Wednesday, 25 July 2012

Menu Utama


Assalammualaikum dan 
Salam Sejahtera...

Terima kasih kerana berkunjung ke Mamanadira.blogspot.com. Semoga hari-hari anda sentiasa ceria. Inginkan kesihatan yang sentiasa berterusan, cubalah amalkan produk Nutrisi Shaklee. Anda pasti rasa lebih sihat dan bertenaga bila merasainya. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Anda hendak yang bagaimana? Inginkan kesihatan yang baik perlu barang yang baik juga..Jommmm...Intai-intai blog Mamanadira untuk info-info berguna dan mungkin anda adalah orang yang perlukannya...semestinya dari Produk Shaklee...Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya..kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menakjubkan......

Dengan kesihatan yang baik ini, manusia dapat menjalani kehidupan dengan aman sentosa. Dengan kesihatan juga, manusia dapat melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan baik. Begitu juga dengan kesihatan yang menghiasi seseorang, dia dapat melakukan ibadah kepada Allah Taala dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai serinya kehidupan orang Islam.

Dalam hal ini, Rasulullah ada memberi peringatan tentang kesihatan ini di mana baginda bersabda yang bermaksud: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)





Saturday, 21 July 2012

Berpuasa Ketika Hamil

BERPUASA KETIKA HAMIL


pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
• pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma dan kekacang untuk berbuka puasa.
• elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
• pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
• minum air yang banyak pada waktu malam. anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan ramadan.


hubungi doktor anda jika:
• anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
• anda loya atau mula muntah.
• terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
• anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
• anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
• berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
• anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa




Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.


Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.

(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder

(4) Minum air secukupnya

(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.

(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.

(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi

(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts