Wednesday, 12 September 2012

Peranan Vitamin A-D

Vitamin adalah elemen asas penting dalam kesihatan dan keperluan tubuh yang sempurna. Sekarang mari kita semak apakah peranan-peranan vitamin A-D untuk tubuh kita.

Vitamin A

Vitamin A popular sebagai vitamin untuk mata. Kekurangan vitamin A berkait rapat dengan rabun malam serta masalah pengelihatan seperti glaukoma dan katarak. Vitamin A sebaiknya diambil dalam bentuk pro-Vitamin A yang hanya akan ditukarkan menjadi vitamin A apabila diperlukan. Vitamin A berlebihkan disimpan dalam hati dan menjadi toksik kepada tubuh.

~~makanan dari sumber vitamin A ini adalah seperti susu, ikan, sayur-sayuran yang berwarna hijau dan kuning, hati, buah-buahan berwarna merah dan kuning.

Vitamin B1

Vitamin B1 membantu dalam menghasilkan acetylcholine, yakni transmitter yang diperlukan oleh otak untuk daya ingatan. Orang nyanyuk dan alzheimer mengalami masalah kekurangan acetylchone dalam otak mereka.

~~ makanan dari sumber B1 ini adalah terdiri daripada gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur dan sebagainya.

Vitamin B6

Vitamin B6 adalah vitamin anti-tekanan. Ia adalah sebagai kofaktor untuk enzim yang menukarkan L-tryptophan kepada serotonin dan L-tyrosine kepada norepinephrine. Kekurangan vitamin B6 menyebabkan proses tersebut terganggu lalu membuatkan seseorang menjadi tertekan. Menurut kajian, orang yang sering dalam keadaan tertekan adalah mereka yang mengalami kekurangan vitamin B6.

Vitamin B12

Vitamin B12 lebih kurang vitamin B6 – membantu mereka yang mempunyai masalah tidur, kurang daya ingatan, nyanyuk, depresi serta masalah psikiatri. kekurangan vitamin B12 menjadikan seseorang itu mengalami masalah kognitif dan masalah personaliti.

~~makanan dari sumber vitamin B12 ini adalah telur, hati dan daging

Asid Folik


Selain dari penting untuk ibu hamil (bagi mengelakkan masalah tiub neural pada bayi) & ibu menyusu, asid folik penting untuk fungsi otak dan emosi. Kekurangan asid folik menyebabkan seseorang mudah marah, sukar tidur, senang lupa, gemuruh dan sebagainya.

~~makanan dari sumber asid folik seperti barli, daging lembu dan kambing, bran, ragi yang tapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, hati, susu, cendawan, buah oren, sayuran berubi, ikan salmon, gandum, tuna dan bijirin.

Vitamin C

Selain untuk kecantikan kulit dan sel, vitamin C sebenarnya memainkan peranan penting dalam kesihatan mental. Ia terlibat dalam metabolisma tyrosine kepada dopamine, serta kofaktor utama untuk sintesis norepinephrine, dopamine dan trypophan. Vitamin C (asid askorbik) diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah psikiatri seperti depresi, mania dan paranoia. Pesakit schizophrenia menunjukkan perubahan positif selepas diberi vitamin C.

~~Makanan dari sumber seperti jambu batu, limau, tomato, nanas, sayur segar dan sebagainya

Vitamin D

Vitamin D berkait rapat dengan masalah kognitif terutama di kalangan warga emas. Walaupun Vitamin D boleh didapati secara semulajadi dari cahaya matahari, namun harus awas kerana masalahnya sekarang kita kurang terdedah kepada cahaya matahari yang sihat.

~~Makanan dari sumber seperti minyak ikan, telur, keju dan lain-lain.


Itulah antara kepentingan vitamin-vitamin A-D terhadap tubuh kita. Jadi kalau ada mengalami masalah di atas, maka langkah terbaik adalah dengan mengubah diet harian dan boleh mengambil supplement. 




Add Facebook87 atau fanpage LiveLifeLonger
Call/Sms Whatsupp ke no. 012-9768256
Email ke Nadrul8778@gmail.com/nadhirah_07@yahoo.com










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts