Thursday, 11 October 2012

Rapatkan Hubungan Suami Isteri



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Tuesday, 9 October 2012

Sumber PROTEIN penting pada tubuh

Protein

Protein diperlukan untuk lima fungsi utama badan yang penting antaranya ialah pembentukan dan pertumbuhan sel untuk membina, memperbaiki dan menggantikan tisu-tisu dan otot dalam tubuh badan. Protein membentuk antibodi dan ia juga diperlukan untuk keseimbangan kandungan air, memelihara keseimbangan badan dan diperlukan untuk kanak-kanak dan juga dewasa untuk membesar bagi pertumbuhan enzim, hormon dan hemoglobin. Protein merupakan komponen penting untuk otot, organ dan kelenjar. Pendek kata, protein memang sangat penting untuk semua fungsi badan.Kita memerlukan sekurang-kurangnya 22 asid amino yang membekalkan protein sehari. Binaan asas protein ialah asid amino dan tubuh badan dengan semula jadinya boleh membina sendiri 14 daripadanya, tetapi selebihnya perlu diperolehi dan dibekalkan daripada makanan.




Tahukah Anda?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya.Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya yaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. Non-GMO(Non-Genetically Modified Organism) dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Programini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat.

Apa kesannya kalau badan kita tak cukup protein?

  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit hati
  • Kolesterol tinggi
  • Tekanan darah rendah
  • Kandungan gula darah rendah
  • Fungsi saraf tak stabil
  • Ulser perut + usus
  • Luka ambat sembuh
  • Pengaliran darah yang tidak lancar
  • Penglihatan kurang baik
  • Badan menggeletar
  • Letih lesu
  • Lemah
  • Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  • Terancat akal
  • Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Kenapa badan kita perlukan sumber protein?


Sel-sel kulit kita akan bertukar setiap 3 minggu untuk sel kulit muka dan sel-sel lain akan amik masa 3 bulan sehingga 4 bulan. Jadi, please sangat-sangat jangan expect anda makan apa-apa supplement or vitamin or whatever yang anda makan lah kan akan hasilkan kulit yang gebu, halus, mulus, cantik dan seangkatan dengannya dalam masa yang kurang dari 3 or 4 bulan.
Sel-sel kulit yang sihat ni lah yang akan jadi tisu badan dan seterusnya seperti gambar kat atas lah ye..Sumber protein yang kita ambil akan bantu untuk bina dan baiki sel, hormon dan juga enzim. Secara tak langsung, bila seluruh badan kita dah sihat, bolehlah sistem dalam badan kita dapat berfungsi secara efektif.

Macam mana nak bancuh ESP?

Senang jer..kalau ada shaker..lagi senang!! Bancuh 1 sudu besar ESP bersama air masak (tak kisah la air sejuk ke air biasa) atau milo, susu, horlicks, jus, atau apa2 je la minuman yang anda suka…asalkan jangan dengan AIR PANAS!! Maksimum 3 sudu besar sehari yer!!
Ramai yang dah berkongsi kebaikan ESP ni..so..jangan tunggu lagi..jom sama-sama kita amalkan minum soy protein yang sangat best ni :)
Jika berminat, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan ESP anda dengan harga yang sangat istimewa!!

Facebook: nadhirah87 / livelifelongerEmail: nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.comCall / sms : 012-9768256



Monday, 8 October 2012

Tips Menangani Anak yang Sakit

"Tidak mahu makan adalah salah satu petanda si anak tidak sihat. Anda perlu memerhatikan keadaannya supaya ia tidak bertambah teruk dan dapatkan nasihat doktor jika perlu".



Berikut merupakan beberapa petua dan peringatan yang diberikan oleh Doktor kepada ibu bapa sekiranya anak sakit:


  1. Berilah makan dan minum apa yang diingininya. Anda tidak harus bertegas dengan jenis makanan yang harus dia makan - relax the rules!
  2. Biarlah mereka makan sedikit demi sedikit, tetapi kerap bila sakit.
  3. Jangan paksa anak makan. Ini akan membantutkan selera anak sekaligus tidak membantunya langsung.
  4. Pada hari sakit yang kedua atau ketiga, makanan tidak penting tetapi pastikan anak anda MINUM secukupnya. Pastikan air masak yang banyak. Sediakan dalam botol air yang menarik untuk diminumnya.
  5. Jika muntah ataupun demam, anak akan memerlukan lebih cecair seperti ORS  (Oral Rehydration Salts) - biasanya klinik akan memberikan paket ini untuk dibancuh bersama dengan air kosong, ataupun minuman isotonik.
  6. Susu dan jus buah-buahan (kaya dengan vitamin dan galian) merupakan cecair yang paling berkhasiat.
  7. Susu boleh diberikan secara milk shake, kastard, aiskrim atau yogurt untuk meningkatkan seleranya.



Sunday, 7 October 2012

“Rambut saya banyak gugurlah lepas bersalin"

9 Perkara Perlu yang Ibu perlu ambil Tahu :


  1.  Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50
    -100 urat rambut setiap hari.
  2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.





Berminat tentang produk boleh hubungi saya


facebook: nadhirah87 / livelifelonger


call / sms : 012-9768256


email: nadrul8778@gmail.com / nadhirah_07@yahoo.com



Saturday, 6 October 2012

Kehebatan Susu ibu dari "The Milk Story"

Kisah kehebatan susu ibu ini saya ambil dari pakar laktasi iaitu Puan Suraya Lunatots sebagai panduan dan iktibar untuk kita ambil supaya kita dapat menambahkan pengetahuan dan ilmu tentang hebatnya susu ibu ini.


Kisah dari Puan Farah Rahim
Bagaimana jika semua susu termasuk susu lembu dan susu soya boleh mencetuskan alahan atau kesan sampingan yang merbahaya pada anak anda?
Apa perasaan anda jika anak anda hanya mampu makan nasi kosong dan sayur-sayuran sahaja?

Hakikatnya hanya susu ibu yang mampu DITAPIS secara selamat dan meneruskan zat-zat yang tertinggal ketika dalam keadaan darurat.

Hi. Nama saya Farah Rahim dan saya punya seorang anak yang menghidap eczema dan alahan yang serius kepada susu lembu, kacang soya, oat, daging lembu, putih telur, kacang dhal dan beberapa jenis makanan lagi. 10 hari selepas anak saya mengambil suntikan MMR, badannya ditumbuhi ruam yang kasar, dia menggaru sehingga seakan-akan nampak isi daging dan menangis meronta-ronta pada waktu malam kerana kegatalan.

Dalam keadaan tidak cukup tidur dan zat (kerana terpaksa berpantang), saya meneruskan perjuangan penyusuan saya WALAUPUN diherdik menyusu setahun pun anak kena alahan. Dalam keadaan anak saya kelaparan kekurangan zat saya tawakal pada kekuatan susu ibu dan bersengkang mata mencari ilmu mengetahui sumber alternatif pada zat-zat yang terpaksa ditinggalkan.

Alhamdulillah setahun sudah perjalanan, anak saya sihat, jarang demam atau selsema walaupun pemakanannya terhad kerana saya masih menyusukannya.

Perjuangan ini menyebabkan saya menubuhkan satu kumpulan sokongan tentang eczema dan alahan, serta saya sampaikan kepentingan meneruskan penyusuan dalam saat-saat genting. Ia mendedahkan kepada saya kepentingan ibu susuan, relactation dan komposisi susu ibu itu juga MAMPU menjadi penawar segala macam penyakit.

Dugaan yang Allah SWT turunkan ini adalah satu hikmah supaya menyampaikan pada ibu-ibu lain AJAIBNYA susu ibu, bahawa when left without a choice, susu ibulah menjadi penyelamat. Menyusulah pada hari ini, kerana apa yang ditentukan pada hari esok besar kemungkinan bergantung pada pilihan kita pada hari ini.

The Milk Story

Friday, 5 October 2012

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex


Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.


Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

*Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? 

Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk boleh hubungi saya di:
Facebook: nadhirah87 / livelifelonger
Call / sms : 012-9768256
Email: nadhirah_07@yahoo.com / nadrul8778@yahoo.com

Seks Ketika Hamil

Hubungan Seks Ketika Hamil

Jika anda hamil atau merancang kehamilan, anda mungkin mempunyai banyak maklumat tentang seks sebelum kehamilan (iaitu mengadakan hubungan seks ketika hamil) dan seks selepas bersalin (mengharapkan kehidupan seks yang kurang aktif apabila ada orang baru di dalam rumah).

Tetapi amat kurang orang bercakap tentang topik seks semasa mengandung, mungkin kerana kecenderungan budaya untuk tidak mengaitkan ibu-ibu mengandung dengan seksualiti. Seperti ramai ibu bapa, anda mungkin mempunyai persoalan tentang keselamatan seks dan apa yang normal bagi kebanyakan pasangan..

Adakah Seks Semasa Hamil Selamat?
Seks dianggap selamat pada semua peringkat kehamilan yang normal.

Jadi apa maksud "kehamilan biasa"? Ia adalah salah satu risiko yang rendah untuk komplikasi seperti berlakunya keguguran atau tanda awal bersalin. Berbincanglah dengan doktor, bidan, atau pakar kesihatan anda yang lain jika anda tidak pasti mengenai sama ada anda tergolong dalam kategori ini.

Sudah tentu, hanya kerana seks ketika hamil adalah selamat semasa mengandung tidak bermakna anda semestinya mahu untuk melakukannya! Ramai ibu-ibu yang mengandung mendapati bahawa keinginan mereka untuk melakukan seks turun naik semasa diperingkat tertentu dalam kehamilan. Juga, ramai wanita mendapati bahawa seks menjadi tidak selesa kerana badan mereka menjadi semakin membesar.

Anda dan pasangan perlu bersikap dengan lebih terbuka apabila menyentuh mengenai hubungan di kamar intim. Berbincanglah tentang cara-cara lain untuk memenuhi keperluan anda berdua berhubung dengan keintiman, seperti bercium, membelai, dan menyentuh satu sama lain. Anda juga mungkin perlu untuk bereksperimentasi dengan posisi-posisi yang sesuai untuk memastikan anda berdua selesa melakukannya.

Kebanyakan wanita mendapati bahawa mereka hilang keinginan seks apabila sudah mencapai tahap kehamilan yang akhir - bukan sahaja kerana saiz mereka tetapi juga kerana mereka sedang sibuk dengan apa yang akan berlaku selepas itu dan mungkin ghairah dengan keseronokan setelah bergelar ibu bapa.


Apabila Ia Menjadi Tidak Selamat
Dua jenis seksual yang tidak selamat bagi mana-mana wanita hamil:

Pastikan pasangan anda tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kelamin (STD), seperti herpes, ketuat, chlamydia, atau HIV. Jika pasangan anda mempunyai masalah kesihatan seperti ini ia boleh disebarkan kepada bayi dan akan mengakibatkan kesan kepada bayi didalam kandungan.

Faktor-faktor lain termasuklah:


  • Mempunyai sejarah keguguran atau tanda-tanda awal keguguran
  • Pernah melahirkan bayi pra-matang
  • Pendarahan pada faraj atau senggugut
  • Kebocoran cecair amnion (cecair yang mengelilingi bayi)
  • Plasenta previa, keadaan di mana plasenta (struktur cecair pada keliling bayi) berada di bawah yang meliputi serviks(pembukaan rahim)
  • Serviks yang lemah iaitu satu keadaan di mana serviks mudah mengembang (terbuka), meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran bayi pra-matang.
  • Janin berganda (kembar dua, tiga, dan lain-lain)
Beberapa persoalan tentang kebimbangan seks ketika hamil:


Adakah seks boleh membahayakan bayi saya?
Tidak langsung. Bayi anda sepenuhnya dilindungi oleh kantung amnion (beg berdinding nipis yang melindungi janin dan cecair disekitarnya) dan juga otot yang menguatkan rahim. Terdapat juga palam mukus tebal yang memeterai serviks dan membantu melindungi daripada jangkitan. Zakar tidak bersentuhan dengan janin semasa seks.


Hubungan atau kemuncak syahwat boleh menyebabkan keguguran atau kontraksi?
Dalam kes biasa, kehamilan yang berisiko rendah, jawapannya tidak. Pengecutan yang anda mungkin merasa semasa dan hanya selepas puncak syahwat adalah sama sekali berbeza daripada pengecutan yang dikaitkan dengan kelahiran. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan pakar kesihatan anda untuk memastikan bahawa kehamilan anda bukan dalam kategori yang berisiko tinggi. Sesetengah doktor menyarankan agar semua wanita berhenti mengadakan hubungan seks apabila memasuki minggu-minggu terakhir kehamilan, hanya sebagai langkah berjaga-jaga, kerana air mani mengandungi bahan kimia yang sebenarnya boleh merangsang kontraksi.

Adakah normal apabila nafsu seks saya adakala meningkat atau kurang semasa hamil?
Sebenarnya, kedua-dua kemungkinan ini adalah normal. Ramai wanita hamil mendapati bahawa gejala seperti keletihan, loya, payudara yang lembut, dan peningkatan untuk membuang air kecil ketika seks selalu mengganggu, terutamanya semasa trimester pertama. Kebanyakannya, keletihan dan loya-loya sudah berakhir apabila memasuki trimester kedua dan pada waktu ini juga keinginan untuk melakukan seks juga semakin meningkat. 

Keinginan pasangan anda untuk melakukan seks kadangkala semakin meningkat dan adakalanya semakin menurun. Sesetengah lelaki berasa lebih dekat dengan pasangan ketika mereka hamil dan menikmati perubahan pada tubuh badan mereka. Lain-lain pasangan kemungkinan mengalami keinginan yang menurun kerana kebimbangan terhadap bebanan menjadi ibubapa kelak, atau kerana bimbang terhadap kesihatan kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan mereka.

Bila waktu untuk menghubungi doktor
Hubungi pakar kesihatan anda jika anda tidak pasti sama ada seks adalah selamat untuk anda. Juga, sila hubungi jika anda mendapati sebarang tanda-tanda luar biasa selepas persetubuhan, seperti kesakitan, pendarahan, atau jika anda mengalami kontraksi yang berterusan selepas melakukan seks.

Ingat, "biasa" adalah satu istilah yang relatif jika ia berkait terhadap seks semasa hamil. Anda dan pasangan anda perlu berbincang dengan apa yang dirasakan sesuai dan baik untuk keselamatan anda berdua.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts