Showing posts with label Vit-C. Show all posts
Showing posts with label Vit-C. Show all posts

Tuesday, 27 November 2012

Punca Kekurangan Vitamin C






FUNGSI VITAMIN C

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

SUMBER DARI VITAMIN C

Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 

KEKURANGAN DARI PENGAMBILAN VITAMIN C

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:

~ Lemah badan


~ Sakit-sakit dan sengal badan


~ Bengkak gusi


~ Hidung berdarah


~ Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).


~ Anemia



Saturday, 27 October 2012

Badan lebih bertenaga dengan pengambilan ESP!

Hai selamat malam semua para ibu-ibu dan bakal ibu diluar sana. Hari ni saya nak berkongsi sendiri pengalaman setelah pengambilan ESP dan juga Set Ibu Hamil. Sebab sekarang ni saya sedang mengandung anak kedua dan due saya pertengahan hujung tahun ini. Pejam celik pejam celik dah masuk 32 minggu saya hamil. Wow rasa macam tak percaya. Sebabnya setelah saya mengambil Set ini, badan saya sentiasa rasa bertenaga dan tak rasa seperti saya ni mengandung. Cuma bila tidur tu biasalah, penyakit orang mengandung iaitu sakit pinggang. Huhu! Walaupun anak pertama saya masih kecil iaitu masih 1 tahun 9 bulan. Saya masih menyusukannya. Percaya atau tidak? Susu saya masih terhasil. Dan setiap hari saya sentiasa bersemangat dan bermain dengan anak saya. Malah, paras hb saya tidak pernah menurun, iaitu diparas 11 dan ke atas. Saya juga menggantikan susu dengan pengambilan ESP. Alhamdulillah, mungkin dengan berkat kesabaran secara konsisten mengambil vitamin-vitamin dari Shaklee ini saya kurang rasa letih dan masih melakukan kerja-kerja seharian saya dirumah sambil menjaga anak saya. Pekerjaan sebagai surirumah bukanlah makan tido makan tido sahaja yea. Banyak sangat kerja disamping meng' update' blog, melayan kerenah anak yang masih kecil, mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Kita seharusnya jangan lupakan untuk menjaga diri sendiri kerana kita sangat-sangat diperlukan untuk menjaga orang lain. Dan pahalanya juga amat besar menjadi surirumah ini. Janganlah ada yang memandang rendah tentang tugas seorang surirumah ini yea. Bagi isteri yang bekerjaya pula, anda juga memikul tugas yang berat juga kerana bila habis waktu kerja, perlu sambung pekerjaan di rumah pula. Jadi, sayangilah diri anda sebagai seorang wanita. Saya rasa tak salah jika kita ketepikan sedikit duit untuk kesihatan dan penjagaan diri. Kerana, badan kita perlu pakai lama. Set Hamil ini mempunyai 6 botol vitamin termasuk ESP. Nampak banyak tapi sebenarnya inilah yang diperlukan untuk badan kita.Set ini mengandungi vitamin seperti:

✼ Vit-C
✼ B-Complex
✼ Vita-Lea
✼ Ostematrix
✼ Omega Guard
✼ ESP (Soy Protein)


Nak tahu apa fungsi-fungsi setiap vitamin ini. Jom kita tengok!

Vit-C
* Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen.
* Membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan.
* Sgat penting untuk gusi dan gigi yang kuat dan sihat.
* Membantu dalam penghadaman zat
* Mempertingkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
* Membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yg sgat penting untuk pembentukkan hemoglobin yg membawa oksihen dalam darah.


B-Complex
* Asid folik penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan rahim. 
* Mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi.
* Ibu memerlukan 400mg asid folik sehari. Masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro berlaku seawal seminggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.oleh itu B COMPLEX sgat penting untuk ibu hamil.


Vita-Lea
* Vita lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu ambil obimin.
* Penting untuk ibu yang ada masalah pitam atau mudah pening atau masalah anemia.


Ostematrix
* Ibu mengandung perlukan 1500mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat dan gigi yg sihat.
* Tidak mengandungi lemak.
* Jika ibu kekurangan kalsium ia akan menjejaskanpertumbuhan bayi dan penyusutan jisim tulang dan kerosakan gigi pada ibu.
* Malah ibu juga terdedah kpd risiko osteoperosis di usia tua


Omega Guard
* Penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
* Mengawal paras kolestrol dalam badan ibu.
* Mengurangkan keradangan
* Menggalakkan funfsi otak,sistem imun dan mata melalui pemakanan.
* Penting bg perkembangan dan fungsi otak.
* Meningkatkan sistem imunisasi.
* Menapis segala virus dan bacteria dr badan.
* Kanak2 yg mengambil omega sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.





ESP


* Menguatkan rahim, untuk pembentukan otot bayi selain memberi kecerdasan dan lebih tenaga.





Dengan pengambilan semua vitamin di atas, ibu-ibu tidak perlu lagi untuk mengambil asid folik atau obimin kerana semua vitamin asas telah terkandung di dalam set ini.

Jadi, mudah-mudahan dengan pengambilan Set ini ibu-ibu lebih terjaga dan juga untuk anak yang di dalam kandungan juga. Kita hanya mampu berusaha tetapi Allah jua menentukannya. 

Anda tidak perlu risau kerana dengan mengambil Full Set ini, anda dapat berjimat selama 4-6 bulan. Kecuali Ostematrix kerana botol ini sahaja anda perlu add on setiap bulan. Tetapi, anda masih dapat berjimat bukan.




Untuk dapatkannya sila hubungi saya di:
email : nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com
call / sms : 012-9768256


Wednesday, 3 October 2012

Vit-C



Shaklee sustained Release Vita-C merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan KAWALAN PELEPASAN secara semulajadi dimana Vitamin C akan dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam tubuh anda.. sepanjang 12 jam.. 

Apa pentingnya sustained release?
Vitamin C merupakan vitamin larut air dan perlu diambil setiap hari. Vitamin C mudah terhapus disebabkan oleh tekanan (stress), pencemaran udara (termasuk merokok) dan disebabkan oleh radikal bebas (dr persekiratan, makanan dll). Oleh itu.. pelepasan yang terkawal membolehkan anda mendapat bekalan Vitamin C yang berterusan..

Sunday, 12 August 2012

Vit-C


Kebaikan Vitamin C


Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.
Kita juga seharusnya mengekalkan kepentingan Vitamin C dalam kehidupan harian kita. Sekurang-kurangnya 7 biji Oren setiap hari! Anda mampukah untuk menghabiskannya dalam satu HARI? 
Dalam satu biji Vit-C Shaklee mengandungi khasiat 7 biji oren di dalamnya. Mudah, berkhasiat, menjimatkan masa dan berkesan dalam mengembalikan keperluan dalam tubuh badan kita. Marilah kita bersama-sama mengecapi kehidupan yang lebih baik dengan Produk Nutrisi Shaklee. :)


Dapatkan vitamin C Shaklee dengan harga istimewa. Hubungi saya!
012-9768256
www.facebook.com/nadhirah87

Tuesday, 7 August 2012

Resdung

Apa itu Resdung dan Gejala-gejala Resdung



Istilah perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsaan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketikdakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah  yang boleh menjadi punca kepada kerosakan-kerosakan organ tertentu pada anggota badan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
  • Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser    di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.


INDIVIDU BERISIKO
  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka   tersumbat
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

  1. Kanak-kanak
  • Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
  • Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.
  • Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
  • Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

    2.  Dewasa

  • Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
  • Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
  • Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.





Sunday, 5 August 2012

Set Bersalin Shaklee


Pengambilan vitamin dalam pantang adalah suatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang 44 hari tu terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat memenatkan.

Stress atau meroyan yang dikait rapat dengan ibu berpantang, bukanlah mitos tapi memang benar-benar wujud. Justeru, para ibu haruslah menyiapkan diri fizikal dan mental untuk menangani keadaan tersebut, dan salah satu caranya ialah dengan pengambilan vitamin, sebagai persediaan sebelum menyambut cahaya mata, permata hati kita.


Jom tengok Set Bersalin Shaklee, yang terdiri daripada:

  1. Vitamin B Complex Dengan Asid Folik (120 tabs)
  2. Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi (120 tabs)
  3. Vitamin C (180 tabs)
  4. Zink (120 tabs)
  5. Alfalfa (330 tabs)
Apa kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?

 1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

  • B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.
2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
  • Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini, akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
3) Vitamin C
  • Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.
4) Zink
  • Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. 
5) Alfalfa
  • Sangat digalakkan diambil oleh ibu-ibu yang penghasilan susunya agak lambat, kerana Alfalfa bertindak sebagai milk-booster. Namun harus diingatkan, pengambilan Alfalfa yang berterusan haruslah disertakan dengan penyusuan yang kerap / sesi pam yang konsisten, kerana dikhuatiri ibu-ibu akan mengalami bengkak susu / duktus tersumbat. Namun begitu, jika ibu konsisten meyusukan bayi atau mengepam, hasil susu sangatlah lumayan. Selain itu, alfalfa juga bertindak melawaskan dengan cara lembut dan sekaligus mengatasi masalah sembelit yang dialami oleh ibu-ibu yang berpantang.
Kos pos bagi Semenanjung ialah rm 10, manakala Sabah & Sarawak RM 20.  Hubungi saya untuk konsultasi percuma hanya pembelian d MamaNadira/ e-mail nadrul8778@gmail.com / Add Fb Nadhirah87/ cl or msg 012-9768256.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts