Wednesday, 5 December 2012

NAK BUAT DURIAN CREPE??!!

Wah...sekarang sedang hot pasal durian crepe ea...tapi saya lum dapat merasa lagi. Biasalah mana nak dapat, duk ceruk ni kan..tapi takpe, search punya search ada jugak kat tenet resepi untuk membuatnya. Well, saya ni duduk kampung, tak sah kalau takde durian ni. Banyak ni ha kat rumah ni. Sayang kalau tak buat apa2 kan. Dari makan gitu aje baik buat durian crepe yang tengah hot ni kan. Jom kita tengok apa resepi dia..

RESEPI : DURIAN CREPE

BAHAN-BAHANNYA : 

  • 250gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 400ml santan
  • 100ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna kuning telur
  • Isi durian

UNTUK FILLING : 

  1. Cawan whipping cream (gunakan brand yang ada kat gambar bawah ni, sebab tak payah susah dah nak bubuh gula lagi, sebab memang dah sedap). Kalau brand lain kena letakkan gula agar dia manis.

CARA-CARANYA :
  1. Ambil isi durian dan lenyekkan.
  2. Guna stand mixer. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah Siap! (yang whipping cream tu pun jangan lupa pukul kasi kental dan gebu.
  3. Tapis benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus. Sebab takut kulit crepe tu menggerutu nanti kalau tak tapis.
  4. Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu, pastu boleh letak adunan tadi. Lepas tu, goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis kan crepe tu. Alah buat macam masak lempeng. Tapi kalau boleh buat crepe tu senipus yang boleh. (masak crepe ni yang belah bawah je. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin atas ni nak buat belah luar).
  5. Lepas masak sekeping crepe ni, alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing.
  6. Letak whipping cream dengan isi durian pekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentul bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak (belah bawah) ni sebab bila lipat nampak cantik sebab yang part licin tu dekat atas.
  7. Jadilah macam dalam gambar ni. Lepas tu, boleh sejukkan dalam fridge. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.






okey..Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts