Sunday 11 November 2012

Sememangnya Vitamin Penting untuk TUBUH!

Certengok stegmen ini yang dipetik dari laman Pa&Ma..Sememangnya vitamin tersangatlah penting untuk keperluan tubuh kita. Apatah lagi kalau kesihatan kita semakin merudum dek terlupa pemakanan seharian kita. Lagi-lagi pada yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing..

Petikan dari Pa&ma.


Ini adalah untuk kesihatan MATA kita..


Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda.
Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata
Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.  
Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
  • Bermasalah untuk memfokus.
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.
Makanan khas untuk mata:
  • Ikan
  • Hati
  • Labu
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Telur
  • Kekacang
  • Air yang banyak
  • Bijirin
Info penting
  1. ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
  2. Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
  3. Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
  4. Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.
  
Jadi apa salahnya kita berbelanja sedikit wang untuk membeli vitamin-vitamin untuk kesihatan yang berterusan. Jika ada mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk dan vitamin apa yang sesuai untuk anda boleh hubungi saya untuk konsultasi. Saya akan cadangkan vitamin apa yang sesuai untuk anda dan sesuai dengan 'budget'. 

Email : nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com
Call / sms : 012-9768256

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts