yang mengalir di dalam badan mereka adalah daripada susu ibunya sendiri. Anak manusia biarlah minum susu manusia juga. Itulah fitrah alam dan yang disarankan di dalam al-Quran.


  Khasiat susu ibu akan memberikannya perlindungan sehinggalah mereka dewasa kelak. Tahukah anda, lebih 50% masalah obesiti adalah kerana anak-anak tidak diberi penyusuan susu ibu? Cuba anda perhatikan keadaan kanak-kanak yang obesiti. Susu apa yang diberikan oleh ibu mereka sewaktu bayi? Kajian terbaru juga mendapati bayi yang diberi susu ibu selama lebih satu tahun, kurang mendapat risiko tekanan darah sewaktu dewasa. Terlalu banyak lagi kebaikan yang tidak mungkin dapat ditulis disini.


Apa yang perlu ibu lakukan?


Sekiranya anda tidak melengkapkan diri dengan persediaan yang secukupnya, nescaya anda tidak dapat memberi dan akan gagal dalam melaksanakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Berikut merupakan persediaan yang perlu ada pada setiap insan yang bergelar ibu:


1Kemahuan. Anda perlu mahu. Kemahuan mengatasi segalanya. Jika si ibu sendiri tidak
     mahu, maka tiadalah susu ibu.
2Komited. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Anda perlu sanggup melakukan 
     apa sahaja, selagi terdaya untuk memastikan anda berjaya. Anda perlu mengatakan 
     kepada diri bahawa tiada pilihan lain selain susu ibu. Jangan beli apa-apa makanan atau 
     susu lain. Kerana terlalu mudah membeli susu gantian yang lain, maka ramai ibu tidak
     berjaya. So, Don't Start!
3Kekuatan mental. Anda perlu mempersiapkan mental untuk menempuhi kesukaran,
     terumanya pada bulan-bulan awal kelahiran. Percayalah...semakin bayi anda membesar,
     maka ia semakin mudah. Cuma 2 tahun daripada hidup mereka untuk memberikan yang
     terbaik. Masa berlalu dengan begitu pantas dan anda pasti tidak akan menyesal.
4Sokongan. Anda perlu mencari mereka yang menyokong, memberi anda semangat dan
    kata-kata perangsang. Janganlah dengar nasihat daripada mereka yang tidak berjaya atau
    cetek ilmu. Cari orang yang sudah berjaya. Banyak kumpulan sokongan penyusuan susu ibu
    di luar sana dan dapatkan nasihat daripada pakar sekiranya masalah penyusuan anda rumit.
5Belajar dan membaca. Anda perlu mencari ilmu dan berusaha sendiri. Persiapkan diri 
    dengan banyak membaca atau bertanya kepada yang telah berjaya. Bak kata pepatah, ilmu 
    itu gemala sakti, cahayanya indah, sinarnya berseri.



Makanan Sempurna

Tidak lengkap rasanya jika tiada topik mengenai susu ibu kerana ramai ibu di luar sana yang semakin peka akan khasiatnya. Khasiat susu ibujauh lebih hebat daripada susu formula. Cuma, ramai yang alpa kerang kurang ilmu dan maklumat, salah informasi serta mempunyai kepercayaan yang salah. Malah, ada yang juga tidak mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.


    Susu ibu adalah makanan yang paling sempurna untuk bayi anda kerana mengandungi semua zat yang diperlukan dalam kadar yang betul. Malah, sehingga kini kajian mengenai susu ibu masih lagi dilakukan untuk membongkar pelbagai keistimewaan dan keajaiban pada kesihatan bayi yang seolah-olah tiada penghujungnya.

Saiz perut yang kecil


Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, sebenarnya kapasiti, atau saiz perut bayi yang baru lahir cumalah sebesar guli kecil atau kacang 'chick pea (5-7ml). Cuba anda bayangkan, sangat kecil saiznya, bukan? Pada hari ke-3, kapasiti perut bayi adalah sebesar penumbuk bayi anda sendiri iaitu 22-27ml sahaja. Pada hari ke-10, ia akan menjadi sebesar kacang walnut atau bola ping pong sahaja (45-60ml). 


Daripada penjelasan tersebut, ternyata bayi anda tidak memerlukan kuantiti yang banyak pada awal kelahirannya. Seorang bayi pada awal kelahirannya, iaitu pada 3-4 hari pertama mampu hidup dengan sihat tanpa air susu yang mencurah-curah. Jadi, tidak usahlah disumbatkan bayi anda dengan susu formula kerana mereka langsung tidak memerlukannya.


Kolostrum cecair emas


Pada hari-hari pertama kelahiran bayi, ibu akan menghasilkan susu yang dipanggil kolostrum. Ia juga dikenali sebagai 'cecair bernilai emas' kerana warnya yang kekuningan ini merupakan pembekal imuniti pada seluruh tubuh anak anda. Ia makanan dan minuman ajaib yang memberi kekebalan terhadap segala virus, bakteria dan kuman yang berada di udara sebaik sahaja dilahirkan. 


  Air susu matang hanya akan terhasil dalam minggu pertama kelahiran. Air susu akan lebih banyak hanya pada hari-3 dan 4. Oleh itu, usah risau yea. Ramai ibu risau jika susu mereka tidak terus keluar dan berkata 'saya tak ada susu'. Ini adalah kepercayaan yang salah. Tiada susu yang banyak pada hari-hari pertama adalah normal. 


 "Semua ibu mampu mengeluarkan susu dan boleh menyusukan anak mereka. Bahkan ibu angkat sekalipun boleh menyusu, inikan pula ibu sendiri!"
  Di awal kelahiran, si comel anda hanya memerlukan kolostrum. Ia sama dengan antibodi. Jika anda tidak memberi kolostrum kepada anak, ia adalah penyumbang dan punca anak anda kerap jatuh sakit kerana dia tidak mendapat perlindungan yang diperlukan. Jumlah kolostrum memang sedikit, cuma 20-30ml sahaja, tetapi perut bayi tidak memerlukan lebih daripada itu. 


  Kolostrum lebih diperlukan oleh bayi pramatang. Susu ibu untuk bayi pra-matang dirumus khas untuk bayi pra-matang. Bererti TUHAN sudah menciptakan yang terbaik untuk anak anda. Inginkan bayi pramatang sihat dengan lebih cepat? berilah susu ibu. Susu ibu pramatang mengandungi protein yang tinggi, imunoglobulin IgA, Laktoferin dan rendah laktosa khas untuk bayi pramatang anda! Usahlah diberi susu lain yang jelas tidak setanding dengan susu ibu.


bersambung...

Saturday, 21 July 2012

Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa




Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.


Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.

(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder

(4) Minum air secukupnya

(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.

(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.

(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi

(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts