Monday, 10 December 2012

KEBAIKAN OSTEMATRIX


Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KALSIUM
+++++++
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.

VITAMIN D
++++++++
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium & Vitamin D sangat digalakkan utk mengelakkan dari osteoporosis
==============================================

? Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
? Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
? Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
? Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.
? Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)
? Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!






JOM PM SAYA UNTUK DAPATKAN SATU UNTUK KESIHATAN ANDA
Facebook : nadhirah87 / Livelifelonger
Call / sms : 012-9768256
Email : Nadhirah_07@yahoo.com / Nadrul8778@gmail.com

Wednesday, 5 December 2012

NAK BUAT DURIAN CREPE??!!

Wah...sekarang sedang hot pasal durian crepe ea...tapi saya lum dapat merasa lagi. Biasalah mana nak dapat, duk ceruk ni kan..tapi takpe, search punya search ada jugak kat tenet resepi untuk membuatnya. Well, saya ni duduk kampung, tak sah kalau takde durian ni. Banyak ni ha kat rumah ni. Sayang kalau tak buat apa2 kan. Dari makan gitu aje baik buat durian crepe yang tengah hot ni kan. Jom kita tengok apa resepi dia..

RESEPI : DURIAN CREPE

BAHAN-BAHANNYA : 

  • 250gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 400ml santan
  • 100ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna kuning telur
  • Isi durian

UNTUK FILLING : 

  1. Cawan whipping cream (gunakan brand yang ada kat gambar bawah ni, sebab tak payah susah dah nak bubuh gula lagi, sebab memang dah sedap). Kalau brand lain kena letakkan gula agar dia manis.

CARA-CARANYA :
  1. Ambil isi durian dan lenyekkan.
  2. Guna stand mixer. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah Siap! (yang whipping cream tu pun jangan lupa pukul kasi kental dan gebu.
  3. Tapis benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus. Sebab takut kulit crepe tu menggerutu nanti kalau tak tapis.
  4. Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu, pastu boleh letak adunan tadi. Lepas tu, goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis kan crepe tu. Alah buat macam masak lempeng. Tapi kalau boleh buat crepe tu senipus yang boleh. (masak crepe ni yang belah bawah je. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin atas ni nak buat belah luar).
  5. Lepas masak sekeping crepe ni, alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing.
  6. Letak whipping cream dengan isi durian pekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentul bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak (belah bawah) ni sebab bila lipat nampak cantik sebab yang part licin tu dekat atas.
  7. Jadilah macam dalam gambar ni. Lepas tu, boleh sejukkan dalam fridge. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.






okey..Selamat Mencuba!!!

Thursday, 29 November 2012

Amalan Berpantang Tradisional dan Moden

Tempoh berpantang selama 40 hari amat perlu diamalkan oleh ibu-ibu yang baru sahaja lepas bersalin kerana hormon ibu bersalin sudah bercelaru dan perlu dipulihkan selama tempoh berpantang. Dibawah ini adalah amalan-amalan yang perlu ibu lalui sepanjang tempoh berpantang untuk memulihkan kesihatan tubuh badan.


Urutan
Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.

Bertungku
Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

Bertangas
Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.

Berbengkung
Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.

Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.

Memakai param dan pilis
Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Minum jamu
Jamu dapat memanaskan badan, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Namun, makan jamu haruslah berpada kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepanasan kepada bayi yang menyusu badan.

Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah yang turut menyumbang kepada kesihatan ibu dari dalaman iaitu set berpantang Shaklee.

Set berpantang Shaklee terdiri dari:

Vitamin C- untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktir otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan.

Vitalea - dengan formula zat besi berfungsi untuk menghasilkan darah yang sihat. Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang.

B Complex - Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin.

Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut.


Jika anda nak lebih lagi, boleh tambah Alfalfa dan ESP.

Alfalfa: merupakan penggalak pengeluaran susu dan membekalkan 15 mineral, 10 vitamin gentian(fiber) dan tinggi protein. Membantu pelawasan dan membuang angin dari badan.

ESP: merupakan penggalak juga dan memekatkan susu badan supaya anak lebih kenyang dan tidur lebih lama. Ia juga memberikan ibu tenaga yang berpanjangan dan tidak penat sepanjang menyusukan anak di waktu malam. Malah, ESP juga memberikan ibu kenyang lebih lama dan membantu ibu mengurangkan berat badan dengan segera.



call/sms : 012-9768256
email yahoo: nadhirah_07@yahoo.com / nadrul8778@gmail.com
add facebook : nadhirah87 / livelifelonger

Tuesday, 27 November 2012

Punca Kekurangan Vitamin C






FUNGSI VITAMIN C

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

SUMBER DARI VITAMIN C

Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 

KEKURANGAN DARI PENGAMBILAN VITAMIN C

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:

~ Lemah badan


~ Sakit-sakit dan sengal badan


~ Bengkak gusi


~ Hidung berdarah


~ Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).


~ Anemia



Monday, 26 November 2012

Impian Kulit Halus seperti Wanita Arab?


Inilah rahsia kecantikan mereka; Kokuryu Super Summer Cake (Bedak Arab).
BEDAK MUKA DARI ARAB *KOKURYU SUPER SUMMER CAKE*

DEFINASI : Serbuk sheerest dan asas sains creamiest dicampur untuk membuat bedak, foundation, pelembab dalam satu


KOKURYU SUPER SUMMER CAKE adalah formula keindahan yang unik, halus yang tidak menggelapkan atau menghitamkan kulit anda, menutupi bintik-bintik dan selaraskan noda kulit yang tidak sekata, sehingga membuat anda indah.


KOKURYU SUPER SUMMER CAKE memberi anda alami tampak tetap sempurna walaupun tengah matahari dan kelembapan..



‎3 IN 1


♥ Mouisturizer, Foundation, Powder♥


♥ Suci & Halal itu yg penting ---->>>boleh dibawa 

solat



♥ Tahan selama 8 jam

♥ Sgt bagus bila berpeluh (bertambah cantik) dan 

TIDAK melekat pada tisu


♥ Mengecutkan jerawat bg mereka yg berjerawat


♥ Melembutkan + menggebukan kulit


♥ Tidak akan menghitamkan @ menggelapkan kulit


♥ Kemas & sekata


♥ Mengikut aliran darah pemakai (gelap + cerah +

 putih)

♥ Bedak ni sgt2 wangi.







Harga Seunit : RM70
Postage untuk seluruh Semenanjung: RM5
Sabah & Sarawak : Add on RM3

Cara-cara pembayaran:
Maybank
Nurul Nadhirah binti Jamaluddin
162357290089

Setelah membuat pembayaran sila mesej nama penuh, alamat dan no.hp ke no.
012-9768256

Atau Add fb saya

*Penghantaran akan dibuat 3-5 hari waktu bekerja*
Terima kasih





Wednesday, 21 November 2012

TESTIMONI GLA COMPLEX

Hai semua, hari ni saya nak share satu testimoni dari customer yang dah mengambil GLA ni. Memang dah ramai mengetahui khasiat dari GLA ni. Tapi tak ramai yang tahu dah berapa ramai juga yang telah mendapat kesan dari pengambilan vitamin ni. Ha nk tau..Jom tengok testimoni di bawah ni..


In sha Allah, dengan berkat usaha dan izin dari-Nya. Puan Azrina telah mengandung setelah pengambilan vitamin GLA ini. Dari pelanggan puan Azrina pula merasai banyak kesan lain pula setelah mengambilnya tak sampai pun sebulan. Alhamdulillah, GLA banyak membantu. 



Anda mahu mencuba? Sila pm saya..
Facebook : nadhirah87 / livelifelonger
Email : nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com
Call / sms : 012-9768256

Tuesday, 20 November 2012

Manfaat Susu Manusia

  Amalan penyusuan ibu bukan sahaja sesuatu yang digalakkan oleh agama Islam malahan disokong oleh asas-asas saintifik. Dari segi isi kandungannya, susu ibu memang begitu lengkap sebagai makanan pertama dan utama bagi bayi.

  Susu ibu mengandungi zat-zat makanan yang cukup. Malahan nisbah zat-zat tersebut juga seimbang dengan keperluan seseorang bayi bermula dari masa kelahiran dan seterusnya. Kandungan zat tersebut juga sentiasa berubah mengikut keperluan seorang bayi dari semasa ke semasa. Tambahan pula susu badan mengandungi beberapa jenis antibodi yang dapat melindungi seseorang bayi itu daripada diserang oleh cirit-birit, penyakit saluran pernafasan serta beberapa penyakit kulit yang tertentu.

  Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung atau susu formula atau susu lembu. Dengan memeluk anak kecil dan mengalirnya air susu daripada ibu kepada anak, maka kasih sayang ibu turut mengalir.

  Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

Rangsangan


  Seperti yang anda sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti kerap menyusu. Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari.

  Jika bayi tidur lebih daripada tiga jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika tidur lebih daripda empat hingga lima jam. Semakin kerap anda menyusukan terutamanya jika tidur lebih daripada empat hingga lima jam. Semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan sebanyak 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin bagi menghasilkan lebih banyak susu. Ketika bayi menyusu, rangsangan sensori itu akan dikirim ke otak. Otak kemudian memberi reaksi mengeluarkan hormon prolaktin yang masuk ke dalam aliran darah menuju kembali ke payu dara. Hormon prolaktin merangsang sel-sel pembuat susu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi mengeluarkan lebih susu.

Kekerapan

  Selepas itu, anda juga perlu menambah masa dan kekerapan untuk bayi menghisap susu. Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara dasarnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep pemberian susu mengikut kemahuan (supply and demand).

  Jika seseorang ibu lebih kerap menyusukan bayi mereka, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Anda juga perlu mengepam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik sahaja bangun tidur. Luangkan juga masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari anda mempraktikkannya. Ada juga yang perlu menunggu lama sehingga dua minggu bagi melihat hasilnya.

  Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yang tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual mengepam yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

Pemakanan

  Pengambilan pemakanan yang seimbang amatlah penting bagi ibu yang menyusu. Secara peribadinya, saya mendapati, saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan lapar, kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

  Terdapat pelbagai jenis pemakanan atau suplemen yang menggalakkan pengeluaran susu telah dikomersialkan. Keberkesanannya bergantung kepada individu.

  Halba, oat, ALFALFA, AIR SOYA, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang dan betik muda merangsang pengeluaran susu ibu. Terdapat banyak juga suplemen yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu di pasaran. Elok dapatkan nasihat yang lebih lanjut daripada pakar laktasi!

  Makanan atau jamu (ramuan herba) yang dimakan oleh ibu dalam pantang akan memberi kesan kepada bayi susuan.

  Kesan tersebut akan disekresi melalui susu yang dihisap oleh bayi. Daripada pengamatan saya, ada bayi yang mengalami masalah kekuningan (jaundis) berpanjangan dan cirit-birit disebabkan ibu mengambil jamu semasa dalam tempoh berpantang. Pemakanan yang seimbang sudah mencukupi bagi ibu-ibu ini.
  


Thursday, 15 November 2012

Get Clean Water Pitcher


MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER





Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.





Inginkan produk ini di rumah anda?? Sila hubungi saya di
email : nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com
call / sms : 012-9768256



Monday, 12 November 2012

Khasiat Minyak Ikan


Manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.
Dalam beberapa dekad ini banyak kajian klinikal yang diterbitkan menyokong kesan positif pengambilan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Kesihatan jantung antara isu yang banyak dibincangkan apabila dikaitkan dengan manfaat pengambilan minyak ikan.

Masalah biasa yang berkaitan dengan masalah jantung.



  • Sakit dada
  • Tekanan darah tinggi
  • Kesukaran bernafas
  • Denyutan jantung yang cepat
  • pening
>>>>Dengan pengambilan minyak ikan bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.



Masalah Keradangan iaitu Artritis


  • Osteoartritis
  • Reumatoid artritis 
  • Gout
>>>>Beberapa kajian merumuskan suplemen minyak ikan seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada terapi artritis. Asid lemak omega-3 juga menghalang aktiviti enzim aggrecanases yang memecah rawan sendi. Penghidap artritis juga didapati mempunyai profil asid lemak yang tidak normal dan kurang dalam sesetengah asid lemak perlu.

Masalah Penyakit kulit

  • Tompok-tompok gatal
  • Bersisik
  • Kemerah-merahan
>>>>Asid lemak perlu terutama EPA adalah penting untuk psoriasis (penyakit kulit di atas) Perubahan positif di kalangan penghidap psoriasis boleh dilihat dengan pengambilan omega-3 yang membantu dalam pengurangan penghasilan leukotriene yang meningkatkan pergandaan sel dan penghasilannya yang lebih tinggi di kalangan penghidap psoriasis.


Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan asid lemak perlu, dengan itu kita perlu mendapatkannya melalui diet dan pengambilan suplemen. Asid lemak perlu (EFAs) yang terdiri daripada omega-6 dan omega-3 adalah nutrien penting dan mempunyai agen antikeradangan. Konsentrasi EPA dan DHA yang tinggi lazimnya menjadi pilihan untuk memenuhi dos yang diperlukan serta memudahkan pengambilan.

Untuk maklumat lanjut tentang produk boleh hubungi saya di:
Email: Nadhirah8778@gmail.com / Nadhirah_07@yahoo.com
Call / sms : 012-9768256 


Sunday, 11 November 2012

Sememangnya Vitamin Penting untuk TUBUH!

Certengok stegmen ini yang dipetik dari laman Pa&Ma..Sememangnya vitamin tersangatlah penting untuk keperluan tubuh kita. Apatah lagi kalau kesihatan kita semakin merudum dek terlupa pemakanan seharian kita. Lagi-lagi pada yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing..

Petikan dari Pa&ma.


Ini adalah untuk kesihatan MATA kita..


Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda.
Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata
Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.  
Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
  • Bermasalah untuk memfokus.
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.
Makanan khas untuk mata:
  • Ikan
  • Hati
  • Labu
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Telur
  • Kekacang
  • Air yang banyak
  • Bijirin
Info penting
  1. ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
  2. Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
  3. Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
  4. Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.
  
Jadi apa salahnya kita berbelanja sedikit wang untuk membeli vitamin-vitamin untuk kesihatan yang berterusan. Jika ada mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk dan vitamin apa yang sesuai untuk anda boleh hubungi saya untuk konsultasi. Saya akan cadangkan vitamin apa yang sesuai untuk anda dan sesuai dengan 'budget'. 

Email : nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com
Call / sms : 012-9768256

Sunday, 4 November 2012

TESTIMONI SET HAMILLL!!!

Salam sejahtera semua, hari ni saya ingin berkongsi testimoni dari seorang pelanggan yg sudah menggunakan set hamil dari produk Shaklee. Alhamdulillah feedback juga amat positif dan saya juga telah menggunakannya sepanjang kehamilan ini. Memang terasa kelainannya
. hb sentiasa normal, kencing kotor pun takde spt kehamilan yg dulu. Lebih tenaga walaupun masih ada anak kecil. :) 

Set hamil ini mengandungi:













(1) B-Complex - 1 tab daily. 
Tak perlu ambil acid folic lagi kerana B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

(2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. 
Vita-Lea nie adalah multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya.

(3) Vit-C - 1 tab daily.
Memperbaiki antibodi malah memberikan kita ketahanan pada tubuh supaya dapat melawan penyakit. Kerana, ibu hamil mudah sakit.

(4) OsteMatrix - 4 tab daily
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Ibu hamil memerlukan kalsium yang tinggi sebnyk 1000mg-1300mg untuk pembentukan tulang yang kuat dan gigi baby. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

(5) Protein (ESP) 
Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tu boleh diminum dengan air kosong, mahupun juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya si ibu tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.

(6) OmegaGuard - 1 tab daily
DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak & mata baby, ya. Buat si ibu pula, ia akan mengawal paras kolesterol dalam badan si ibu.


Lihat Testimoni di bawah ini.











Untuk keterangan lebih lanjut, boleh pm saya yea!


Facebook : nadhirah87 / livelifelonger
Call / sms : 012-9768256
email: nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com

Alfalfa lagi???!! nak tau apa ALFALFA?


Tentang ALFALFA Dan Klorofil


Sejak zaman dahulu lagi, manusia maupun binatang tahu mengenai khasiat tumbuhan hijau. Namun mereka masih belum faham atau tahu bahawa daun hijau yang mereka makan itu mengandungi klorofil yang bermaksud 'daun hijau' di dalam bahasa Greek.

ALFAMINT mengandungi klorofil dari daun Alfalfa yang segar. Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Sebab itulah bila orang Arab dari Persia pertama kali menjumpai tumbuhan hijau tersebut beberapa ratus tahun dahulu, mereka menggelarnya "Bapa kepada makanan".

Alfalfa mempunyai akar yang dalam sekurang-kurangnya 30 meter ke bawah tanah. Dengan itu, tumbuhan tersebut dapat menyerap kekayaan dalam tanah seperti: Selenium, Silicon, tin, zink dan galian seperti potasium, prosperos, gangsa, kobalt, kromium, kalsium, mangan, magnesium, besi dengan alfa dan beta karotin, kabohidrat, protien, vitamen A, C, D, E, F dan B komplek, Fibrin dan sedikit lemak. Ia juga mengandungi 8 keperluan asid amino.

Alfalfa adalah tumbuhan di dunia yang mempunyai paling banyak alkali. Alkali ini menolong mengimbangkan asid bisa dalam badan. Protien yang terkandung dalam alfalfa adalah 18.9% berbanding dengan daging lembu 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%. Kalsium dalam alfalfa adalah 14 kali lebih daripada benih gandum dan 144 kali daripada hati.

✓  Penyakit Yang Dapat Dipulihkan Melalui Cecair Klorofil
✓  Pembersih badan dalaman yang hebat
✓ Melarang pembiakan kuman
✓ Meningkatkan kebersihan dan kesihatan mulut
✓ Meringankan bisa dalam hati
✓ Meringankan masalah sengal dan sakit sendi
✓ Meringankan masalah kencing manis
✓ Baik untuk Ulser
✓ Baik untuk jantung
✓ Sihat bagi bayi yang baru dilahirkan
✓ Pengedaran haid
✓ Meningkatkan kandungan susu bagi ibu yang melahirkan anak
✓ Menurunkan kadar asid dalam badan
✓ Mengekalkan pengedaran darah yang sihat
✓ Mengurangkan bengkak dalam pundi-pundi kencing
✓ Sejenis minuman kesihatan yang berkhasiat
✓ Membuka selera makan
✓ Membantu untuk tidur
✓ Mengurangkan sembelit
✓ Mengurangkan rasa letih dan lesu
✓ Meringankan masalah urat timbul (Varicose viens)




Sumber : http://belinacare.tripod.com/Cecair_Klorofil.html


Anda nak satu untuk kegunaan anda sendiri? atau belikan untuk yang tersayang atau saudara mara anda? Jom cuba. Tak rugi, malah sekarang promosi sehingga akhir bulan ini. Beli 6 botol percuma 1!! Berbaloi-baloi..:)



Jom dapatkannya dengan saya! Hubungi saya di:
Facebook: nadhirah87 / livelifelonger
Email : nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com
Call / sms : 012-9768256
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts