Saturday, 8 September 2012

KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::

         Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"
         Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

         Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
        Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
       Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
       Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
       Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
       "Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"
       "Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"
       "Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat
        Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
       Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"
      "Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"
      "Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"
       "Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
       Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

*Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
*Mampu tertawa saat hatinya menangis...
*Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
*Dia boleh melawan ketidakadilan...
*Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
*Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
*Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia" :'(

Baik atau Buruk Memberi Puting Palsu pada Anak

Selalunya ibu-ibu muda ni sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan puting palsu ini sama ada ianya baik atau buruk. 

Perlukah puting palsu ini untuk anak?



Mengapa ibu-ibu suka memberi puting palsu pada anak mereka

Semua ibu bapa mempunyai pendapat dan cara pengasuhan yang berbeza. Kebanyakan alasan dari mereka memberi puting palsu adalah kerana ingin menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu. 


Disini ada beberapa perbahasan mengenai Puting Palsu ini:
  • SIDS Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS. 
  • Lebih baik dari menghisap ibu jari Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong. 
  • Puting bayi elok untuk Bayi Pramatang - Ada sesetengah hospital menyarankan bayi yang lahir pra-matang akan membesar dengan lebih baik
  • Puting boleh mengurangkan tekanan pada bayi - Ada sesetengah pendapat puting bayi akan menenangkannya apabila berpindah kesesuatu tempat yang baru.
Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh. 

Adakah puting bayi ini elok atau buruk:
  • Puting dan jangkitan telinga - Satu kajian yang dilakukan oleh Akademi Ketua Pergigian mencadangkan bahawa penggunaan puting membawa kepada jangkitan telinga kerana ia "menyebabkan tiub auditori untuk menjadi luar biasa terbuka."
  • Puting boleh membawa kepada pendakap gigiWalaupun sesetengah ibu bapa menggunakan puting untuk berhenti menghisap ibu jari, kajian di atas juga menunjukkan bahawa penggunaan berpanjangan puting boleh membawa kepada masalah-masalah yang sama seperti menghisap ibu jari. Masalah-masalah ini termasuklah:
           ~  Ketumbuhan yang tidak wajar pada sekitar mulut
           ~  Pertumbuhan gigi yang tidak teratur
           ~  Pertumbuhan pada bentuk bumbung mulut (lelangit)
         

Semua ini membawa kita kembali kepada soalan: Adakah puting baik atau buruk? Dengan maklumat yang bercanggah, ia berbalik pada pilihan ibu bapa itu sendiri. Sesetengah pakar kanak-kanak mengesyorkan dan ada sesetengahnya menegah hal ini. Untuk menambahkan pengetahuan anda, di sini ada beberapa fakta penting untuk anda mengambil kira:
  • Penyusuan adalah cara yang lebih efektif untuk melegakan dan menenangkan bayi
  • Puting hanya berkesan untuk menidurkan bayi
  • Puting membantu untuk bayi mudah tidur dan lebih lama
  • Puting juga menyumbang kepada kekotoran kerana ia diguna pakai semula tanpa pembersihan 

Disini ada sedikit tips untuk ibu bapa berhentikan puting kosong pada anak mereka:

Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang menadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan? 

p/s: Tapi bagi pendapat saya, lebih elok kalau kita tidak mengajar bayi kita memakai puting sejak dari awal lagi. Kerana untuk meninggalkan habit ini amat susah. Bergantung kepada tahap ibu itu sendiri sama ada boleh atau tidak untuk mengajar bayi kita berhenti setelah sekian lama anak menggunakannya. Bayi saya sendiri saya tidak pernah mengajarnya untuk memakai puting. Memang dia akan mula menghisap jari. Tetapi pada satu tahap, bayi ini akan mula berhenti dengan sendirinya setelah dia menerokai alam permainan pula. Dan dia akan lupa untuk menghisap jari. Bayi saya berhenti menghisap jari pada usia 8-9 bulan. Dan rutin tidur bayi saya tidaklah sesukar mana. Kerana penyusuan membuatkan segalanya jadi mudah. Di awal-awal bulan sehinggalah ke hari ini bila dia selesai menyusu dia pasti akan tertidur jika kena pada waktunya setelah penat bermain. :)

Wallahu A'lam...

Friday, 7 September 2012

Pantang Larang Ketika Hamil

Assalamualaikum bakal-bakal mama diluar sana..selamat pagi!

Betul ke ada pantang larang untuk mama yang sedang hamil ni? Tak pasti la kesahihannya. 

Ada orang tua-tua dulu kata, tak boleh menjahit dan menganyam nanti tali pusat terbelit. Erm kadang-kadang terlepas jugak buat semua tu masa mengandungkan anak pertama dulu. Kandungan 4 bulan masa tu bulan puasa plak. Memang terlepas jugak nganyam ketupat, ada jugak nak dekat 50 helai daun dah buat. Bila ada orang tua datang rumah kena tegur, ish ko jangan nganyam nanti terbelit anak ko pulak nanti. Terkejut jugak sebab baru 1st time dengor. Terus stop. Baik2 plak makcik-makcik ni sambungkan..terima kasih la ye..Tapi alhamdulillah, anak lahir selamat aje, padahal dah banyak juga nganyam. Pasal jahit tu pun dah terlepas jugak pernah nak menjahit baju dan bantal yang koyak. Alhamdulillah senang lahir. Sampai-sampai hospital dah bukak 7cm, 3 jam lepas tu terus lahir. Erm, kadang-kadang nak percaya boleh tapi jangan sampai taksub sangat kan. Kita bukan buat benda jahat pun..

Ada juga yang kata tak boleh siang ikan, sejauh mana kebenarannya tak boleh lah nak fikirkan sangat. Sebab saya dulu pun kena juga siang ikan masa ngandungkan anak sulung dulu. Niat kita nak masak untuk suami dan nak beri anak didalam kandungan sihat. Kalau ada ahli keluarga yang lain di rumah boleh tolong masakkan ataupun suami orang kaya yang boleh amik orang gaji takper la kan. Kalau memang duduk sendiri macam mana nak gayakan tu. Yang penting niat kena betul yer tak? Kalau mcm tu order saja fast food hari-hari. Sanggup ker. hehehe..Masa mengandung dulu saya memang suka memasak, hari-hari nak masak lain-lain. Memang tak ada alah bab-bab masak ni. Agaknya nanti anak nak jadi chef selebriti terkenal agaknya. hehe..mudah-mudahan..Walaupun baby boy, mana tau jadi chef boleh tahan jugak. Berangan aje lebih..:P

Ada juga yang kata jangan mandi malam, nanti susah nak beranak. Orang kata nanti kembar air. Tapi yang terjadi pada seorang kawan saya dia mengalami kembar darah. 4 hari di hospital tak beranak-beranak. Sebab dia kata dia suka mandi malam. dah feveret katanya. Wallahualam. Kalau boleh dielakkan elakkan la. Sebab kita pun walaupun tak pregnant memang tak elok mandi malam. Dada sejuk nanti. Mudah kena paru-paru berair. Tapi kalau yang kerja balik malam tu apa nak buat. Nanti busuk plak hubby cakap. Tapi sekadar mandi basah-basah aje cukup la..tak yah la sampai nak berendam lama-lama. betul tak? 

Ada yang kata kalau nak potong apa-apa jangan secara terbalik. Nanti anak songsang. Ini pun tak tau lah sejauh mana kebenarannya. Sebab belum pernah tarjadi pada sesiapa. Pernah dengar orang cakap aje. 

Ada juga yang kata tuala jangan letak kat leher. Nanti anak terbelit tali pusat. Disebabkan saya sekarang sedang mengandung anak kedua. Saya selalu juga terlepas buat mcm tu sebab nak mandikan anak sulung. Mudah-mudahan tak terjadi lah.

Ada juga yang kata tak boleh potong rambut, takut nanti kena bedah. erm yang ni saya tak percaya. Sebab dulu masa ngandung anak sulung masuk 6 bulan, memang badan sentiasa panas. Kipas kalau boleh nak dekat aje bila tidur malam. huhu. Merungut kat suami nak potong rambut. Suami tak suka saya rambut pendek. Tapi kita dah panas sangat suami iyerkan aje. Nanti baby dah lahir lama-lama panjang balik rambut, masih boleh diikat lagi untuk waktu berpantang nanti. Alhamdulillah lahir normal jugak. :)

Ada juga yang kata jangan tengok citer-citer aksi dan seram-seram. Tak elok kalau ibu-ibu terkejut. Erm yang ni saya nak bagi sedikit pandangan lah. Buat ape lah nak tengok citer-citer yang mcm ni kan. Elok kita banyak baca al-quran dan berzikir. Boleh kalau nak tengok citer-citer mcm ni tapi jangan terlampau sangat. Sikit-sikit bolehlah. Kalau tengok selalu kalau dah terbayang-bayang dalam mimpi kan tak elok juga tu. Yang buruk datang dari kita, yang baik datang dari Allah. 

Dulu pun masa pregnant dulu, saya pun kadang-kadang taknak buat itu taknak buat ini, was-was bila nak buat sesuatu time pregnant. suami selalu tegur, jangan 'yang'. 'Awak tak boleh pikir-pikir sangat bila buat sesuatu tu. Yang penting niat tu. Kalau niat tak baik, tak baik lah jadinya'. betul jugak tu..huhu~

Tentang bab pemakanan pula, kalau rasa makanan tu tak berapa elok tak perlulah makan. Macam nenas buahnya tajam. Durian pula orang kata panas, sikit-sikit boleh la takut nanti mengidam pula. Elakkan buah-buahan yang sejuk. Buah-buah yang lain pula makanlah ikut keperluan tubuh. Yang ada khasiat untuk bayi dalam kandungan. 

Tentang bab minuman pula, pun macam tu. Orang kata tak elok minum air kelapa muda di awal kandungan tapi elok di akhir-akhir pula. Erm macam tu kita boleh la ikut. Pernah dengar banyak citer jugak tentang air kelapa muda ni. Kalau rahim tak kuat takut gugur pula. Banyakkan minum air barli dan soya. Bagus untuk sesiapa yang ada gastrik dan elok untuk minda bayi. Kalau boleh buatan sendiri bukan dalam kotak, banyak kandungan gula aje. Takut nanti kena kencing manis dan darah tinggi pula. Masa belum mengandung takde apa-apa penyakit pula ye tak. Masa mengandung ni boleh ada pula. Biasa la tu pembawakan budak. :)

Yang penting bersederhanalah dari semua hal. Banyak sangat pun tak boleh, sikit sangat pun tak boleh. Jadi pilihlah yang tengah-tengah. Ikut sunnah nabi. 

Sebenarnya yang penting masa mengandung ni, percakapan, perbuatan dan yang paling penting hati semuanya kena jaga. Kalau boleh, buatlah perkara yang elok. Jangan terlalu beremosi dan jangan terlalu taksub akan sesuatu. Perbanyakkan amalan semasa mengandung. Istighfar selalu kalau terkejut dan ternampak sesuatu, dan bukannya sumpah seranah. Niat yang baik kerana Allah pasti datangnya yang baik juga. Amalkan surah-surah yang elok untuk kandungan. Amalkan 5 perkara ni sebelum dan selepas:


  • Jaga tutur kata setiap hari
  • Banyakkan selawat dan membaca Al-Quran
  • Menjaga hubungan baik sesama insan
  • Jaga pemakanan, makan makanan yang berkhasiat..
  • Banyakkan bersedekah…
Bila nak dekat-dekat bersalin, minta lah maaf dengan semua orang lebih-lebih lagi dengan suami. Amalkan surah Maryam untuk memudahkan persalinan nanti dan banyakkan makan kurma untuk anak sihat dan bijak. Amalkan juga surah Yusof untuk anak cantik. Dan banyak lagi surah-surah yang elok untuk diamalkan. Boleh search di internet. 

Jadilah orang yang berilmu.

Salam dari saya MamaNadira..:)









Thursday, 6 September 2012

Apakah Eczema?


Eczema adalah term yang selalu digunakan dalam kebanyakan jenis inflamasi kulit (dermatitis). Bentuk eczema yang paling biasa ditemui adalah atopic dermatitis.walaubagaimanapun terdapat pelbagai jenis lain eczema seperti berikut:

  • Contact Dermatitis
  • Xerotic Eczema
  • Seborrheic dermatitis
  • Dishydrosis
  • Discoid eczema
  • Venous eczema
  • Dermatitis herpetiformis (aka Duhring’s Disease)
  • Neurodermatitis (aka lichen simplex chronicus, localized scratch dermatitis)
  • Autoeczematization (aka id reaction, autosensitization)

        
Eczema boleh dihidapi oleh lapisan masyarakat tidak kira umur, walaupun keadaannya selalu menyerang bayi dan 85% daripada yang hidapi eczema bermula sebelum umur 5 tahun. Eczema akan hilang pada umur 3 tahun pada sesetengah kes bayi eczema. Dalam sesetangah kes lain, eczema boleh dihidapi sehingga akhir hayat.Pesakit eczema kebiasaannya mempunyai sejarah keluarga eczema atau alahan seperti asma atau hay fever. Eczema selalunya dihidapi oleh perempuan berbanding lelaki dan boleh terjadi pada semua bangsa. Eczema tidak menular, tetapi kerana diyakini sekurang-kurangnya sebahagian diwariskan. 

Apakah penyebab Eczema?
Doktor tidak mengetahui punca sebenar eczema, walaupun begitu kerosakan pada kulit menganggu fungsi normalnya sebagai pertahanan awal tubuh dan kemungkinan ketaknormalan sistem imun menyebabkan ianya faktor yang penting. Terdapat kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pesakit eczema (atopic dermatitis) mengandungi kerosakan gen yang menyebabkan ketaknormalan bebrapa protein seperti filaggrin yang penting dalam mengekalkan pertahanan kulit tubuh.

Terdapat beberapa jenis eczema yang boleh dicetuskan oleh bahan-bahan yang bersentuhan dengan kulit seperti sabun, kosmetik, pakaian, detergant, barang keams dan peluh. Allergan persekitaran boleh mencetuskan terjadinya eczema ini. Selain itu, perubahan cuaca, humiditi, tekanan psikologi boleh juga menyebabkan keadaan ini. 

Apakah symptom dan tanda bagi Eczema pada bayi,kanak-kanak dan orang dewasa?
Eczema selalunya menyebabkan kekeringan pada kulit, kemerahan yang terdapat kegatalan ataupun rase terbakar, namun begitu keadaan ini berbeza daripada setiap orang yang menghidapi Eczema. Kegatalan yang teruk selalunya adalah simptom awal  bagi kebanyakan pesakit eczema. Kadang-kadang eczema boleh menyebabkan lepuhdan luka berdarah, tetapi ia juga boleh menyebabkan kulit kering dan bersisik. Amalan menggaru bahagian eczema boeleh menyebabkan ketebalan, kulit crusty pada kawasan tersebut.

Semua bahagian tubuh boleh kena eczema, walaupun begitu pada kanak-kanak dan dewasa, eczema biasanya terjadi pada muka, leher, siku, lutut dan pergelangan kaki. pada bayi pula, eczema selalu terjadi pada forehead, pipi, lengan, kaki, leher dan kulit kepala. Eczema boleh terjadi untuk masa yang singkat dan mungkin boleh jadi kronik.

Meskipun penyakit ekzema bukanlah penyakit yang berjangkit, penyakit kulit ekzema masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan masalah keresahan dan ketidakselesaan kepada pesakit.

Tips untuk anak eczema : 

Penggunaan mandian Basic H SETIAP HARI tidak digalakkan kerana ia akan mengeringkan kulit. Oleh itu, ibu-ibu kena pastikan supaya kulit anak sentiasa lembab dengan menggunakan cream yang sesuai.Gunakan Basic H SELANG SEHARI jika anak anda mengalami eczema yang teruk. Jika ibu menyusu, anda boleh mengambil nutriferon dan susukan anak anda.

Bagi anak yang berusia 1 tahun ke atas, pengambilan Meal Shakes sangat digalakkan untuk merawat sel badan anak anda daripada dalaman. Meal Shakes mengandungi protein yang membantu membaiki sel yang rosak dalam tubuh badan. Secara umum, apabila sel badan kita berada dalam keadaan sihat dan sempurna, ketahanan badan akan meningkat dan kita akan jarang ditimpa penyakit. Diingatkan yang anak anda berkemungkinan mengalami Healing Crisis seperti demam atau selsema. Saya nasihatkan supaya anda teruskan pengambilan dan memantau pada masa yang sama. Pastikan anak anda mengambil air kosong yang banyak untuk membantu mengatasi healing crisis tersebut.

PERHATIAN!!!!
Walaupun banyak testimoni yang menyatakan penggunaan Basic H dan Herbal Cream sesuai untuk kanak-kanak eczema, namun harus diingat kesan ke atas setiap individu adalah berbeza kerana terdapat pelbagai jenis eczema. Jika anak anda mengalami ekzema jenis atopik, saya tidak galakkan penggunaan Basic H kerana kulit bayi akan menjadi terlampau kering serta memudaratkan lagi keadaan eczema bayi anda. Jika ini berlaku, sila hentikan penggunaan Basic H dengan serta merta. Harap Maklum.

Sila dapatkan konsultasi yang betul daripada saya. 



BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA.

HUBUNGI DI 012-9768256 ATAU FB : NADHIRAH87


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Monday, 3 September 2012

Masalah Slps Kelahiran dan Produk yang Sesuai

Hai semua bakal-bakal mama dan yang sudah baru melahirkan anak. Pasti setiap mama menghadapi pengalaman yang berlainan dengan masing-masing. Ada yang  berjalan dengan lancar dan tidak kurang juga banyak masalah yang timbul dan tak tahu hendak menghadapi situasi-situasi begini. Disini saya akan terangkan beberapa permasalahan yang mungkin timbul pada mama-mama di luar sana dan masih tercari-cari produk yang sesuai untuk kelahiran yang akan datang supaya tidak terjadi lagi situasi begini dikemudian hari.

Sakit pada Faraj

Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.
Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik
  • Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.
  • Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari  darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.
  • Semasa kecing, cuba duduk  secara "squat" dan siram air suam semasa kencing.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.
  • Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.
  • Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

Darah nifas

Anda  akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.
Walaubagaimanapun, sekiranya  anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.
  • Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
  • Darah yang keluar berbau busuk
  • Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf

Sakit rengat

Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.

Susah kencing

Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.

Terkencing tanpa kawalan

Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.

Buasir

Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk  megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.

Sembelit

Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk  laksatif yang sesuai semasa pantang.

Sakit Buah dada

Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu.  Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.

Rambut gugur

Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang  kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.

Perubahan warna kulit

Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.

Perubahan emosi

Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat  dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya  anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.

Perut buncit dan berangin

Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terimakasih kepada bayi anda. 

Pemeriksaan selepas pantang

Selepas 6 minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100%. Ujian Pap dan US mungkin akan dibuat. Ambil peluang ini untuk bertanya tentang kaedah perancang keluarga, sebarang isu tentang penyusuan dan bayi atau apa jua masalah yang menganggu fifkiran. Selalunya selepas 6 minggu anda sudahpun sihat sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dalam menjalani kehidupan baru.

>>>Masalah-masalah diatas boleh diatasi dengan adanya set pantang dari produk Shaklee. :)
Kita lihat testimoni dari puan Jo Ha na dan puan Anie selepas penggunaannya.


Ini adalah Set C-Confinement set dari produk Shaklee dan 100% halal

B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.


Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

Dalam Trial Pack C (Confinement Set) saya menyediakan : 

  • 40 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 40 tablet B Complex
  • 40 tablet Vitamin C
  • 40 tablet Zinc 

Lengkap untuk kegunaan 40 hari perpantang dengan harga tak sampai RM100 (postage free)

Jika anda inginkan dalam bentuk Full Set (botol) dengan harga ISTIMEWA boleh hubungi saya.

  • 120 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 120 tablet B Complex
  • 180 tablet Vitamin C
  • 120 tablet Zinc 

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu yang menghadapi masalah pembuangan air besar bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.


>>> Saya pasti semua inginkan kesihatan tenaga dan keyakinan semula seperti sebelum mengandung dan melahirkan anak kan? Sekarang anda sudah pun menemui jalan penyelesainya. Ingin mencuba dan merasai kehebatan produk Shaklee sila hubungi saya di email nadhirah_07@yahoo.com/nadrul8778@gmail.com atau sms saya di no. 012-9768256 untuk konsultasi percuma dan harga menarik!



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Vitamin Tak Berkesan?

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :


1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Boleh email kepada saya di nadhirah_07@yahoo.com/nadrul8778@gmail.com atau sms kan kepada saya 012-9768256 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

sumber : www.anakkuwiraku.com

HB Rendah

HB Rendah Ketika Mengandung?

Salam semua mama-mama kat luar sana. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. InsyaAllah. 

Tahukah kita mengapa paras HB ibu mengandung lazimnya boleh menjadi lebih rendah dari biasa? Perkara ini berlaku kerana darah ibu mengandung akan meningkat sekaligus menyebabkan kurangnya kehadiran hemoglobin di dalam darah kita. Kekurangan hemoglobin menjadi punca seseorang itu mengalami ANEMIA atau turut dikenali sebagai masalah kekurangan darah.

Hemoglobin merupakan komponen utama berwarna merah yang terkandung di dalam darah dan berfungsi untuk menyalurkan bekalan oksigen kepada seluruh badan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna kepada semua organ badan bagi fungsi yang optimum.

Secara amnya, julat normal kandungan HB darah akan berubah mengikut umur dan jantina.

Antara simptom-simptom HB rendah di kalangan ibu mengandung termasuk:
  • Sering keletihan
  • Pening kepala atau pitam
  • Sesak nafas atau tercungap-cungap
  • Sering kelihatan pucat dan lesu
  • Berat badan yang menurun
  • Kadar denyutan jantung menjadi cepat
  • Lemah daya ingatan 
Masalah HB rendah ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakitkan kelahiran pramatang serta kerencatan pada pertumbahan bayi di dalam kandungan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, si ibu digalakkan mengamalkan pemakanan yang tinggi isi kandungan zat besinya. Antara makanan yang kaya dengan zat besi termasuk kerang dan tiram, sayuran hijau seperti sawi dan bayam, kuning telur dan hati.

Di samping itu, PENGAMBILAN VITAMIN atau SUPLEMEN juga dapat MEMBANTU MENINGKATKAN KADAR HB ibu mengandung. Vitamin yang sesuai diamalkan bagi tujuan ini adalah seperti berikut:

Vita-lea with Iron Formula: Selain bertindak sebagai multivitamin, Vitalea Shaklee sememangnya telah dilengkapi dengan kandungan zat besi bagi memenuhi keperluan ibu mengandung. Hasilnya, badan akan sentiasa merasa sihat kerana si ibu mendapat segala nutrisi yang diperlukan ketika hamil.

Vitamin C: Penting sebagai menyokong kesihatan jantung, meningkatkan imuniti badan, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

B-Complex: Membantu meningkatkan kandungan sel darah merah dan hemoglobin, mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang telah hilang termasuk folat yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat.

PERINGATAN:
  1. Elakkan daripada meminum minuman berkafein seperti teh, kopi (Nescafe), dan minuman berkarbonat kerana ianya akan mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan 
  2. Elakkan pengambilan Vita-lea bersama-sama dengan Ostematrix (kalsium) kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi 
  3. Elakkan pengambilan Vita-Lea bersama-sama dengan susu kerana susu mengandungi kalsium dan
  4. Pesakit THALASSEMIA TIDAK BOLEH mengambil VITA-LEA kerana mengandungi zat besi
Suplemen tambahan yang digalakkan untuk diambil oleh ibu mengandung bagi masalah HB rendah adalah:


OSTEMATRIK (kalsium) - juga baik untuk mengelakkan masalah muscle cramp (simpul biawak)
ENERGY SOY PROTIEN (ESP) (bagi yang mempunyai masalah HB kritikal)

Ibu-ibu diluar jangan susah hati cubalah dapatkan produk shaklee hari ini dan rasailah perubahannya... Ibu sihat dan anak yang bakal lahir juga sihat

BERMINAT? HUBUNGI SAYA DI 012 9768256 ATAU FB : NADHIRAH87





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts