Monday, 22 October 2012

Masalah Sewaktu Hamil

Anda sering mengalaminya sewaktu hamil? Mual, muntah, pedih ulu hati, sembelit dan banyak lagi masalah dari kecil hinggalah kepada masalah besar yang mungkin dihadapi. Dibawah ini ada tip bagaimana untuk mengatasinya hingga dapat menikmati saat kehamilan yang membahagiakan dan menyenangkan.


MUAL DAN MUNTAH

Ia masalah biasa yang menyerang bakal ibu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak mengalaminya. Mual dan muntah yang dialami pada trimester yang pertama memang menganggu keselesaan wanita. Ia terjadi kerana perubahan dalam badan dan bertindak balas dalam cara yang berbeza, antaranya mual dan muntah. Anda mungkin mengalaminya di waktu pagi atau malam bahkan lebih teruk lagi yang perlu melaluinya sepanjang hari. Biasanya rasa mual dan muntah ketika hamil akan berhenti selepas tiga bulan pertama.

TIP Mudah Mengatasinya

Jangan bangun tidur dalam keadaan tergesa-gesa atau terkejut.

Selepas makan, duduk selesanya supaya graviti membantu menyimpan makanan dalam perut dan mengelakkan mual ketika hamil.

Elakkan daripada menghidu bau-bauan yang kurang menyenangkan anda. Jangan berus gigi sebaik selepas makan kerana ia boleh menyebabkan anda segera muntah.

Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak, pedas, berkafein. Lebihkan makanan seperti biskut kraker dan roti bakar.

Hirup udara segar dan lakukan senaman berjalan kaki setiap hari. 

Banyakkan berehat. baring dengan meletakkan bantal di bawah kepala dan kai.

Jika anda rasa seperti hendak muntah, segera mengunyah biskut kraker sebelum turun dari katil. Anda boleh meminta bantuan daripada suami untuk mengambilkan biskut atau sediakan lebih awal sebekas biskut kraker berhampiran anda.

Minum banyak air sekitar 10 hingga 12 gelas air suam, jus buah-buahan atau teh herba.

Sebelum anda berbaring atas katil untuk tidur malam, kunyah terlebih dahulu snek ringan seperti yogurt, soti, susu, bijirin atau sandwich.

Lalui hari anda dengan tabiat makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap, setiap dua atau tiga jam walaupun anda tidak berasa lapar.

Minum teh halia atau mengambil tablet halia mungkin membantu mengurangkan masalah mual.

Pendarahan
Pregnancy spotting atau pendarahan ketika awal kehamilan adalah masalah biasa, anda mungkin tidak perlu risau langsung. Seawal tujuh je sembilan hari kehamilan, anda mungkin mengalaminya berikutan daripada proses penembusan embrio ke dalam dinding rahim.

  Kesan darah yang keluar sangat kecil tetapi jika anda melihat sebarang pendarahan yang membimbangkan segeralah berjumpa doktor. Ia juga mungkin perlu melalui pemeriksaan bagi memastikan anda dan bayi dalam kandungan selamat serta tiada komplikasi lain.

  Kadangkala ia bukan mustahil untuk menentukan apa penyebab pendarahan ini. Kesan darah adalah titisan darah yang sedikit sama seperti yang biasa dialami ketika di awal atau akhir hari haid anda.

  Sebenarnya ia mustahil untuk mengesan darah kerana bekalan darah ke servik dan pelvis anda meningkat. Kesan darah yang keluar berlaku dalam pelbagai warna iaitu merah jambu, merah dan coklat.

  Pendarahan yang berlaku mungkin menunjukkan kepada beberapa masalah seperti;

  • Kehamilan ektopik
  • jangkiran pada vagina
  • masalah pada plasenta
Apapun tahap pendarahan yang dialami ketika hamil, langkah sebaiknya adalah segera berjumpa doktor ginekologi dan biarkan dia yang menentukan apa jalan terbaik.

Pedih Ulu Hati
Kebanyakan wanita akan mengalami masalah ini buat pertama kali semasa hamil dan walalupun ia biasa dan tidak memudaratkan tetapi ia agak tidak menyelesakan. Pedih ulu hati, merupakan rasa angin yang berlarutan dari tulang di bawah dada hingga ke bawah kerongkong.

  Ia disebabkan oleh sesetengah perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda. Terdapat banyak punca berlakunya pedih ulu hati. Plasenta mengeluarkan hormon progesteron yang mengendurkan otot lembut dalam rahim. Hormon itu juga mengendurkan injap yang memisahkan esophagus dari perut, membenarkan asid gastrik untuk naik ke atas, di mana menyebabkan rasa yang kurang menyenangkan.
  Progesteron juga mengurangkan gelombang kontraksi esophagus dan usus perut, menjadikan penghadaman lembap. Bayi yang semakin membesar memenuhkan rongga abdoman, menekan asid perut kembali ke esophagus, membuatkan rasa pedih di dada.

Tip Mengatasinya
Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini elakkan daripada makan dalam kuantiti yang banyak terutamanya makanan pedas dan bergoreng. Sebaliknya makan sedikit demi sedikit sepanjang hari.

☺ Ambil masa semasa makan dan kunyah dengan betul. Elakkan daripada minum dalam kuantiti yang banyak semasa makan. Cuba mengunyah gula-gula getah sebaik selepas menikmati makan.

☺ Jangan membongkok atau baring selepas makan.

☺ Jangan pakai pakaian untuk wanita mengandung yang ketat.

☺ Sekiranya ia kerap berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal di bahagian belakang).


Sembelit
Mengalaminya pasti akan membuatkan bakal mama tidak selesa dan bencikan saat tersebut. Secara perubatan, sembelit berlaku apabila pesakit tidak membuang  bahan buangan dari isi perutnya lebih daripada tiga kali seminggu. 

Sembelit biasanya disebabkan oleh perubahan diet, kekerapan mengembara, ubat-ubatan, tekanan, pembedahan dan lain-lain masalah kecil.

Tetapi sembelit ketika hamil dianggap apabila hanya mengeluarkan sedikit najis atau meneran semasa sedang buang air besar. Tambahan pula masalah sembeli adalah biasa selepas melahirkan anak. Episiotomi (tisu di bahagian rektum yang terkoyak dan dijahit) biasanya menyebabkan kesakitan semasa buang air besar.

Tip Mengatasinya
Sebelum membuat rawatan mengatasinya, anda perlu mengenal pasti punca sembelit. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya iaitu:

☺ Minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ambil air lemon suam sebelum kanan.

☺ Banyakkan memakan buah-buahan (prun, epal, nenas, pisang), sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan.

☺ Kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats).

☺ Tukarkan gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan merangsang pergerakan otot-otot usus anda.

☺ Ambil ubat yang bersesuaian mengikut nasihat doktor. Jangan sesekali mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi dari doktor terutama ubat herba kerana ia boleh menyebabkan kontraksi.

☺ Amalkan pengambilan vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg sehari.

Kesan Regangan


Memahami kesan regangan semasa hamil adalah langkah pertama ke arah rawatan yang efektif. Kesan regangan hamil adalah parut seperti garisan yang melingkari paha, perut, payu dara atau lengan akibat pertambahan berat badan.

  Ia berwarna merah cerah hingga kegelapan. Kesan regangan ini umpama mimpi ngeri bagi wanita hamil yang mengalaminya kerana berasakan mereka sudah tidak menarik lagi.

  Kulit adalah bahagian yang mempunyai tisu yang lembut yang mempunyai lapisan luar yang nipis dan lapisan dalam dipanggil kolagen. Parut yang muncul adalah tempat di mana lapisan kolagen yang pecah.

  ia terjadi bila berlakunya peningkatan berat badan secara mendadak, dan lemak terkumpul di tempat ini. kesan regangan pada payu dara ketika hamil disebabkan apabila payu dara merembeskan kolostrum dan mengembang sebagai persediaan untuk menyusukan bayi.

  Kawasan yang paling kerap diserang kesan regangan adalah perut. Ekoran daripada pembesaran fetus, perut juga semakin mengembang. Ini menyebabkan kulit di kawasan tersebut mula pecah. Demikian juga dengan kawasan paha dan punggung.

Tip mengatasinya
Masalah ini dapat dirawat menerusi pelbagai kaedah moden atau tradisional. Keberkesanan setiap rawatan adalah berbeza-beza pada setiap orang. Secara umumnya, wanita yang mendapat kesan regangan dan terus melakukan rawatan sebaik dia mengetahui berpeluang untuk mengelakkannya.

  Penyingkiran kesan regangan mengambil masa dan usaha yang yang banyak. Anda seharusnya bersabar dan menggunakan sejenis rawatan yang tidak memberi kesan sampingan pada anda dan bayi.

  Antara kaedah rawatan yang dapat membantu iaitu:
1 Pelembap - pilih losyen yang sesuai untuk mengatasi masalah kesan regangan ketika hamil.
2 Urutan - ia membantu membuatkan kawasan berkenaan lebih lembut, mengurangkan kesan regangan dengan merangsang tisu-tisu baru untuk tumbuh.
3 Diet - anda tidak perlu makan untuk dua orang ketika hamil. Makan makanan sihat dan kunyah snek bebas lemak untuk mengekalkan berat seterusnya mengelakkan kesan regangan. Jika kesan regangan muncul, diet kaya mineral dan protein boleh memininumkan masalah tersebut.
4 Terapi laser - rawatan moden ini mungkin boleh menjadi pilihan jika opsyen lain gagal dan anda mampu. Ia adalah jalan paling efektif untuk merawat kesan regangan hamil.

Sakit tulang belakang
  Sakit belakang semasa mengandung adalah perkara biasa yang berlaku. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang. Biasanya ia semakin teruk bila usia kandungan meningkat.

  Kebanyakan masalah ini tidak begitu serius. Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku dengan cepat atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan dan sebagainya, rawatan segera diperlukan.

  Makanan kesihatan yang mengandungi kalsium adalah penting untuk ibu yang mengandung. Selalunya ia disertakan bersama vitamin yang diambil seperti Obimin dan sebagainya.

Awal mengandung
  Perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung boleh menyebabkan ligamen yang menyokong tulang belakang meregang (relax). Ini boleh menyebabkan rasa sakit belakang. Anda disarankan melakukan langkah-langkah yang sesuia untuk sesuatu aktiviti, seperti cara duduk yang betul, cara mengangkat barang yang betul dan sebagainya.
  
  Rasa sakit belakang yang disertai dengan tanda-tanda seperti cramp di bahagian bawah perut atau pendarahan mungkin disebabkan oleh keguguran atau ectopic pregnancy iaitu mengandung di luar rahim. Dapatkan rawatan segera untuk menangani masalah ini.

Pertengahan mengandung
  Sakit belakang pada waktu ini disebabkan oleh kombinasi seperti peregangan ligamen dan pertukaran pada posisi badan yang berlaku kerana berat bayi yang semakin bertambah. Amalkan langkah-langkah yang perlu seperti dinyatakan.

Penghujung mengandung
 Sakit belakang ketika ini mungkin disebabkan oleh waktu melahirkan yang sudah hampir.

 

3 comments:

  1. Bila kene serang gastrik awal2 kehamilan memang sakit. Dan tips mmg berguna. Saya selalu amalkan esp shaklee. Kesan regangan dapat kurangkan dengan gastrik sekali kurang

    ReplyDelete
  2. sangat berguna untuk saya tahu sebagai seorang lelaki (^^,)

    ReplyDelete
  3. Klu rasa cam makanan trsekat kat kerongkong tu biasa gak ke... sbb kan bnda ne.. sy akn muntah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts