Tuesday 25 September 2012

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

SHARING INFO : SHAKLEE COLLAGEN POWDER
============================

Kenapa anda patut mendapatkan Shaklee Collagen Powder ni?

SCP adalah dari sumber collagen terbaik :) mengikut kajian scientifik ada beza collagen dari sumber ikan dan sumber tumbuh-tumbuhan..

Ada 3 sumber collagen:
>> Ikan
>> Haiwan
>> Tumbuh-tumbuhan

Kenapa perlu pilih sumber collagen dari Ikan?

1) Sisik ikan (red snapper-ikan merah) mengandungi jumlah kolagen yg sangat tinggi sehingga 4000mg kolagen
2) Jisim Molekulnya rendah jadi memudahkan penyerapan, mudah dicerna dan diserap utk digunakan pada tubuh kita.
3) Kurang kontaminasi.. sbb Shaklee memang sangat menjaga sumber2 rawatan material utk setiap productnya.

Bagaimana dari 2 sumber yang lain?

>>> Haiwan?

1) Selalunya collagen yang diambil dari kulit lembu atau kulit ayam
2) Risiko untuk mendapat kontaminasi tinggi, dimana cth lembu mudah diserang penyakit lembu gila dan ia boleh berjangkit kepada manusia.

>>> Tumbuh-tumbuhan?

1) Kebanyakkan collagen dari tumbuh-tumbuhan telah diubah suai genetiknya dan tidak natural.
2) susah untuk diserap oleh tubuh badan kita.

jadi, anda semua dah dapatkan Shaklee Collagen Powder...? 

terbukti dalam masa 8 minggu untuk kulit yang lebih cantik, anjal, gebuzz... dan yang paling penting..

ia bukan sekadar collagen.. ia ada 7 bahan tambahan lain...kira beli 1 PERCUMA 7 bahan HEBAT didalamnya.. dan bahan2 inilah yang menjadikan ia LEBIH dari sekadar Collagen...

Nak pilih collagen yang terbaik untuk anda?

PASTIKAN ...

Ia bukan hanya membekal KOLAGEN semata2 

TETAPI WAJIB ada bersamanya...

>>>> ASID HIALURONIK -- Untuk menghidratkan kulit ( 1 gm Asid Hialuronik boleh menahan 6 liter air)
>>>> ELASTIN -
-- Untuk keanjalan, sebagai pelincir sendi dan mata

>>>> ANTIOKSIDAN ---- Untuk melawan radikal bebas, dan Vitamin C adalah sumber antioksidan yg sangat bagus juga bertindak dalam menggalakkan penghasilan kolagen secara semula jadi dalam tubuh!

Jawapannya... 

I VOTE for Shaklee Collagen Powder!! ♥ SCP!!




Siapa setuju??

anda nak collagen shaklee bagi lagi.. 7 lagi bersama SCP ini.. bagus utk kesihatan sendi, rawan.. rambut.. satu badanlah yang pentingnya..

apa tunggu lagi..jom dptkan SCP anda hari ini :)

------------------------
Nurul Nadhirah
Shaklee ID : 886432
SMS / Call : 012 9768256

Monday 24 September 2012

Vita-Lea





Supplement seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:


• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik secara menyeluruh*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
• Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
• meningkatkan kesihatan sistem imunisasi.
• Memberikan perlindungan menentang kerosakan akibat radikal bebas

*Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


*Tiada tambahan
 perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.


Untuk mendapatkan produk ini sila sms saya di no. 012-9768256 atau add facebook saya Nadhirah87 / Livelifelonger atau email saya di nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday 20 September 2012

Wanita hamil sangat perlukan vitamin!!!


Kehamilan dan vitamin prenatal

Bagi memastikan kesihatan seorang ibu dan kesihatan bayi berada di tahap sentiasa baik, adalah  dinasihatkan mengambil "vitamin prenatalsemasa mengandung. Apakah vitamin prenatal? Ia adalah multivitamin yang dirumuskan khas yang membantu membentuk apa-apa kekurangan pemakanan dalam diet ibuManakala tambahan lain mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, asid folik, besi, dan kandungan kalsium adalah amat penting.


Dalam Set Ibu Hamil terdapat vitamin seperti:

Trimester pertama:
  • Multivitamin
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Kalsium
Mengapa perlu Vitamin C?

Satu perkara yang pasti tentang vitamin C ialah kita boleh dapat vitamin C dalam diet seharian yang kita ambil. Contohnya buah buahan. Tetapi satu perkara yang perlu kita ingat ialah vitamin C ialah vitamin larut air di mana ia akan turut dibuang semasa kita kencing.Bagi yang pernah hamil tentu tahu wanita hamil lebih kerap kencing berbanding wanita yang tidak hamil. Sebab tu wanita hamil jangan takut untuk ambil 500mg vitamin C asalkan anda semua minum banyak air dan tiada masalah dengan dengan sistem urin!! Vitamin C akan keluar dari badan kita dengan cepat tetapi kebaikan nya akan tetap tinggal dalam badan.

Kebaikan VITAMIN C dalam kehamilan
  • Wanita hamil tiada atau kurang  tanda regangan (stretchmark)
  • Kurang berlaku masalah keguguran dan komplikasi
  • Pengeluaran kolagen untuk di beri kepada struktur otot, rawan dan tulang janin.
  • Memegang sel-sel kulit ,tendon dan gusi bersama-sama
  • Ascorbic acid membentuk antibodi bagi melawan penyakit dan jangkitan
  • Peluang mempunyai bayi dengan berat badan yang seimbang dan sihat
  • Mencegah kerosakan radikal bebas sebagai antioksidan untuk menyekat pertumbuhan sel tumor
Mengapa perlu KALSIUM?

Apabila wanita mengandung, bayi kita  memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat;jantung yang sihat, saraf, dan otot dan untuk membangunkan degupan jantung yang biasa dan kebolehan pembekuan darah.Jika kita tidak mendapat kalsium yang cukup dalam diet , bayi kita akan menarik kalsium daripada tulang kita, yang boleh menjejaskan kesihatan kita sendiri di kemudian hari. Bagi yang tidak suka minum susu adalah sangat digalakkan mengambil kalsium sebagai alternatif lain gantikan susu. Tidak minum susu bukan alasan kita kekurangan kalsium kerana kini kalsium boleh didapati dalam bentuk vitamin.

Walaupun selepas bayi kita dilahirkan mahupun dah selesai sesi penyusuan kita tetap terus beri perhatian kepada pengambilan kalsium. kerana kita  memerlukan mineral untuk membantu menguatkan tulang dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) di kemudian hari.

Kebaikan lain KALSIUM dalam kehamilan:
  • Otot dan saraf berfungsi dengan baik
  • Pembekuan darah yang normal
Mengapa perlu MULTIVITAMIN?

Menurut American Congress of Obstetricians and Gynecologists  (ACOG), wanita mengandung perlu mempunyai diet yang terdiri daripada makanan yang pelbagai termasuk protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan lemak.  Multivitaminmembantu mencegah kerosakan otak dan saraf spina.

Makanan seimbang ialah cara terbaik untuk menerima nutrien, tetapi vitamin tambahan juga boleh memberi manfaatMakanan tambahan tidak boleh menggantikan diet yang sihat tetapi memastikan bahawa seorang wanitamenerima nutrien yang cukup setiap hariVitamin tambahan bertindak paling baik apabila diambil sebagai sebahagiandaripada diet yang sihat dan bukan sebagai pengganti untuk diet yang sihat.


Mengapa perlu B-COMPLEX?

Vitamin B-kompleks mengandungi tiamina, niasin, asid folik, Biotin, Pantothenic asid, vitamin B6 dan vitamin B12. Walaupun mendapat keperluan yang cukup setiap vitamin adalah penting untuk kehamilan yang sihat.
  • B-Complex boleh melegakan mabuk,loya,pening  dan "morning sickness"di kalangan wanita hamil
  • Membantu dalam pembentukan hemoglobin, membantu rawat anemia dan rawan ( penyakit kronik  di mana nutrien tidak diserap oleh badan
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf



Trimester ke-2 & 3

Bagi trimester ini pengambilan vitamin adalah sama seperti trimester 1 tetapi ada tambahan vitamin Minyak ikan (OMEGA GUARD) 

Mengapa perlu OmegaGuard?
  • Penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
  • Mengawal paras kolestrol dalam badan ibu.
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan funfsi otak,sistem imun dan mata melalui pemakanan.
  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
  • Meningkatkan sistem imunisasi.
  • Menapis segala virus dan bakteria dari badan.
  • Kanak2 yg mengambil omega sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
     




Ayuh apa tunggu lagi, suami sekalian kalau sayang isteri silalah hadiah kan set ini buat isteri hamil tercinta. Untuk makluman ibu hamil tidak perlukan ubat seperti folic acid dan obimin kerana di dalam set ini sudah terkandung unsur-unsur tersebut.

Bagi sesiapa yang ingin dapatkan set ini bolehlah menghubungi nadrul8778@gmail.com / Add FB Nadhirah87 / Livelifelonger atau call/sms di no. 012-9768256. HARGA ISTIMEWA buat semua pelanggan. 

Monday 17 September 2012

Anda mahu KURUS?



Secara ringkas fungsi setiap produk

1- Herblax  
membantu meningkatkat proses pencernaan secara lawas (mencuci usus). Apabila usus sihat, proses penyerapan nutrient lebih efektif. Ramai orang mengalami masalah berat badan kerana usus tidak sihat, sembelit atau menghadapi masalah penghadaman.


2- Lecitin
Membantu memecahkan lemak. Apabila lemak dipecahkan kepada molekul2 kecil, proses pe-nyah-kan lemak dari badan boleh dilakukan dengan lebih efektif. Lecithin bertindak lebih baik jika anda mengamalkan senaman secara konsiten.


3. Cinch Shake (terdapat 3 perisa Cafe Latte, Vanilla dan Choclate)
Ini rahsianya, Ya... Protein secara semulajadi mengurangkan selera makan. Ia memelihara otot dan membakar lemak. Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.


4. Cinch Tea. 
Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.


Jom-jom! 

Jom dapatkannya sekarang, boleh hubungi saya :





Add fb saya Nadhirah87 / Livelifelonger


Call/sms saya di no.
012-9768256


Email saya di alamat
nadrul8778@gmail.com / Nadhirah_07@yahoo.com

Sunday 16 September 2012

Keistimewaan SUSU Ibu 2

Wahai warga ibu-ibu diluar sana..salam sejahtera...

Hari ini suka saya bincangkan tentang kebaikan susu ibu. Masih ada ramai ibu-ibu diluar sana masih tidak mengetahui kelebihan dan peranan ibu-ibu terhadap anak-anak mereka. Mungkin ramai ibu-ibu yang bekerjaya beranggapan pekerjaan mereka seharian dan gaji yang lumayan adalah hadiah yang terhebat apabila dapat memberikan anak-anak mereka baju dan mainan yang mahal. Ketahui lah wahai ibu-ibu payudara anda memberi seribu khasiat dan ia adalah hadiah yang terbaik untuk anak-anak. Pada para ibu yang sebelum ini tidak pernah menyusukan anak mereka sekurang-kurangnya bertukarlah fikiran anda mengenai kepentingan khasiat dan kebaikan susu ibu dan ajaklah pada mereka-meraka supaya tidak terlambat untuk menyusui anak mereka dengan susu ibu pada generasi yang baru. Salah satu kebaikannya kita mengikut sunnah nabi dan apabila kita mengajak individu lain untuk menyusukan anak mereka ia adalah satu pahala yang besar dan dakwah yang mulia. Saya juga merasa hairan masih ada ibu-ibu yang anti tentang penyusuan ini. Mereka mengatakan perkara ini tidak perlulah dihebohkan dan dibangga-banggakan. Masih ada kah orang macam ni?..ya memang ada! SATU, saya inginkan jelaskan pada mereka-mereka ini, anda JAHIL dan BONGKAK. Maaf saya katakan, fikiran anda perlu berubah. Perkara yang baik lagi mulia harus dihebohkan. Hakikatnya, penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ada sesetengahnya menganggap perkara ini yang boleh dianggap "MALAS" pada ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu ibu. Kerana hanya perlu selak dan suakan saja. "MALAS" yang dimaksudkan adalah sesuatu yang memudahkan para ibu sebenarnya. Ia adalah satu 'METAFORA' yang harus difahamkan. Malas yang bagaimana? Perbuatan 'MALAS' yang mendatangkan banyak faedah!

Kita tidak perlu melakukan banyak perkara untuk membuat satu botol susu! Ia memudahkan para ibu untuk bergerak kemana-mana, bersama anak-anak yang tersayang tanpa perlu berfikir untuk meninggalkannya bersama orang tua kita supaya dapat diberi susu formula. Anda mahu menikmati perjalanan yang seronok tanpa anak-anak anda? Kerana takut perjalanan anda nanti akan menyukarkan anda? Apakah anda lupa tanggungjawab anda sebagai ibu bapa? Anak-anak adalah anugerah dari ALLAH untuk kita sama-sama menikmati keindahan FITRAH ALAM. Jadi dengan itu, untuk memudahkan anda dan suami, teruskan niat murni anda untuk menyusukan anak anda. Tidak perlu untuk membawa pelbagai macam untuk membuat satu botol susu. Anak manusia biarlah minum susu manusia juga. Betul tak? Modalnya, susu ibu adalah susu yang terbaik yang terkandung dan disarankan didalam Al-Quran. Bukanlah untuk menyenangkan ibu sahaja semata-mata.

Ingin tahu apa kelebihannya?

Tahukah anda, lebih 50% masalah obesiti adalah kerana anak-anak tidak diberi penyusuan susu ibu? Cuba anda perhatikan keadaan kanak-kanak yang obesiti. Susu apa yang diberikan oleh ibu mereka sewaktu bayi? Kajian terbaru juga mendapati bayi yang diberi susu ibu selama lebih satu tahun, kurang mendapat risiko tekanan darah sewaktu dewasa. Terlalu banyak lagi kebaikan yang tidak mungkin dapat ditaip di sini.

Tahukan juga anda kelebihan untuk para ibu yang menyusukan bayi sendiri. Salah satunya, ibu terhindar dari penyakit kanser payudara. Banyak kajian telah dilakukan, segala penyakit berpunca dari manusia itu sendiri. Ingat, yang baik datang dari ALLAH, yang buruk datang dari kita sendiri! Tidaklah saya mengatakan 100% kanser payudara kerana tidak menyusu tetapi faktor utamanya adalah dari situ juga. Susu terhasil sejak kita melalui proses mengandung lagi dan jika kita mematikan fikiran itu, maka ia takkan terjadi. Maka, susu ibu itu akan menjadi beku dan terkumpul di dalam payudara anda, maka mudah untuk terhasilnya ketulan-ketulan yang akhirnya memakan anda sendiri. Fikiran anda haruslah positif dan anda juga perlu memainkan peranan itu. Susu juga terjadi bila ada 'demand' iaitu permintaan dan penyusuan yang kerap dari bayi. Maka proses pengeluaran susu barulah boleh terjadi.

Anak lebih bijak, siapa yang tidak mahu? Kajian telah dilakukan bahawa anak yang diberi susu ibu lebih bijak. Tapi ingat ya, ibu-ibu..bukan diberi setakat dua atau tiga bulan sahaja. Lebih lama tempoh penyusuan, maka lebih bijak dan bergeligalah anak anda. SUSU ibu kaya dengan enzim, membantu pertumbuhan dan kematangan sistem imun bayi, mengandungi faktor anti bakteria, bahan pencegah penyakit, asid amino, mineral, zat besi, taurin yang perlu untuk perkembangan otak, IgA, IgC, IgM, IgD, lipid, hormon tiroid dan  banyak lagi.

Tidak mungkin kandungan susu ibu serupa dan sama dengan mana-mana makanan lain kerana susu ibu berubah-ubah dan ia hidup. Ya, jika diletakkan di bawah mikroskop, anda akan lihat perbezaan ketara antara susu formula dengan susu ibu. Susu ibu kaya dengan sel darah putih yang membantu melawan sebarang jangkitan penyakit dan juga mengandungi 'fat globules' untuk perkembangan mata dan otak.

Ajaibnya ciptaan TUHAN ini! Siapalah kita untuk menidakkan hak memberi susu ibu kepada anak kita. Adalah menjadi hak setiap bayi yang lahir di bumi ini untuk menikmati susu daripada ibu mereka sendiri, bukan?




~sedikit sumber dari buku "Mama, saya Lapar.." 

Saturday 15 September 2012

Ibu Bekerjaya

Bagi Ibu yang Bekerjaya

Anda mungkin perlu melaburkan wang untuk pam yang baik dan elok. Jika anda membuat perkiraan sekalipun, ia jauh lebih murah daripada membeli setin susu setiap bulan. Antara pam yang baik di pasaran termasuklah Spectra, Medela, Mamivac dan Avent. Pilih mengikut kesesuaian pekerjaan dan keperluan anda. 

Saya syorkan 'double pump', ia mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa untuk menggalakkan penghasilan air susu yang lebih banyak. Anda perlu praktis secara berterusan sehingga biasa. Jangan malas dan ponteng sesi memerah. Setiap pagi setelah bangun tidak kiralah pada waktu malam atau petang, selitkan aktiviti mengepam. Seeloknya pam pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari. Kenali pam anda dan belek bahagian-bahagiannya. Anda perlu membuat stok susu yang sebanyak mungkin. Usahakan untuk mencapai 60 hingga 100 botol susu simpanan. Ia tidak mustahil kerana ramai ibu melakukannya.

Kenapa tidak anda? Anda perlu rajin dan bertekad serta berdedikasi. Mulakan tiga minggu setelah bersalin. Jangan takut jika susu anda cuma 20-30ml pada minggu yang pertama. Ia akan bertambah banyak secara automatik sekiranya anda kerap mengepam susu. Don't ever give up! Susu ibu boleh disimpan di dalam peti sejuk beku sehingga 3-5 bulan lamanya. Pastikan anda menulis tarikh dan waktu susu tersebut dipam.


Friday 14 September 2012

Anak Kurang Selera Makan?





Bayi atau kanak-kanak yang kurang nafsu selera makan mungkin disebabkan beberapa faktor seperti faktor psikologi, fizikal atau pun pola pemakanan yang tidak betul.

Faktor Psikologi
  • Bayi sering kecewa dan menangis mungkin kerana susu ibu yang diberikan tidak dapat memumaskan rasa lapar dan dahaga.
  • Anak sering tertekan kerana merasa dipaksa untuk menghabiskan makanan dalam jumlah tertentu yang tidak sesuai dengan kapasiti perut anak.
  • Kanak-kanak tidak berselera dan bosan kerana menu makanan yang sama setiap hari.
  • Anak sering dibiarkan makan sendiri kerana tidak pernah diajak makan bersama-sama dengan ayah ibunya atau ahli keluarga yang lain.
  • Susu formula yang diberikan tidak disukai oleh anak, mungkin kerana berbau atau rasanya kurang menarik minat si anak.
  • Dos susu formula yang diberikan terlalu banyak sehingga anak sudah merasa kenyang dulu sebelum memakan makanan lain.
  • Anak dibiasakan makan lambat.
  • Anak terlalu banyak diberikan minuman yang manis-manis.


Faktor Fizikal

Biasanya nafsu makan yang menurun disebabkan anak menderita sesuatu penyakit, seperti gangguan pada pencernaan, diarhea, batuk dan selsema, terdapat luka pada mulut atau bibirnya, terlalu demand dan sebagainya. Apabila anak sudah sembuh dari sakit, maka selera makannya akan kembali semula.

Pola makan
  • Pemberian makanan pengganti ASI terlalu cepat atau lebih awal, sehingga selera anak untuk minum susu ibu berkurangan. Demikian pula sebaliknya, pemberian makanan pendamping ASI yang terlambat, menyebabkan bayi sukar menerima bahkan menolak sama sekali makanan yang diberikan.
  • Jenis dan bentuk makanan yang disajikan kurang sesuai dengan umur dan perkembangan kanak-kanak.
  • Waktu makan atau minum yang sering terlambat diberikan, sehingga bayi sering dibiarkan dalam keadaan lapar atau haus.
  • Mungkin jenis dan makanan yang disajikan kurang menarik



Mungkin dari faktor-faktor awal menyebabkan masalah-masalah ini berlaku. Mungkin dengan sedikit usaha dapat membantu selera makan mereka. Ini kerana, peringkat tumbesaran anak-anak pada usia 1-6 tahun sangat krikital dan penting. Masa depan mereka terletak di tangan kita kerana mereka terlalu mentah untuk membuat keputusan sendiri. Kitalah yang membentuk mereka dari segi sikap, pemikiran, tingkah laku dan tabiat, malah dari segi fizikal juga. 

"sekiranya kita tidak memberi nutrisi yang diperlukan dalam kuantiti yang betul kepada anak pada peringkat tumbesaran yang paling penting iaitu pada 3-4 tahun pertama kehidupan mereka, maka keperluan 'otak' dan minda serta tumbesaran fizikal akan terjejas. Seterusnya akan memberi kesan pada kehidupan mereka."

Jika anda mempunyai masalah-masalah seperti diatas, dan inginkan jalan penyelesaian berilah anak anda supplement untuk membantu mereka mendapatkan selera makan kembali dan sihat ceria semula. 

Dibawah ini adalah testimoni dari seorang pelanggan setelah memberi anak mereka Mealshakes dari produk Shaklee. 



Insya-Allah, kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita, semoga usaha kita diberkati-Nya.

Apakah mealshake ni?

Mealshake ialah gabungan multivitamin, multimineral dan protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar. Amat sesuai untuk anak-anak yang aktif, memilih makan, kurang selera makan, sibuk beraktiviti dan yang memerlukan sokongan untuk menguatkan imuniti.

Terdiri dari gabungan bahan2 semulajadi yang diproses dengan kaedah natural agar lebih mudah diterima oleh tubuh tanpa kesan sampingan.

Lengkapkan lagi pertahanan tubuh anak dengan Omega Guard, tugasnya selain dari untuk kecerdasan otak, ia juga berfungsi memanaskan dada agar anak kurang diserang selesema. Diperbuat dari ikan-ikan terpilih dari lautan beriklim sejuk, lebih baik dari minyak hati ikan kod yang boleh menghasilkan kesan toksik jika diambil berlebihan.


Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk mendapatkan harga istimewa boleh hubungi saya di:
Whatsupp saya call/sms di no. 012-9768256
Add facebook saya Nadhirah87 / Lifelivelonger

Email saya di nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com


Wednesday 12 September 2012

Apakah Pedih Ulu Hati

Atasi Pedih Ulu Hati dengan Shaklee


Pedih ulu hati atau heartburn adalah keadaan di mata rasa tak selesa pada bahagian atas perut yang bersambung ke esofagus. Esofagus adalah saluran dari mulut yang menghantar makanan ke perut. PAda penghujung saluran esofagus, terdapat mukus yang tebal dan bukaan yang sentiasa tertutup bagi mengelakkan asid dari perut naik ke esofagus. Walau bagaimanapun, terdapat banyak keadaan yang menyebabkan asid dari perut naik ke atas dan menyebabkan pedih ulu hati; seperti mukus yang menipis, dan ‘angin’ dalam perut. Keadaan ini boleh menyebabkan refluks yang menolak asid perut ke atas. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh merosakkan esofagus.


Apakah yang menyebabkan pedih ulu hati berlaku?

  • Stress (tekanan perasaan)
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, ubat arthritis, penahan sakit dan sebagainya.
  • Pemakanan yang tidak teratur menyebabkan asid banyak terhasil pada satu2 masa.
  • Diet yang tinggi gula.
  • Pengambilan coklat.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Makan makanan berlemak.
  • Makanan pedas.
  • Susu.
  • Buah-buah sitrus.

Supplement Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah ini adalah Energizing Soy Protein (ESP)



Pengambilan protein membina otot dan organ yang sihat. Ini akan menghadkan ‘kemahuan’ tubuh kita terhadap makan bergula dan berkanji.


Ingin dapatkan produk ini dengan harga istimewa pm saya di facebook nadhirah87 atau fanpage saya livelifelonger. Sila email saya di alamat nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com dan sms saya di no. 
012-9768256.


Peranan Vitamin A-D

Vitamin adalah elemen asas penting dalam kesihatan dan keperluan tubuh yang sempurna. Sekarang mari kita semak apakah peranan-peranan vitamin A-D untuk tubuh kita.

Vitamin A

Vitamin A popular sebagai vitamin untuk mata. Kekurangan vitamin A berkait rapat dengan rabun malam serta masalah pengelihatan seperti glaukoma dan katarak. Vitamin A sebaiknya diambil dalam bentuk pro-Vitamin A yang hanya akan ditukarkan menjadi vitamin A apabila diperlukan. Vitamin A berlebihkan disimpan dalam hati dan menjadi toksik kepada tubuh.

~~makanan dari sumber vitamin A ini adalah seperti susu, ikan, sayur-sayuran yang berwarna hijau dan kuning, hati, buah-buahan berwarna merah dan kuning.

Vitamin B1

Vitamin B1 membantu dalam menghasilkan acetylcholine, yakni transmitter yang diperlukan oleh otak untuk daya ingatan. Orang nyanyuk dan alzheimer mengalami masalah kekurangan acetylchone dalam otak mereka.

~~ makanan dari sumber B1 ini adalah terdiri daripada gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur dan sebagainya.

Vitamin B6

Vitamin B6 adalah vitamin anti-tekanan. Ia adalah sebagai kofaktor untuk enzim yang menukarkan L-tryptophan kepada serotonin dan L-tyrosine kepada norepinephrine. Kekurangan vitamin B6 menyebabkan proses tersebut terganggu lalu membuatkan seseorang menjadi tertekan. Menurut kajian, orang yang sering dalam keadaan tertekan adalah mereka yang mengalami kekurangan vitamin B6.

Vitamin B12

Vitamin B12 lebih kurang vitamin B6 – membantu mereka yang mempunyai masalah tidur, kurang daya ingatan, nyanyuk, depresi serta masalah psikiatri. kekurangan vitamin B12 menjadikan seseorang itu mengalami masalah kognitif dan masalah personaliti.

~~makanan dari sumber vitamin B12 ini adalah telur, hati dan daging

Asid Folik


Selain dari penting untuk ibu hamil (bagi mengelakkan masalah tiub neural pada bayi) & ibu menyusu, asid folik penting untuk fungsi otak dan emosi. Kekurangan asid folik menyebabkan seseorang mudah marah, sukar tidur, senang lupa, gemuruh dan sebagainya.

~~makanan dari sumber asid folik seperti barli, daging lembu dan kambing, bran, ragi yang tapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, hati, susu, cendawan, buah oren, sayuran berubi, ikan salmon, gandum, tuna dan bijirin.

Vitamin C

Selain untuk kecantikan kulit dan sel, vitamin C sebenarnya memainkan peranan penting dalam kesihatan mental. Ia terlibat dalam metabolisma tyrosine kepada dopamine, serta kofaktor utama untuk sintesis norepinephrine, dopamine dan trypophan. Vitamin C (asid askorbik) diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah psikiatri seperti depresi, mania dan paranoia. Pesakit schizophrenia menunjukkan perubahan positif selepas diberi vitamin C.

~~Makanan dari sumber seperti jambu batu, limau, tomato, nanas, sayur segar dan sebagainya

Vitamin D

Vitamin D berkait rapat dengan masalah kognitif terutama di kalangan warga emas. Walaupun Vitamin D boleh didapati secara semulajadi dari cahaya matahari, namun harus awas kerana masalahnya sekarang kita kurang terdedah kepada cahaya matahari yang sihat.

~~Makanan dari sumber seperti minyak ikan, telur, keju dan lain-lain.


Itulah antara kepentingan vitamin-vitamin A-D terhadap tubuh kita. Jadi kalau ada mengalami masalah di atas, maka langkah terbaik adalah dengan mengubah diet harian dan boleh mengambil supplement. 




Add Facebook87 atau fanpage LiveLifeLonger
Call/Sms Whatsupp ke no. 012-9768256
Email ke Nadrul8778@gmail.com/nadhirah_07@yahoo.com










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts