Tuesday 23 October 2012

Gastrik???


Penyakit Gastrik
Penyakit gastrik bukan sejenis penyakit yang menghinggapi kita sepertimana H1N1 atau selsema dan sebagainya. Tapi penyakit gastrik adalah penyakit yang kita sengaja cari, sengaja wujudkan ia di dalam diri kita dengan mengabaikan faktor-faktor pemakanan terutamanya.
Penyakit gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu akut (acute) yg menyebabkan sakit yg tidak lama dan kronik yg memakan masa yg lama mungkin bertahun-tahun.
Punca Gastrik


Punca penyakit gastrik adalah pelbagai, antaranya, makanan atau minuman yg menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum alcohol (arak), mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (siflis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat yg buruk (menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh).
Bagi kes penyakit gastrik yg biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) seringkali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser, ubat gastrik lebih kuat mungkin diperlukan antara yg popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori).
sumber: Hospital Bentong
Simptom-simpton Gastrik

Secara amnya, gejala gastrik ini boleh dikenalpasti melalui:
  • kehadiran rasa sakit di bahagian abdomen
  • perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid seperti contoh masam, pedas dan minuman beralkohol
  • tekak merasa mual, loya dan ingin muntah
  • hilang selera makan
  • kehilangan berat badan secara mendadak
  • perut akan terasa senak walaupun memakan pada kadar yang sedikit
  • pedih ulu hati

CARA MENGATASINYA
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Selain daripada mengelakkan daripada memakan makanan pedas, berempah dan masam, pengambilan makanan pada waktu yang telah ditetapkan juga akan membantu memberi kelegaan kepada perut anda. Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini.
Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari. Pendekatan yang lebih baik adalah melalui pengambilan supplement seperti ESP yang ternyata dapat membantu menangani masalah ini.


Kenapa ESP?

Seperti yang diterangkan di atas, punca utama gastrik adalah disebabkan oleh gangguan terhadap proses peneutralan badan yang berlaku di dalam sistem percernaan manusia. ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Khasiat ESP bukan sekadar untuk mengatasi masalah gastrik malah ianya lebih dari itu. Sementara itu, sekiranya anda telah lama menderita masalah gastrik, berilah peluang kepada diri anda untuk menikmati tahap dan mutu kesihatan yang lebih baik melalui pengambilan ESP serta rangkaian supplement lain yang ditawarkan vitamin semulajadi Shaklee.




Untuk mendapatkan produk ini sila hubungi saya di
email: nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com
call / sms: 012-9768256

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts