Sunday, 16 September 2012

Keistimewaan SUSU Ibu 2

Wahai warga ibu-ibu diluar sana..salam sejahtera...

Hari ini suka saya bincangkan tentang kebaikan susu ibu. Masih ada ramai ibu-ibu diluar sana masih tidak mengetahui kelebihan dan peranan ibu-ibu terhadap anak-anak mereka. Mungkin ramai ibu-ibu yang bekerjaya beranggapan pekerjaan mereka seharian dan gaji yang lumayan adalah hadiah yang terhebat apabila dapat memberikan anak-anak mereka baju dan mainan yang mahal. Ketahui lah wahai ibu-ibu payudara anda memberi seribu khasiat dan ia adalah hadiah yang terbaik untuk anak-anak. Pada para ibu yang sebelum ini tidak pernah menyusukan anak mereka sekurang-kurangnya bertukarlah fikiran anda mengenai kepentingan khasiat dan kebaikan susu ibu dan ajaklah pada mereka-meraka supaya tidak terlambat untuk menyusui anak mereka dengan susu ibu pada generasi yang baru. Salah satu kebaikannya kita mengikut sunnah nabi dan apabila kita mengajak individu lain untuk menyusukan anak mereka ia adalah satu pahala yang besar dan dakwah yang mulia. Saya juga merasa hairan masih ada ibu-ibu yang anti tentang penyusuan ini. Mereka mengatakan perkara ini tidak perlulah dihebohkan dan dibangga-banggakan. Masih ada kah orang macam ni?..ya memang ada! SATU, saya inginkan jelaskan pada mereka-mereka ini, anda JAHIL dan BONGKAK. Maaf saya katakan, fikiran anda perlu berubah. Perkara yang baik lagi mulia harus dihebohkan. Hakikatnya, penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ada sesetengahnya menganggap perkara ini yang boleh dianggap "MALAS" pada ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu ibu. Kerana hanya perlu selak dan suakan saja. "MALAS" yang dimaksudkan adalah sesuatu yang memudahkan para ibu sebenarnya. Ia adalah satu 'METAFORA' yang harus difahamkan. Malas yang bagaimana? Perbuatan 'MALAS' yang mendatangkan banyak faedah!

Kita tidak perlu melakukan banyak perkara untuk membuat satu botol susu! Ia memudahkan para ibu untuk bergerak kemana-mana, bersama anak-anak yang tersayang tanpa perlu berfikir untuk meninggalkannya bersama orang tua kita supaya dapat diberi susu formula. Anda mahu menikmati perjalanan yang seronok tanpa anak-anak anda? Kerana takut perjalanan anda nanti akan menyukarkan anda? Apakah anda lupa tanggungjawab anda sebagai ibu bapa? Anak-anak adalah anugerah dari ALLAH untuk kita sama-sama menikmati keindahan FITRAH ALAM. Jadi dengan itu, untuk memudahkan anda dan suami, teruskan niat murni anda untuk menyusukan anak anda. Tidak perlu untuk membawa pelbagai macam untuk membuat satu botol susu. Anak manusia biarlah minum susu manusia juga. Betul tak? Modalnya, susu ibu adalah susu yang terbaik yang terkandung dan disarankan didalam Al-Quran. Bukanlah untuk menyenangkan ibu sahaja semata-mata.

Ingin tahu apa kelebihannya?

Tahukah anda, lebih 50% masalah obesiti adalah kerana anak-anak tidak diberi penyusuan susu ibu? Cuba anda perhatikan keadaan kanak-kanak yang obesiti. Susu apa yang diberikan oleh ibu mereka sewaktu bayi? Kajian terbaru juga mendapati bayi yang diberi susu ibu selama lebih satu tahun, kurang mendapat risiko tekanan darah sewaktu dewasa. Terlalu banyak lagi kebaikan yang tidak mungkin dapat ditaip di sini.

Tahukan juga anda kelebihan untuk para ibu yang menyusukan bayi sendiri. Salah satunya, ibu terhindar dari penyakit kanser payudara. Banyak kajian telah dilakukan, segala penyakit berpunca dari manusia itu sendiri. Ingat, yang baik datang dari ALLAH, yang buruk datang dari kita sendiri! Tidaklah saya mengatakan 100% kanser payudara kerana tidak menyusu tetapi faktor utamanya adalah dari situ juga. Susu terhasil sejak kita melalui proses mengandung lagi dan jika kita mematikan fikiran itu, maka ia takkan terjadi. Maka, susu ibu itu akan menjadi beku dan terkumpul di dalam payudara anda, maka mudah untuk terhasilnya ketulan-ketulan yang akhirnya memakan anda sendiri. Fikiran anda haruslah positif dan anda juga perlu memainkan peranan itu. Susu juga terjadi bila ada 'demand' iaitu permintaan dan penyusuan yang kerap dari bayi. Maka proses pengeluaran susu barulah boleh terjadi.

Anak lebih bijak, siapa yang tidak mahu? Kajian telah dilakukan bahawa anak yang diberi susu ibu lebih bijak. Tapi ingat ya, ibu-ibu..bukan diberi setakat dua atau tiga bulan sahaja. Lebih lama tempoh penyusuan, maka lebih bijak dan bergeligalah anak anda. SUSU ibu kaya dengan enzim, membantu pertumbuhan dan kematangan sistem imun bayi, mengandungi faktor anti bakteria, bahan pencegah penyakit, asid amino, mineral, zat besi, taurin yang perlu untuk perkembangan otak, IgA, IgC, IgM, IgD, lipid, hormon tiroid dan  banyak lagi.

Tidak mungkin kandungan susu ibu serupa dan sama dengan mana-mana makanan lain kerana susu ibu berubah-ubah dan ia hidup. Ya, jika diletakkan di bawah mikroskop, anda akan lihat perbezaan ketara antara susu formula dengan susu ibu. Susu ibu kaya dengan sel darah putih yang membantu melawan sebarang jangkitan penyakit dan juga mengandungi 'fat globules' untuk perkembangan mata dan otak.

Ajaibnya ciptaan TUHAN ini! Siapalah kita untuk menidakkan hak memberi susu ibu kepada anak kita. Adalah menjadi hak setiap bayi yang lahir di bumi ini untuk menikmati susu daripada ibu mereka sendiri, bukan?




~sedikit sumber dari buku "Mama, saya Lapar.." 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts