24 jam yang pertama
Ingatlah selepas 24 jam pertama selepas bayi dilahirkan, seelok-eloknya sejurus selepas lahir, bayi perlu diletakkan dengan serta-merta di atas payudara ibu untuk merangsang penghasilan air susu. Memang naluri bayi adalah untuk menghisap. itu adalah refleks semula jadi mereka. Meletakkan bayi di atas payudara sejurus selepas bersalin umpama menghidupkan suis lampu. Jika suis lampu tidak dihidupkan, maka lampu tidak akan menyala, bukan? Jika bayi tidak menghisap untuk merangsang penghasilan air susu, maka air susu tidak akan keluar. Begitulah perumpamaannya.
Mintalah jururawat meletakkan bayi anda pada payudara anda. Di hospital, slogan 'mesra bayi' di seluruh Malaysia menjadi amalan yang biasa. Tetapi awas, jika anda bersalin di klinik persendirian misalnya, ia tidak begitu diberi penekanan dan kurang dipraktikkan. Jadi, anda perlu bertegas!
Jika bayi anda dilahirkan pramatang atau mengalami masalah dan komplikasi lain yang menyebabkan ibu tidak boleh memberikan penyusuan terus daripada payudara, anda seharusnya merangsangkan payudara dengan mengepam menggunakan pam bergred hospital atau yang setanding dengannya. Ini memastikan proses penghasilan susu tidak terjejas. Pamlah sekurang-kurangnya 8 kali sehari (15-20 minit setiap kali sesi memerah). Perahlah kolostrum dan serahkan kepada doktor atau jururawat untuk diberikan kepada bayi anda. Apabila bayi sudah sihat dan bersedia untuk menyusu terus daripada payudara, mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) terlebih dahulu. Ini akan menimbulkan minat kepada bayi untuk menyusu terus daripada payudara anda.
Tidak ada susu?
Tak ada susu? Itulah ungkapan yang biasa didengari daripada mulut ramai ibu. Tiada susu kerana anda tidak memberikan rangsangan pada payudara dan bayi tidak menghisap sekerap yang mungkin. Ingat pesanan ini - hanya satu undang-undang untuk menghasilkan air susu - the more you give, the more milk you will have. As simple as that. Ya, semudah itu. Lebih banyak susu yang diberi, lebih kerap bayi menghisap payudara dan lebih banyak anda pam, maka lebih banyaklah air susu yang akan terhasil.
Apabila bayi menghisap payudara, hormon oksitoksin akan dihasilkan dan isyarat akan dihantar pada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Kalau bayi tidak menghisap, macam mana susu hendak keluar? Air susu juga pengguna pakai teori demand and supply. Tiada permintaan, maka tiada susu yang akan terhasil. Ini kemudian disusuli dengan undang-undang yang kedua iaitu minum air secukupnya dan mengambil pemakanan yang khasiat.
Bayi tidak mahu menyusu?
Ada yang memberi alasan, 'Baby I tak nak'. Bukan 'Baby tak nak', tapi mungkin anda yang tidak selesa atau cara dan teknik memberi susu salah. Mana ada bayi yang tidak mahu susu ibunya. Mustahil! Semua mamalia menyusukan anak. Manusia juga mamalia dan sepatutnya itulah yang dilakukan.
Semua bayi memerlukan susu dan mereka mempunyai naluri semulajadi untuk menghisap. Untuk menyusukan bayi, anda perlu 'belajar' memberi susu sambil berbaring dalam keadaan yang paling selesa. Anda perlu mempelajari teknik terbaik untuk memberi susu, tidak kiralah secara duduk ataupun berbaring. Malah, setelah banyak belajar dan menjalani latihan, saya kini boleh memberi susu sambil berjalan. Ya, belajar!
Semuanya kena belajar. Memberi susu sambil berbaring akan memudahkan hidup anda. Cari posisi seselesa yang mungkin sama ada beri sokongan pada tangan, kepala dan badan.
Antara sebab lain bayi tidak mahu lagi menghisap payudara adalah kerana anda telah memberinya minum daripada puting botol susu. Bayi yang sudah 'dibiasakan' minum daripada botol susu menjadi keliru dan juga 'malas'. Ini kerana menghisap susu daripada botol tidak memerlukan mereka menggunakan banyak tenaga dan usaha. Bayi cuma perlu menggunakan 4 otot dirahang berbanding 44 otot jika menghisap susu ibu daripada payudara. Letak susu daripada botol ke dalam mulut bayi dan air susu akan mengalir keluar dengan mudah sekali. Free flow!
Menggunakan otot di rahang membantu pembentukan rahang dan gigi yang baik. kesannya, gigi anak anda tidak akan menjadi jongang dan tersusun rapi. Anda juga memberi anak anda pengajaran yang amat bermakna dalam hidup iaitu sekiranya mahu makan, maka anda perlulah berusaha. Ajar mereka daripada bayi lagi, tanpa usaha maka tiadalah hasilnya.
Penyusuan susu ibu tidak mudah
Memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada anak bukanlah sesuatu yang mudah pada mulanya. Tidak semuanya indah seperti yang digambarkan. Pada mulanya, ia mungkin payah, leceh dan kadangkala amat sakit. Tetapi percayalah, jika anda mendapatkan bantuan dan sokongan yang betul, anda pasti berjaya. Di situlah pentingnya kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang terdiri daripada para ibu yang berpengalaman dalam menyusukan anak-anak mereka. Pasti akan ada yang sudi membantu anda. Sertailah kumpulan sokongan yang berdekatan dengan anda.
Ketahuilah, penyusuan susu ibu merupakan hadiah paling bermakna yang dapat anda berikan kepada anak. Bukan hadiah, baju dan mainan yang mahal, tetapi khasiat susu ibu sebagai permulaan hidup mereka. Biarlah darah daging yang mengalir di dalam badan mereka adalah daripada susu ibunya sendiri. Anak manusia biarlah minum susu manusia juga. Itulah fitrah alam dan yang disarankan di dalam al-Quran.
Khasiat susu ibu akan memberikannya perlindungan sehinggalah mereka dewasa kelak. Tahukah anda, lebih 50% masalah obesiti adalah kerana anak-anak tidak diberi penyusuan susu ibu? Cuba anda perhatikan keadaan kanak-kanak yang obesiti. Susu apa yang diberikan oleh ibu mereka sewaktu bayi? Kajian terbaru juga mendapati bayi yang diberi susu ibu selama lebih satu tahun, kurang mendapat risiko tekanan darah sewaktu dewasa. Terlalu banyak lagi kebaikan yang tidak mungkin dapat ditulis disini.
Apa yang perlu ibu lakukan?
Sekiranya anda tidak melengkapkan diri dengan persediaan yang secukupnya, nescaya anda tidak dapat memberi dan akan gagal dalam melaksanakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Berikut merupakan persediaan yang perlu ada pada setiap insan yang bergelar ibu:
1Kemahuan. Anda perlu mahu. Kemahuan mengatasi segalanya. Jika si ibu sendiri tidak
mahu, maka tiadalah susu ibu.
2Komited. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Anda perlu sanggup melakukan
apa sahaja, selagi terdaya untuk memastikan anda berjaya. Anda perlu mengatakan
kepada diri bahawa tiada pilihan lain selain susu ibu. Jangan beli apa-apa makanan atau
susu lain. Kerana terlalu mudah membeli susu gantian yang lain, maka ramai ibu tidak
berjaya. So, Don't Start!
3Kekuatan mental. Anda perlu mempersiapkan mental untuk menempuhi kesukaran,
terumanya pada bulan-bulan awal kelahiran. Percayalah...semakin bayi anda membesar,
maka ia semakin mudah. Cuma 2 tahun daripada hidup mereka untuk memberikan yang
terbaik. Masa berlalu dengan begitu pantas dan anda pasti tidak akan menyesal.
4Sokongan. Anda perlu mencari mereka yang menyokong, memberi anda semangat dan
kata-kata perangsang. Janganlah dengar nasihat daripada mereka yang tidak berjaya atau
cetek ilmu. Cari orang yang sudah berjaya. Banyak kumpulan sokongan penyusuan susu ibu
di luar sana dan dapatkan nasihat daripada pakar sekiranya masalah penyusuan anda rumit.
5Belajar dan membaca. Anda perlu mencari ilmu dan berusaha sendiri. Persiapkan diri
dengan banyak membaca atau bertanya kepada yang telah berjaya. Bak kata pepatah, ilmu
itu gemala sakti, cahayanya indah, sinarnya berseri.
Saturday, 4 August 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum bakal-bakal mama diluar sana..selamat pagi! Betul ke ada pantang larang untuk mama yang sedang hamil ni? Tak pasti la kesa...
-
A nda sering mengalaminya sewaktu hamil? Mual, muntah, pedih ulu hati, sembelit dan banyak lagi masalah dari kecil hinggalah kepada masala...
-
Hubungan Seks Ketika Hamil Jika anda hamil atau merancang kehamilan, anda mungkin mempunyai banyak maklumat tentang seks sebelum...
-
Selalunya ibu-ibu muda ni sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan puting palsu ini sama ada ianya baik atau buruk. Perlukah puti...
-
**Pastikan anda sudah berkahwin untuk meneruskan pembacaan. Jika belum sila beralih ke page lain.** ****Terima kasih**** Tip Pos...
-
Aduhnya, rengat! oleh: pa&ma edisi sept 2012 Siapa yang pernah mengalami masalah rengat selepas bersalin? Sakitnya seperti senggugut...
-
APAKAH KELEBIHAN VITALEA ? Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting u...
-
✔ CARA BETUL | ✘ CARA SALAH A pabila hamil, tubuh melalui pelbagai jenis perubahan. Perubahan berkenaan sedikit sebanyak mengga...
-
Untuk memahami bagaimana pengeluaran susu terjadi samaada semakin banyak atau semakin sedikit, kita perlu memahami bagaimana sesuatu proses ...
-
E czema adalah term yang selalu digunakan dalam kebanyakan jenis inflamasi kulit (dermatitis). Bentuk eczema yang paling biasa ditemui ada...
No comments:
Post a Comment