Susu ibu adalah makanan yang paling sempurna untuk bayi anda kerana mengandungi semua zat yang diperlukan dalam kadar yang betul. Malah, sehingga kini kajian mengenai susu ibu masih lagi dilakukan untuk membongkar pelbagai keistimewaan dan keajaiban pada kesihatan bayi yang seolah-olah tiada penghujungnya.
Saiz perut yang kecil
Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, sebenarnya kapasiti, atau saiz perut bayi yang baru lahir cumalah sebesar guli kecil atau kacang 'chick pea (5-7ml). Cuba anda bayangkan, sangat kecil saiznya, bukan? Pada hari ke-3, kapasiti perut bayi adalah sebesar penumbuk bayi anda sendiri iaitu 22-27ml sahaja. Pada hari ke-10, ia akan menjadi sebesar kacang walnut atau bola ping pong sahaja (45-60ml).
Daripada penjelasan tersebut, ternyata bayi anda tidak memerlukan kuantiti yang banyak pada awal kelahirannya. Seorang bayi pada awal kelahirannya, iaitu pada 3-4 hari pertama mampu hidup dengan sihat tanpa air susu yang mencurah-curah. Jadi, tidak usahlah disumbatkan bayi anda dengan susu formula kerana mereka langsung tidak memerlukannya.
Kolostrum cecair emas
Pada hari-hari pertama kelahiran bayi, ibu akan menghasilkan susu yang dipanggil kolostrum. Ia juga dikenali sebagai 'cecair bernilai emas' kerana warnya yang kekuningan ini merupakan pembekal imuniti pada seluruh tubuh anak anda. Ia makanan dan minuman ajaib yang memberi kekebalan terhadap segala virus, bakteria dan kuman yang berada di udara sebaik sahaja dilahirkan.
Air susu matang hanya akan terhasil dalam minggu pertama kelahiran. Air susu akan lebih banyak hanya pada hari-3 dan 4. Oleh itu, usah risau yea. Ramai ibu risau jika susu mereka tidak terus keluar dan berkata 'saya tak ada susu'. Ini adalah kepercayaan yang salah. Tiada susu yang banyak pada hari-hari pertama adalah normal.
"Semua ibu mampu mengeluarkan susu dan boleh menyusukan anak mereka. Bahkan ibu angkat sekalipun boleh menyusu, inikan pula ibu sendiri!"Di awal kelahiran, si comel anda hanya memerlukan kolostrum. Ia sama dengan antibodi. Jika anda tidak memberi kolostrum kepada anak, ia adalah penyumbang dan punca anak anda kerap jatuh sakit kerana dia tidak mendapat perlindungan yang diperlukan. Jumlah kolostrum memang sedikit, cuma 20-30ml sahaja, tetapi perut bayi tidak memerlukan lebih daripada itu.
Kolostrum lebih diperlukan oleh bayi pramatang. Susu ibu untuk bayi pra-matang dirumus khas untuk bayi pra-matang. Bererti TUHAN sudah menciptakan yang terbaik untuk anak anda. Inginkan bayi pramatang sihat dengan lebih cepat? berilah susu ibu. Susu ibu pramatang mengandungi protein yang tinggi, imunoglobulin IgA, Laktoferin dan rendah laktosa khas untuk bayi pramatang anda! Usahlah diberi susu lain yang jelas tidak setanding dengan susu ibu.
bersambung...
No comments:
Post a Comment